Thursday 14 February 2013

Raihan sudah 3 Tahun

Assalamualaikum…

Hari ini, tiga tahun lepas saya lahirkan seorang baby gundut (chubby). Alhamdulillah praise to The Almighty Allah SWT for this gift. Hari ini dia sudah tiga tahun. 






Dua hari lepas sebelum 14 Februari, kami buat sambutan hari jadinya secara kecil-kecilan di rumah. Setakat jemput makcik pakcik sepupu sepapat sebelah rumah di KB ni.



Raudhah jadi bidadari




Ini ja tetamu di kalangan budak-budak..hehe




Kesian bidadari kici tu hehe




Chocolate Indulgence dari Secret Recipe




Birthday girl. Kalau bab serius + muncung panjang bagi saja sama Raihan.
Kesian tu  bidadari, keluar sesungut aja




Tadi buat juga sambutan hari jadi Raihan di sekolah untuk raikan bersama kawan-kawan pula. Saya hantar kek, makanan, goodies bag dan kamera aja di sekolahnya. Kamera tu minta tolong cikgu dia ambilkan gambar. 




Sebelum makan kek…kita belajar dulu




Dalam kelas 4 tahun, dia sorang 3 tahun




Jelingan bukan main tajam lagi hehe




Apam polkadot & apam ladybug untuk masuk dalam goodies bag




Apam ladybug, ada inti di dalam. Ini bukan saya buat




Serius betul tu muka birthday girl




Ini dua rius suda ni




Ini berius-rius suda




Pemalu tahap gaban




Tengok tu muka macam kena paksa..adoii la anakku ini




Serius tatap dan bepencen




Pelik dia tengok kek Dora tu bukan macam yang di TV. Terima ajolah nok..




Lepas makan-makan…tetap serius anakku ini




Tengok tu..kawan-kawan pun tidak dipedulikan..huhu




Haha…muka blur




Senyum sikit nakk..



Di tadika ni, dialah paling muda. Sebenarnya paling muda diterima di sini ialah budak umur 4 tahun. Raihan special case hehe. Sebenarnya Guru Besar sini terima Raihan mungkin atas beberapa sebab:

i. Cousin-cousin dia sebelum ni dari awal sampai akhir sekolah sini.
ii. Dia sudah petah bercakap. Sebiji-biji perkataan boleh dituturkan (kecuali huruf R).
iii. Tidak pakai pampes sudah. 
iv. Mak dia merayu domba tahap gaban (haha)



Ok..habis cerita hari jadi. Jumpa lagi..

Saturday 22 December 2012

Trip Ke Mesilau Nature Resort

Assalamualaikum..

Penat. Masih pening-pening lalat. Dua hari lepas buat rombongan bercuti ala mak-mak dan pak-pak ke Mesilau Nature Resort, Ranau. Almaklumlah cuti sekolah. Kalau mau pi sini, semua urusan tempahan hotel diuruskan di Sutera Harbor Resort. 

Mesilau Nature Resort ni ada banyak lodges atau jenis penginapan. Kami pilih Crocker Range Lodges. Harga kurang pasti berapa sebab kawan hasben yang urus. Mungkin dalam RM700+ untuk satu rumah termasuk dinner dan breakfast.

Percutian ni pi dengan kawan-kawan hasben. Bini diorang jadi kawan saya. Anak-anak diorang jadi kawan anak-anak saya. Ada tiga keluarga semuanya. Aduhai penerangan…





Singgah sebentar di Pekan Ranau, beli bekalan makanan



Mandi di Poring. Kolam air panas full, Terpaksa mandi di kolam biasa.
Cuaca baru lepas hujan. Di kaki bukit. bayangkan sejuk airnya...



Ini kami para bini dan anak di ruang tamu. Ada tiga bilik yang selesa.


Ini di restoran. Tengah tunggu makanan untuk dinner. Sejukkk.
Makanan panas dalam masa beberapa minit  sudah sejuk.


Jalan menuju ke chalet. Fuh….naik bukit bukan alang-alang tingginya.



Tangga masuk chalet



Bersedia turn bukit untuk breakfast



Gambar-gambar dulu bah..



Raihan, 2 tahun 10 bulan




Raudhah, 6 bulan +



Raudhah…keturunan sepet mata




Kakak Raihan lagi..



King Edwards nama lodge ni. Mahal. Kami bukan tinggal sini (-__-)



Breakfast sebum checkout



Sebahagian gambar-gambar di Mesilau Nature Resort. Kurang mood ambil gambar sebab cuaca hujan. Sejukkk. Mau-maunya bebungkus dengan selimut dan pasang heater dalam bilik. Tidur di sini satu malam saja.


Lokasi seterusnya Desa Cattle Dairy Farm dan Kinabalu Park sebelum zassss balik KB.



Raihan bad mood, baru bangun tidur



Masih bad mood. Raudhah masih tidur. Hari sudah petang, kabus masih tebal



Makan aiskrim perisa coklat. Barulah muka happy sikit.



Shifa & Raihan. Masing-masing kesejukan..hujann



My lil princess



Shifa dan raihan. Rakan sebaya. Dua-dua photogenic.



Berbaloi datang sini terutamanya kepada pencinta alam sekitar. Di bawah King Edwards tu ada anak sungai yang sangat jernih. Pokok-pokok masih terjaga ke'dara'annya. Selain Crocker Range & King Edward ni, ada beberapa lagi lodge yang ada di sini iaitu Bishop lodges dan Witti Lodges. Bishop ni sesuai untuk backpackers atau keluarga yang ramai sebab katil-katil disusun macam di asrama tu. Witti Lodges tu lebih besar daripada Crocker Range Lodges.

Satu aja yang saya keciwa, tidak dapat begambar di kaki Gunung Kinabalu sebab cuaca mendung dan hujan sepanjang kami di Mesilau. View mount Kinabalu di Mesilau ni lebih besar jelas berbanding tempat lain kata mereka (read: bila cuaca cerah dan tidak berkabus).

Ok..mengantukkk…jumpa lagi..

Saturday 3 November 2012

New Buddy

Assalamualaikum…

Alhamdulillah..syukur pada Allah atas setiap rezeki yang dikurniakan kepada setiap hambanya.

Hari ini setelah sekian lama teringin, akhirnya ia berada dalam dakapan. Banyak hari juga berfikir dan membandingkan-bandingkan dengan yang lain tapi hati ini tetap pada ia. 

Semalam bawa Hasben pi Technocrats, 1 Borneo beli benda ni..


MacBook Pro 13' RM3499. Kalau student/ guru/ lecturer beli boleh dapat education price iaitu diskaun RM300 dari harga asal. Apa yang penting, perlu ikut prosuder yang ditetapkan. Ada surat menyurat la yang mau diurus. Kalau beli online macam deducted terus. Mungkin la..


Sebelum beli Mac jenis ini, memang ada buat juga beberapa perbandingan dengan Mac yang lain. Saya terpesona dengan MacBook Air, ringan dan kecil. Tapi jurujual tu cakap kalau mau guna untuk kerja-kerja editing gambar/ video, bagus lagi beli MacBook Pro. Lagipun MacBook Air ni tidak ada tempat CD, nipis betul. Memang sudah juga plan sebelum ni mau mac guna untuk editing-editing. Jadi beli yang ni.


Lepas beli, ada saturang Technician bawa kami (read: ikut juga hasben and anak-anak dua orang tu) masuk dalam 1 bilik khas. Dia setup Apple ID dan register. Then dorang ajar saya macam mana guna ni benda sebab sebelum ni memang pengguna tegar Ms Windows.


Fuh, kalau tidak biasa sama produk Apple macam saya ni, memang bingung-bingung guna Mac ni. Kebanyakan function bertentangan dengan windows. Ada beberapa screenshot untuk buat perbandingan.



Ini interface macbook pro saya. Dock di bawah tu paling siok. Senang mau akses program yang selalu diguna. Ms Windows pun ada juga, cuma yang ni display cantik sikitlah.




Ini Launchpad. Kalau dalam Ms Windows..yang ni dalam all program tu.




Ini interface untuk ms word. Lebih kurang kalau guna Ms Windows. Namanya pun microsoft office for mac. Tempat exit semuanya berada di sebelah atas kiri. Bertentangan dengan Ms Windows.



Tempat untuk shutdown bahagian atas. Kalau Ms Windows ia berada di bawah.




Multi screen/desktop. Fungsi, contohnya kalau buat kerja rasmi guna desktop 1, kalau buat kerja saja-saja contoh facebook kaa, edit-edit kaa…guna desktop 2. Jadi tidaklah becampur baur tu skrin. Boleh juga tambah-tambah lagi desktop tu mau sampai berapa yang kamu suka. tapi tidak tau pula kalau ada limit. Kalau Ms Windows..paling-paling kita minimize aja mana-mana inactive open window untuk buka window baru kan..kan..




Ini Finder. Lebih kurang My Computer kalau dalam Ms Windows




Selain daripada beli ini Macbook, ada juga beberapa aksesori tambahan yang saya beli untuk melengkapkan new buddy saya ni. Check this out.





Mini DisplayPort to VGA Adapter RM99. Ini gunanya untuk membuat sambungan ke wayar  projector tu.  Ini sangat penting untuk kerja Cikgu macam saya ni. Haruslah hari-hari buat tayangan lepas ni haha.




Matte Case. Kaler hasben yang pilih. Konon kaler world scout. Ikut jah.  RM200+.  Kalau cek di lelong.com.my ada juga jual ni benda dengan harga yang agak murah. Kualiti tidak pasti macam mana. Tapi saya rasa ini memang ada yang jual murah walaupun orijinal. Sebab ini bukan produk Apple. Ini syarikat lain buat untuk Apple. Jadi harga bukan di bawah kawalan Apple..giteww..





Apple Magic Mouse Rm299. Memang magic betul mouse ni. Bluetooth. Guna kuasa bateri AA 2 biji. Function jauh berbeza dengan mouse biasa. Patutlah mahal betul. Tapi smat betul ni mouse. Sampai sekarang masih jakun terhadap ni barang.



Microsoft Office for mac. RM699. Untuk 3 users/macs. Ada juga dijual  yang untuk 1user/ mac saja, harga dalam RM499.  Beli ini sebab ada ura-ura kawan-kawan hasben mau beli macbook juga, jadi boleh share bayar. Bijak juga Apple cooperate dengan Microsoft sebab majoriti pengguna komputer di dunia ni memang pengguna tegar MS Windows. Sekurang-kurangnya, semua dokumen word dalam laptop lama boleh transfer ke macbook nih.



Kalau ada sesiapa yang mau beli produk Apple, tidak perlu pilih kedai mana yang jual paling murah. Sebab kawalan harga untuk barang dorang memang sangat ketat. Sama harga - world wide. Yang berbeza cuma nilai wang sesebuah negara saja. Contoh: Kalau di Malaysia Harga Mac RM3499, di Indonesia harganya IDR12991025 (12 juta rupiah). Kalau beli online pun, harga sama juga.

OK..sekian sahaja cerita saya pada hari ini haha. Lepas ini mau pi bercuti. Sudah book hotel di Karambunai. Assalamualaikum..