Monday 17 September 2012

Manikayu Dua Butir


Assalamualaikum

Kemarin last day International Pre Jamboree Keningau Upper Interior Division. Haa ambik kau panjang betul namanya. Untuk Pra Jambori bahagian sini, Kadamaian ada juga hantar budak sekolah untuk ikut. PKK dari sekolah hasben. Saya bertugas jadi tukang masak. Ini kan Daerah terchinta saya hahaha. Tempat camping di SMK Apin-Apin. Jarak dengan rumah saya lebih kurang 10 minit naik kereta. Disebabkan kemalasan mau angkut barang masakan pi tapak kamping, jadi saya masak dari rumah sija. Hasben yang akan ambil makanan. Lagipun dia mandi berak di rumah mentua hihi. 

Malam semalam sewaktu malam indaba, saya terima Manikayu 2 butir. Raudhah saya kasi tinggal di rumah dijaga oleh adik beradik. Nasib baik juga ada kakak saya yang masih breastfeed anak dia. Raudhah baru 4 bulan, belum pandai pilih, dia ngap saja tu kalau time lapar hehe..

Selebihnya biarlah gambar berbicara.




Di Kem Site Kadamaian, sebelum majlis bermula



Raihan sudah ada full set uniform time ni. Haruslah diangkut sekali. Kalau tidak…millapik!



Ready sudan ni. Tunggu KPPNS lagi ni time



Berdebar-debar jugalah. Sebab kau jadi center of attention hari ini. Kunun lah



Raihan with Papa



Ada 3 orang penerima Manikayu 2 butir malam ni. Huh berdebar-debar




Sedia untuk dipakaikan skaf Gilwell



Waktu Datuk KPPNS cakap, sekarang anda adalah seorang ahli Gilwell,
terasa kembang seluruh bulu roma




Ada akad yang dibacakan waktu ini iaitu bersedia menerima dan menjalankan
amanah yang dipertanggungjawabkan




This is it. Akhirnya.




Bergambar bersama Datuk Awang Zaini Hj Suntim (KPPNS) dan mereka-mereka yang aktif
dalam pentadbiran Pengakap di Daerah jajahan masing-masing.
(Tolong ignore gambar saya yang gumuk tu..benci tul)




My scout family



Sekian saja cerita malam ini….

Friday 7 September 2012

Buku Merah

Assalamualaikum


Hari ni ambil cuti, seharian menguruskan macam-macam hal.



Pejabat Imigresen, buat pasport





Gambar Pasport Raihan





Gambar Visa Raihan


Gambar Raudhah lupa pula mau snap masuk dalam ni. Sebenarnya kami ambi gambar dia sendiri di rumah. Lapis dengan cadar putih, kasi pakai tudung hitam, kasi baring, hasben gambar. Tugas umi, nyanyi-nyanyi di belakang fotografer supaya Raudhah tengok kamera..hahaha. Lepas tu hasben edit guna photoshop kasi tukar background biru. Siap. Terpaksa bersusah begini sebab kedai gambar di KB ni tiada yang ambi gambar baby yang belum pandai duduk sendiri..

Tapi takpa..demi sebuah perjalanan atas iman…amin. Mudah-mudahan dipermudahkan.