Sunday 31 July 2011

Cerita Cup Cakes

Assalamualaikum..

Ini entri tambahan sempena birthday hasben hehehe. 30 Julai 2011 genap 29 tahun usia suamiku. Semoga beliau terus tabah menjadi suamiku...menjadi papa kepada anak-anakku.. menjadi anak kepada ibunya ..

Semoga panjang umur, murah rezeki, sentiasa dilimpahkan rahmat dan hidayah ke atasnya, sentiasa dalam perlindungan Allah swt. Semoga keluarga kami sentiasa bahagia dan berkekalan sehingga ke syurga.



MU's Cup Cakes. Perisa Strawberry Butter. Gambar tu edible. Lapisan hitam tu guna fondant. 


Cup cake di atas tu saya order surprise for my hasben. Order dari sini www.pinkrosescake.com.  Punyalah konon mau kasi surprise sampai urusan-urusan order dibuat melalui email pada tengah malam. Ini custom design jadi saya kena hantar design how i want my cupcakes look alike. Sedang khusyuk mendesign tu, tidak pula perasan hasben perhati dari jauh. Boleh pula dia syak saya tengah chat sama lelaki lain. Wakakak. Tambah lagi masa dia mau datang cek, cepat-cepat pula saya close gambar ni. Mau kasi surprise kan..haruslah jangan bocor rahsia hahaha. Marah dia..ujung-ujung saya kasi tengok juga tapi yang wording tu macam saya buka. Tidak perasan pula kalau dia sempat tengok.

Masa mau ambil ni cup cakes lagi lawak. Plan mau ambil kek ni di Stesen Minyak Petronas di Penampang tu. Sudah tunggu 30 minit, baru tu orang call kasitau kereta dia kena guna. Dia suruh ambil cup cakes di rumah dia pula. Masa ni barulah bagitau hasben orang yang saya mau jumpa tu adalah penjual kek. Pusing-pusing cari rumah dia. Akhirnya jumpa juga. Punyalah betelepon sepanjang jalan bagi map haha. Hasben cakap kenapa tidak ambil di kedai dorang saja. Sebenarnya sebab masa mau ambil order ni kebetulan dari Keningau mau balik KB. Jadi orang tu suggest jumpa di petrol station ja sebab one way. Kalau mau pi kedai dia jauh lagi. Ujung-ujung daripada mau cepat, jadi tambah lambat.

Sedap jugalah rasa kek di dalamnya. Sampai rumah simpan dalam peti sejuk. Lupa pula pesanan penjual kek tu, fondant tidak boleh masuk peti sejuk. Bila kasi keluar, jadi lembik dan berair la pula fondant tu. Tapi bentuk tetap macam tu. Akhirnya kami makan keknya aja, fondant atas tu buang terus.

Ok, penat menaip. Penat dari kampung tadi belum habis lagi. Selamat berpuasa kepada seluruh umat Islam..jangan lupa sahur.



Raihan sorong troli kecil. Jakun betul saya tengok troli kecil macam ni.
Rupanya memang wujud haha.




Saya Penjual Kerongsang

Assalamualaikum...

Fulamakk, ini kali lah. Tembirang saja tu tajuk. Tapi, betullah..hari ini saya menjadi penjual handmade kerongsang. Penjual kerongsang yang sungguh baik hati. Baik hati pasal lupa harga itu kerongsang yang mau dijual. Jadi si pembeli-pembeli ini pun senang-senang hati memberi diskaun kepada belian mereka pun. Sungguh tidak patut. Si pembeli-pembeli ini yang kasitau berapa mau bayar kepada si penjual kerongsang ini lepas tulak diskaun. Haih..tida pernah terjadi lagi ni sama bisnesman-bisnesman seluruh dunia. Baru terjadi sama saya ni. Kira pecah rekod suda baini..tapi tidapa..halalan toyyibb..



Kalau saya scan-scan diriku ini, kompom tiada bakat dan rupa menjadi seorang peniaga. Tadi pun saya menjual kerongsang sebab memaksa diri. Imagine lah, saya bawa itu stok balik kampung hari khamis. Hari ahad, beberapa minit mau balik KK baru saya kasi keluar barang jualan. Tida patut betol. Nasib baik ada relative yang sudi menolong menjual kerongsang hahaha (o__o)~

Tiba-tiba teringat jaman-jaman lepas SPM dulu. Saya dan saturang kazen menjual sayap ayam di depan kedai runcit keluarga. Malu tu ada, sikit-sikit. Bukan sama urang kampung, tapi sama kawan satu sekolah yang datang pi kampung semata-mata mau beli sayap ayam. Adidididiii. Untung rugi langsung tida kena pikir, sebab modal semuanya dari bonda kami. Lucu sekali. Padahal buku lejar sungguh cantik kena buat (lebian buku subjek akaun :p). Pengisian buku hancur. Baru 2 minggu niaga, pendapatan bahagi dua sudah. Duit guna bikin cuci gambar. Dulu-dulu kan pakai filem. Kalau sayap tidak laku, paksa sedara mara beli..(=_+)!

Itu dulu kala lah, sekarang ni besar suda kemaluan. Maksudnya malu banyak OK!

Jadi, siapa mau beli kerongsang saya angkat tangan???..



Saturday 30 July 2011

Kasih Ini Semoga Abadi

Assalamualaikum...

Hari ini hari sabtu. Pukul 6 pagi sekarang ini. Si combby belum bangun, nokoloboi (em..maksudnya telajak tidur) sebab nelebian (terlebih) main sama kajen-kajennya. Jarang-jarang kan dia jumpa budak-budak ramai sekaligus. Inilah masanya haha..

Hari ini juga, harijadi suami saya, Encik Mirza Affendy bin Asah. 29 tahun sudah (selalu bangga umur masih angka '2', ceh). Hadiah pun sudah dapat, kek nanti baru beli bisuk. Happy Birthday, huby! Kasih ini semoga abadi..


Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kau ampunilah dosa ku yg telah ku perbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yg tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah
Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu diArash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami ku ini adalah suami yg akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati olehMu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Tetapi Ya Allah
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlan aku jalan yg terbaik untuk aku harungi segala dugaanMu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya
Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan
Kurniakanlah aku kekuatanMu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suami ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena

Ya Allah
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhiratMu
Sekiranya aku engkar dan derhaka
Berikanlah aku petunjuk kearah rahmatMu

Ya Allah
sesungguhnya
Aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbinganMu
Aku cacat tanpa hidayahMu
Aku hina tanpa RahmatMu

Ya Allah
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Soleha
Hanya padaMu

Ya Allah
ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yg kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu

Ya Allah Ya Tuhanku...
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
steri yang solehah
Isteri yang sentiasa dihati

Amin, amin Ya Rabbal Allamin.. 



update: 31/07/2011 - kek untuk suami terSintaH. Kiut kan, macam rugi ja mau makan..


Friday 29 July 2011

Home Sweet Home

Assalamualaikum...

Semalam sampai rumah around 8.00pm. Suami hantar. Pas dia kasi turun barang-barang, salam-salam semua orang, tapun-tapun lauk, minum kupi, terus patah balik KK. Macam biasa..urusan scout dia lah tu. Jadi dari semalam sampai hari ahad, online dari rumah terchen-ta, di Keningau. Online di sini WiFi sangat clearrr. Dalam jamban pun speed macam F1. Laju telampau lah tu kunun. Mana tida laju, ada password maa. Jadi strangers are not authorised. Tidalah berebut-rebut itu jalur lebar mau masuk dalam laptop. Kalau di sekolah, terpaksalah notebook jenama HP ni mengalah sebab 'Alat CEpat Rosak' (ACER) tu sangat campin merebut line, maka yang tinggal untukku hanyalah tanda (!) warna kuning di taskbar. (Habislah kau kena palangkuk sama tu aceres-aceres semua :p)

Tadi pagi pi klinik desa di kampung ni ja. Bawa si combby tu pi timbang. Bukan apa, berat dia semacam ja akhir-akhir ni. Last dia timbang masa umur 1 tahun 4 bulan, 14hb Jun dulu, 10kg pas-pas. Jadi tadi suda timbang, latest berat dia ialah 11.5kg. Kalau umi dia ni kira tulak bahagi campur, besar juga figure dia naik ni. Biasa sebelum ni, dalam 2 bulan berat dia naik tidak pun sampai 1kg. Paling-paling pun 400g, 500g ja. Patutlah ramai urang cakap si combby ni makin jalur lebar. Umi dia jak nda perasan.

Tapi mimang si combby ni kalau kena belek-belek, rangka badan besar..(macam umi + papa dia). Jangan saja la kau bentuk epal aa combby, susah umi mau kasi beli baju. Har-har-har..apa sudah saya sakap ni..(=_=)!

Oh! Kemarin saya melawat 'Friendster'. Alaa...kawan lama dulu-dulu sebelum facebook ni jadi famous amos sama urang kampung. Wah! have your seen the Friendster new look? Bagai langit dengan bumi ooh. Owner pun sudah tukar, semua pun musti mau tukar oo. Frust. All my pictures and blogs@friendster were disappeared. Sad. Tidapa, at least all my-sad-love-story has been wash away...syoh! syoh! syoh!

Mau pi melawat gerai bakso abui-abui dulu..mau nyinnyummmm (combby's language)..





Wednesday 27 July 2011

Beli Rumah

Assalamualaikum..

Hari ni menulis entri hati banyak gumbira pun. Tadi siang berdebar-debar mau jumpa guru besar minta sign surat cuti. Hari-hari jumpa pun masih berdebar-debar pun. Hampir-hampir tidak kena sign, sebab ada suda guru yang antar surat cuti lebih awal. Maka bermulalah episod drama bersiri Cegu Semut. Lama suda bersara jadi pelakon ni tapi demi cuti, kurelakan juga. Terpaksa kasi keluar muka macam si 'Puss In Boots' tuh (kucing dalam Shrek). Entah macam mana lah rupa bentuk saya time tu. Kalau kena rekod, mau muntah kali saya tingu. Tapi tidapa, yang penting surat suda kena sign. Maknanya....yahuuu.. balik kampung la ni bisuk lepas skolah. Mau jumpa mama paling penting.

OK, balik kepada beli rumah. Ya..saya suda beli rumah. Beli di KK. Rumah belum siap la tapi suda sign agreement. Orang cakap beli rumah ni rugi sepanjang hayat. Bagus lagi buat rumah sendiri. Ah! Itu cakap urang saja bah. Apa yang penting, ada aset untuk anak-anak. Takkan sampai pencen tiada harta kan. Harga rumah bukan makin murah..makin mancakik darah adalah. Imagine saja bah, my friend beli rumah awal 6 bulan saja dari saya, satukali time saya beli harga suda naik around RM20k. Adididiii...sandi baitu. Jadi marilah kita beli rumah awal-awal. Actually saya and husband plan juga mau buat rumah sendiri di kampung husband kalau murah rejiki. Doa-doa lah murah rejiki...amin amin amin...



One thing pasal beli rumah ni, sebelum sign apa-apa harus teliti dulu semua perjanjian sewa-beli yang bepuluh-puluh muka surat tu. Ok saya pun tidak baca semua bah hehehe..sebab ingilis semuanya dan kepala saya start suda keluar twinkle twinkle little star. Tapi komang komang pun baca muka surat pertama lah kan. Biasanya muka depan tu, ada nama kita dan nama pemaju, jumlah pembiayaan dan macam-macam lagi yang penting-penting. Risau kalau tidak baca main sign saja, satukali lagi tingu, bukan nama kita pula tu rumah. Tida sandi ka tu membayar 1k tiap bulan tapi habuk pun tarak. Mana tau saja ok..mana kita tau. Dan lagi, sila teliti betul-betul tu purchase price. Kalau tidak sama dengan jumlah yang kita bincang dengan agent, jangan lah shy-shy cat mau tanya kan. Tidak salah baitu mau tanya. Pas tu belek-belek la tu sale and purchase agreement yang berpuluh-puluh muka surat. Hari tu ya-ya ja saya membaca kono isi kandungannya yang bikin mengantuk. Nasib itu ejen kasi explain juga sama saya..jimat masa kan. Sudah puas hati, barulah cari pen yang paling cantik dan sign lah tu agreement dengan penuh bergaya. Bak kata pepatah, biar pokai asal bergaya. Pokai bila start sudah kena potong tu bayaran rumah. Bergayanya bila..? Hmm..langsung tida bergaya kalau tu rumah pun kasi sewa sama orang. Bisnes kan (kepala hutak 0_*)!. Tidapa pokai...aset tu..aset...aset..(trip mau kasi senang hati..:p)

Di sini senang, di sana senang..
Di mana-mana hatiku senang..
Di sini riang, di sana riang..
Di mana-mana hatiku riang..
la la la la la la la...........

Senangnya hati...(=_=)?

p/s= serius mau kurus, tapi tida serius mau diet..help!

Tuesday 26 July 2011

Rindu..

Assalamualaikum...

Hari ni bangun pukul 4.30 pagi sebab anak yang kiut tu main jongkang jongket atas perut. Senggugut yang menggigit tambah-tambahlah bah kicknya. Adiiii terpaksa melayan si combby tu main. Ketawa-ketawa, baca buku, tulis-tulis..semualah yang dia mau buat. Paling tidak tahan, balik-balik dia minta ajar tu clap 'coca-cola'. Manyasal juga pi tunjuk sama dia. 

coco coco..(clap clap)
cola cola..(clap clap)
coco cola..(clap clap)
churpppp ..(satu tangan angkat pi atas)
ssssssss....(tangan turun pi bawah vibrate)
grrrrrrrrr (dua-dua tangan bentang, sambil goyang-goyang badan..)

Wah! ada tutorial lagi Cegu Semut bagi ni haha. Ikut jangan nda ikut. Si Raihan yang baru 1 tahun 5 bulan tu pun kijap jak buli master suda ni cerita..(kunun)!.

Ok ok..jangan lari topik. Hari ni saya pi skolah macam biasa, driving alone. Ikut jalan baru melewati sawah padi luas terbentang. Fuh, tiba-tiba terkenang tabasan di kampung halaman. Terkenang tabasan tida apa lagi, tapi kalau suda terkenang mama di kampung, alahai. Rindu. Few days ago, saya telefon mama tanya khabar. Takajut dengar dia sakit lutut dan susah mau bejalan. Kesian mama.

Refresh memory.
Mama paling kuat jalan kaki. Kalau pi kebun di kampung sebelah (Kg. Kesugui), reddaaahhh jer..! Bukit didaki, sungai direnangi, gowuton (semak samun) di sling-sling (bunyi parang putung rumput) saja. Berkilometer mama jalan kaki pun tidapa. Sayu hati oo bila tebayang muka mama dengan kudrat dan peluh menitik dari muka, tida kenal erti penat...(mau nangis pula '_'). Itu belum lagi bab-bab sikut barait@saging@wakid penuh jagung. Kadang-kadang penuh sayur dan macam-macam lah. Sroottt...(tarik ingus dulu..>_<)

Itu dulu.
 
Tadi saya sampai di skolah, terus telepon mama. Tanya pekembangan kesihatan dia. Masih lagi dia sakit lutut. Sudah periksa darah, duktur cakap tinggi kandungan asid dalam badan, tinggi darah, tinggi kolestrol. Kesian mama. Mungkin sakit lutut tu sebab radang sendi. Mudah-mudahan mama cepat sembuh. Apa lagi mau seorang anak kalau bukan mau ibubapanya sejahtera di dunia dan akhirat, kan?

Jadi hujung minggu ni saya mau balik kampung. Mama pun macam rindu betul sama cucu dia yang combby ni. Tunggu kami pulang. Rindu.

Monday 25 July 2011

Apakah Jenis dan Bentuk Badan Anda..?

Assalamualaikum..

Ni kali lah, tajuk macam orang yang sangat cendekiawan la kono. Har-har-har. Actually, saya pun baru mau ambil tahu pasal ini info. Itupun lepas sedar dari mimpi saya kelihatan sangat 'shomel'. Shomel ok..tiada maksud lain (>_<)..OK jom kongsi sama-sama. Lepas tu masing-masing ukur tali di badan sindri la..

Oh, untuk tondu saja ni tau. Yang kusai tu buli juga tingu, mana tau mau kasi beli daling kamu baju kan..naahh..inilah masanya..grrr (mudah-mudahan laki saya memahami hasrat di hati).




1. Bentuk Epal
  • Cuba kamu kasi bayang tu bentuk epal. Hmm...sedappp! Ok ok back to the point. Orang yang jenis bentuk badan ni, besar di atas dan kecil di bawah (punggung/peha). Bentuk badan tidak seimbang dan susah juga mau cari baju yang sesuai. Nampak besar dan gemuk walaupun orang itu mempunyai berat badan yang ideal.
2. Bentuk Pear
  • Ok bentuk pear. Orang yang bentuk badan ni, bahagian atas kecil dan besar di bahagian bawah. Ini pun susah mau cari baju terutama jenis pakaian yang labuh. Atas muat, punggung sempit am.


3. Bentuk Jam Pasir (hourglass)
  • Fewiiittt....! Naa..magsukul na kalau ada bentuk badan serupa ini. Orang cakap "cun gilak". 34-24-36 baitooo. Artis-artis ramai la yang bentuk badan macam ni.


4. Bentuk Pisang
  • Bentuk yang ni kurus memanjang. Eh memanjang ka meninggi? Mana-mana lah. Tapi bentuk badan ni kurus dan nipis macam plywood (kijamnya kau!). Tiada putungan. Senang mau cari baju tapi tidak nampak seksi, depan dan belakang rata. Aiaiaiai... 


Jadi bila saya tinjau-tinjau, bentuk badan saya ni macam epal. Dus dus dus! Patutlah saya nampak pindik dan tiada pinggang. Padahal ada pinggang saya ni..takkanlah manusia tiada pinggang kan. Kamurang pula macam mana?..
Terus lemah semangat saya buat entri ni..(+_+)!

GumukS

Assalamualaikum...

Hari ni Cegu Semut cuti..sebenarnya sekolah cuti peristiwa, jadi Cegu Semut pun bermalas-malasan lah di rumah. Semua kerja sudah siap..(eh, cuci kereta belum...0_0), si combby sedang tidur, jadi saya dengan bangganya menyambung kerja yang sudah lamaaaaaaaaaaa tertangguh. Apa lagi kalau bukan mengemas bilik. Jadi hari ni, saya pun undi-undi mau kemas apa dulu....undi pakai lagu 'tung-tung alang'..(-_-)!

Ok, pemenangnya ialah wardrobe. Yeaaahhh! Buka semua pintu, kasi keluar semua baju, jeng jeng jeng. Hmm...kan saya bilang mau mengemas..tapi yang lebih siok sekarang ini ialah meng'test' baju-baju yang lama sudah tidak kena pakai. Sejak bersalin tahun lepas, size badan pun sudah jadi dabel trabel..aratan oku noh!

Test punya test..adididididi.......





Impossible...test-test lagi..ada kesilapan ni..



Oh..rupanya nothing is impossible pula. Maka daku pun terpaksa mengakui diri ini sudah gumukS. Huruf S untuk kegemukan yang banyak-banyak..desss! Serious oo...saya gemuk! Sebenarnya saya sudah sedar bah pasal hal ini..(*~*). Kalau laki pun sudah signal-signal tidak mau kongsi t-shirt, takkan lah tidak juga mau paham kan. Baru-baru ni pun pigi minta jahit baju kurung baru pun sampai 7 pasang pun. Maaikk aihhh...ini kerana pun baju-baju lama pun telah tidak memuatkan badan tuannya pun. Silaka btoi la ni lamak-lamak sgala. Babat di perut pun semakin betingkat-tingkat. Hoi lemakss, ada hati kau mau lawan ka tu Wong Kwok punya kondominium..? Tapayas!

Hmmm....fushhh....hmmm....fushhhh...hmmmm...fusshhhh.... (tarik nafas kau semut). Untuk tenangkan jiwa ini, saya pun mengenang kembali kata-kata saturang cewek yang sangat gojes. Gojes sebab dia cakap macam ini..

"kau tidak gemuk, rangka badan kau yang nampak gemuk.."


Gojes kan dia..hmm..nanti saya mau googling dulu pasal bentuk badan ni, baru buli percaya apa dia cakap....

Murid-murid, mari sama-sama tarik nafas... hmm.... fusshhhh.... hhmmm... fusshhh... tarik nafas guna hidung, hembus guna mulut....jangan hembus dari saluran lain ya murid-murid...[:p]

Saturday 23 July 2011

Kentut

Assalamualaikum..

HA-HA-HA..tingu title saja, saya suda ketawa terhabak eh terbahak-bahak. Nakal sio. *Sio ini perkataan baru saya belajar di Kg. Piasau, area sekolah saya. Maksudnya...hmm..lebih kurang macam ni 'lawak bro'. Eh, entah la tu, ngam ka tidak. Nyot-nyot. Sedang menepis-tepis hingus yang mau kluar..(tidak senonoh btoi la kau).


Apapun, saya mau cerita pasal kentut ni. Sekarang saya dalam bilik bersama anak yang comel dan rock itu (tolong jangan koguok*). Jadi sementara anak yang comel+chubby = combby tu sedang tidur, bagus juga kalau saya buat entri ni hik-hik-hik. Ok, jangan perasan ya, saya buat entri ni bukan sebab saya kuat kentut (kadang-kadang adalah). Tapi saya percaya, semua orang pernah kentut. Dan kentut ada bermacam-macam jenis. Haa...macam kuih raya pula..cer baca cer baca..

1. Kentut dalam selimut

 











2. Kentut senyap


 





  




3. Kentut tuduh orang


 









4. Kentut riang

 










5. Kentut ragu-ragu

 











6. Kentut lantang








gambar: kredit to roq's blog




HA-HA-HA..selain daripada jenis-jenis kentut di atas, saya juga berjaya men'google' beberapa lagi jenis yang tidak kurang femosnya. Mari sama-sama kita belajar murid-murid..
7.Kentut bangang - Orang yang menahan kentutnya sampai berjam-jam.

8. Kentut berwawasan luas - Orang yang tahu bila harus kentut.

9. Kentut sengsara - Orang yang ingin kentut tapi tidak boleh kentut.

10. Kentut misteriuos - Orang yang kalau kentut, orang lain tidak ada yang tahu.

11. Kentut gugup - Orang yang tiba-tiba menahan kentutnya bila tiba masa nak kentut.

12. Kentut Optimis - Orang yang selalu mengira kalau kentutnya bau harum.

13. Kentut pemalu - Orang yang kalau kentut tidak bunyi tapi lalu merasa malu sendiri. 

14. Kentut bodoh - Orang yang kalau habis kentut menghirup nafas untuk mengganti kentutnya yang keluar.

15. Kentut pelik - Orang yang kalau kentut dihembus sikit- sikit, sampai bunyi "trit-tit-titttt".

16. Kentut sombong - Orang yang sering mencium kentutnya sendiri.

17. Kentut ramah - Orang yang senang mencium kentut orang lain.

18. Kentut akuatik - Orang kalau kentut di dalam air sampai bunyi "blub-blub-blubbbb".

19. Kentut atletik - Orang kalau kentut sambil mengeluarkan tenaga dalam.

20. Kentut jujur - Orang yang mengaku kalau habis kentut.

21. Kentut pintar - Orang yang boleh menandai bau kentut orang lain.

22. Kentut malang - Orang yang nak kentut tapi terkeluar taik....


Jadi..? Bagus kamurang mengaku...which one?..hik-hik..Kentut yang paling femes dalam hidup saya ialah kentut riang dan kentut senyap. Terima kasih kepada mereka yang mewarnai hidup saya dengan wangi-wangian perfume cap kentut..
p/s: entri ni untuk urang-urang yang berfikiran terbuka saja. Mana-mana yang rasa entri ni bongok, mungkin sebab dia punya jenis kentut banyak dalam ni..(ha-ha-ha..urang jahat s'lalu ketawa)

*koguok = muntah..

-peace-