Saturday 22 December 2012

Trip Ke Mesilau Nature Resort

Assalamualaikum..

Penat. Masih pening-pening lalat. Dua hari lepas buat rombongan bercuti ala mak-mak dan pak-pak ke Mesilau Nature Resort, Ranau. Almaklumlah cuti sekolah. Kalau mau pi sini, semua urusan tempahan hotel diuruskan di Sutera Harbor Resort. 

Mesilau Nature Resort ni ada banyak lodges atau jenis penginapan. Kami pilih Crocker Range Lodges. Harga kurang pasti berapa sebab kawan hasben yang urus. Mungkin dalam RM700+ untuk satu rumah termasuk dinner dan breakfast.

Percutian ni pi dengan kawan-kawan hasben. Bini diorang jadi kawan saya. Anak-anak diorang jadi kawan anak-anak saya. Ada tiga keluarga semuanya. Aduhai penerangan…





Singgah sebentar di Pekan Ranau, beli bekalan makanan



Mandi di Poring. Kolam air panas full, Terpaksa mandi di kolam biasa.
Cuaca baru lepas hujan. Di kaki bukit. bayangkan sejuk airnya...



Ini kami para bini dan anak di ruang tamu. Ada tiga bilik yang selesa.


Ini di restoran. Tengah tunggu makanan untuk dinner. Sejukkk.
Makanan panas dalam masa beberapa minit  sudah sejuk.


Jalan menuju ke chalet. Fuh….naik bukit bukan alang-alang tingginya.



Tangga masuk chalet



Bersedia turn bukit untuk breakfast



Gambar-gambar dulu bah..



Raihan, 2 tahun 10 bulan




Raudhah, 6 bulan +



Raudhah…keturunan sepet mata




Kakak Raihan lagi..



King Edwards nama lodge ni. Mahal. Kami bukan tinggal sini (-__-)



Breakfast sebum checkout



Sebahagian gambar-gambar di Mesilau Nature Resort. Kurang mood ambil gambar sebab cuaca hujan. Sejukkk. Mau-maunya bebungkus dengan selimut dan pasang heater dalam bilik. Tidur di sini satu malam saja.


Lokasi seterusnya Desa Cattle Dairy Farm dan Kinabalu Park sebelum zassss balik KB.



Raihan bad mood, baru bangun tidur



Masih bad mood. Raudhah masih tidur. Hari sudah petang, kabus masih tebal



Makan aiskrim perisa coklat. Barulah muka happy sikit.



Shifa & Raihan. Masing-masing kesejukan..hujann



My lil princess



Shifa dan raihan. Rakan sebaya. Dua-dua photogenic.



Berbaloi datang sini terutamanya kepada pencinta alam sekitar. Di bawah King Edwards tu ada anak sungai yang sangat jernih. Pokok-pokok masih terjaga ke'dara'annya. Selain Crocker Range & King Edward ni, ada beberapa lagi lodge yang ada di sini iaitu Bishop lodges dan Witti Lodges. Bishop ni sesuai untuk backpackers atau keluarga yang ramai sebab katil-katil disusun macam di asrama tu. Witti Lodges tu lebih besar daripada Crocker Range Lodges.

Satu aja yang saya keciwa, tidak dapat begambar di kaki Gunung Kinabalu sebab cuaca mendung dan hujan sepanjang kami di Mesilau. View mount Kinabalu di Mesilau ni lebih besar jelas berbanding tempat lain kata mereka (read: bila cuaca cerah dan tidak berkabus).

Ok..mengantukkk…jumpa lagi..

2 comments:

Unaizah San said...

Saya pon dh booked hotel ni. Hjg bulan ni nk nginap di sini. Skrg ni tgh cri info2 psl hotel ni.. Hehe..

Anonymous said...

How ur stay?