Thursday 30 November 2006

Calling...

Semalam dia call. 29 Nov, 09:31 am. 2 kali. Call yang pertama putus sebab habis kredit. Call yang kedua pun putus sebab telefon bodoh ni buat hal. Asyik keluar bunyi 'ngeuk ngeuk ngeuk' all the time. Mungkin impact dari jatuh longkang. Bukan saya, handphone sot ni le.

Then saya SMS dia, malam nanti saya call dia. Dia reply ok. Malam tu saya call, dekat dekat jam 9. Dia tak angkat. Merajuk terus si kilau.

Saya delete nombor dia dari phonebook. Then saya store. Delete lagi. Store lagi. Delete. Store. Delete. Store. Handphone jammed!

Tadi saya call lagi, tapi dia tak angkat. Uwaaaaaa...!!

Wednesday 29 November 2006

CSI vs WWE


Rabu. 10 pm. AXN. CSI: Miami.

Rabu. 10 pm. ASTRO SuperSport. WWE


Saya, kakak dan adik adik pakat ramai ramai tengok CSI.

Mama (ketua), bapak, abang dan pakcik fight nak tengok siaran satu lagi.


"tukar tv sebelah". ini mama. maksudnya tukar channel la tu

"sebelah?.. banyak sebelah ni". adik saya. loyar buruk

"hari ni ada gusti, tv 80". ini bapak sedara.

"gusti hari khamis. tv3. 11 malam". saya dan adik, trep kelentong

"tukar gusti. balik balik tengok ini".
nah..! bapak dah mula bersuara.


Si tukang pegang remote TV pun dah terketar ketar (saya le tu). Takut nanti bapak tiba tiba membuat rampasan remote. Inilah masalah utama di rumah ni. Remote pun jadi rebutan.


bla bla bla


..dan pemenangnya adalah anak anak yang gilakan TV. Macam le boleh bawa mati.
Chess

Semalam saya tidur jam 4 pagi gara gara ini. Si Jehan la ni punya kerja.





Mula mula main Toki Toki Boom. Kejap saja sebab tak mencabar langsung. Then dia ajak lawan Domino. Yang ini saya memang tidak tahu main. And.... akhirnya main ini, Catur.

Kali pertama saya belajar main catur masa saya tingkatan 1. Lepas tu masuk bertanding waktu tingkatan 2. Bukan terer pun, tapi lawan pada masa tu sama bodoh dengan saya. Cuma mungkin saya ni pandai 'main main mata'. Lalai terus si kawan. Bila dah begitu, NGAP terus la. Ha ha ha!

Tapi itulah, kalau sama sama bodoh, bolehlah goreng goreng empuk. Tapi kalau dah berdepan dengan 'pro', goreng pun hangusss. Hampeh! 4 kali budak ni kasi chance saya lawan dengan dia, 5 kali saya kalah, termasuk pusingan warm-up. Mesti Gary Kasparov sedih melihat kecundanganku pada ketika itu.


Gary : tak kenal pon...

( Saya : dia ni hidup lagi ker..? )

Tuesdays with Morrie

Saya dan adik beradik tonton cerita ni malam tadi. Hallmark channel, 10 malam. Best sangat. Cerita ni diadaptasikan daripada novel bestseller Mitch Albom. I start googling about this book and, I agree with 'THE RUNAWAY BESTSELLER THAT CHANGED MILLIONS OF LIVES'. Memang, TUESDAYS WITH MORRIE made a great impression on me.

Cerita ni tentang seorang tua yang bijak dan sabar, yang memahami anda semasa anda masih muda dan masih mencari cari, menolong anda melihat dunia ini sebagai sebuah tempat yang lebih dalam dan memberi nasihat yang baik untuk membantu anda bagaimana untuk melaluinya. Bagi Mitch Albom, orang itu adalah Morrie Schwartz, profesor di kolejnya 20 tahun lepas.

Mungkin kita juga seperti Mitch, banyak perkara yang terlepas atau sengaja dilepaskan semata mata mengejar kesibukan kerja yang tidak pernah berhenti. Mitch bernasib baik kerana mendapat peluang kedua, bertemu semula dengan Morrie dalam bulan bulan terakhir kehidupan lelaki tua ini. Mengetahui Morrie menghidap penyakit amyotrophic lateral sclerosis (ALS) dan akan mati, Mitch melawati beliau setiap hari selasa dan merekodkan setiap perbualan yang Mitch anggap sebagai satu pembelajaran. Pembelajaran tentang 'bagaimana untuk hidup'. Oh!... I was very touched by this movie. I wish that I could have met Morrie.

Terlalu banyak moral of the story yang saya dapat daripada cerita ni. All about true meaning of love and live, inspiration, friendship. It was wonderful! Mitch, thank you for sharing Morrie with the rest of the world.

Lepas ni saya mesti lebih meminati hari selasa walaupun hari selasa kurang rancangan menarik.

Monday 27 November 2006

Kau ada jual sidie?

Semalam dan sepanjang hari ni saya ada terima SMS dari seorang bekas pelatih PLKN ni. Perempuan tau. Tak sure dah siri yang mana satu. Dia ni pandai sikit sikit je membaca dan menulis. Tidak boleh dikategorikan sebagai buta huruf.

Lebih kurang macam ni la per'SMS'an kami..

"hoi cegu. kau de romah? kau ada jual sidie?" dia la ni

Saya balik balik baca SMS dia. Macam tak sopan saja. Tapi saya buat bodoh.

"yaaaaa...." (panjang je..)

"aku tenya butul2.kau da jual sidie?"

"CD ke?" nak kepastian ni

"sidie.aku mau kawat kaki. sidie lain pun mau aku.barapa buting lagi sidie cegu?"

Aahhh?.. Apa buting? Tolonglah nak. Saya taulah kamu orang Brunei, eh mungkin Kedayan. Ehh....kamu bangsa apa Ernie..? Ernie nama dia.

Saya tak balas SMS dia yang last tu. Then dia SMS lagi.

"barapa buting sidie? aku suka kau."

"apa buting? suka apa?" saya balas

"kau ada jual sidie?" ini yang dia balas

Saya jadi blur. Terus ignore SMS dia.



Sepetang di kedai runcit

Petang tadi saya ganti adik di kedai. Uuwagh..! Mengantuk! Saya tekan tekan kalkulator untuk menghilangkan rasa ketiduran yang makin meraja. Start saja cerita bawang bawang, mata saya kembali membugar, sebugar bugarnya.

Kedai yang sunyi sepi tiba tiba dipenuhi oleh budak budak hingusan yang super jajal (degil). Nak tumpang sekaki la tu. Saya siap bagi warning, kalau bising bising saya tutup TV. Awal awal tu memanglah dengar cakap. Lama kelamaan budak budak tu makin membising. Lebih bising dari suara Rika Sumanto. Sabar, sabar. Si tokey kedai ni kontrol kontrol mulut. Takut nanti tak pasal pasal mencarut pulak. Tapi bak kata Pak Lah, dalam kelembutan ada ketegasan. Wah! Apalagi, memandangkan budak budak ni telah menimbulkan kemarahan si penjaga kedai yang cantik jelita, maka dengan kuasa veto yang dia ada, PLUP! TV OFF. Terpinga pinga budak budak ni.

"Eh! mati letrik"

Kepala hotak kamu mati letrik. Saya tersengih sengih. Tanduk dah mucul kat kepala. Muahahaha! Baru kamu tau aku siapa!!


Budak budak ni taknak beredar pula. Semuanya senyap. Mungkin diorang ingat kalau dah senyap saya akan ON balik TV tu. Ngeh ngeh ngeh! Diorang tak tahu kepala saya ni dah bertanduk tanduk. Saya bangun dan matikan pula suis TV. Sambil tu mulut yang cantik ni suruh suruh (read: halau) budak budak ni balik rumah. Tengok TV di rumah masing masing. Akhirnya, semuanya berlarian balik rumah. Agaknya takut terlepas babak dalam cerita bawang bawang tu. Ha ha!

Dan si tokey kedai itu pun ON balik TV dan ASTROnya dan menikmati cerita bawang bawang dengan rianya.

Saturday 25 November 2006

Suatu petang di dapur Kilaupodos

Saya sedang masak masak pada waktu tu sambil ditemankan oleh anak sedara yang degil tu, Shincan nama dia. Kami berbual bual..

Kilaupodos : Shincan suka makan ikan masin? (time ni saya tengah potong potong ikan masin)

Shincan : Tidak! (kompom jer)

Kilaupodos : Kenapa?

Shincan : Acam!

Kilaupodos : ??


Then, saya suruh dia buat sesuatu..


Kilaupodos : Shincan tolong ci' ma. Minta nenek duit, beli sardin kecil.

Shincan : Bah! (angguk angguk kepala)

Kilaupodos : Ingat apa mau buat?

Shincan : Minta nenek duit, beli sardin.

Kilaupodos : Pandai. Pi cepat.


Beberapa minit lepas tu, dia datang balik bawa sardin yang saya minta.


Kilaupodos : Pandainya. Terima kasih ya. Sudah bayar?

Shincan : Sudah. Tapi hutang.


No KOMENG!

Friday 24 November 2006

Rangga

Pagi pagi lagi anak sedara saya yang umur 3 tahun tu ketuk ketuk pintu bilik. Kuat bukan main. Dia panggil panggil nama saya dengan pronounce yang tak betul. Saya duduk diam diam. Tiba tiba ketukan makin kuat. Rupa rupanya abang dia turut sama mengetuk.

"napa...".
serak serak basah ni
"si rangga sudah mati". ini si abang
"rangga mati. rangga mati.rangga mati". ini dia

Bisingnya..! Saya buka pintu.

"rangga mati. kena langgar kereta"
"nenek suruh kubur"
"rangga mati. kena langgar kereta. nenek suruh kubur. kesian dia"

Lepas seorang, seorang lagi cakap. Ah..mengantuk. Saya sambung tidur balik. Saya mimpi rangga jilat jilat kaki, muka dan baring baring atas badan saya. Saya bangun, dah pukul 10. Turun cari mayat rangga di tepi pagar. Terkedu saya tengok mayat dia yang dah beku. Mungkin dia dilanggar lari semalam. Saya bungkus dia dengan surat khabar lama. Ambil scoop, terus pergi belakang rumah. Hari ni saya jadi 'si penggali kubur'. Anak yang dua orang tu mengikut di belakang. Habis satu kampung diorang beritahu rangga dah mati kena langgar kereta.

Tahun ni saja 2 ekor ungau saya dilanggar lari. Saya sedih?.. Memang. Gambar dia tak banyak saya ambil. Mungkin sekali tu saja, masa mula mula saya jumpa dia. Kasihan sungguh.

Saya mula menggali. Gali sini, tak boleh. Banyak sangat akar pokok kelapa. Gali sana, tak boleh juga. Ada batang paip. Gali Situ, batang paip lagi. Gali sinun, banyak pula batu. Tensionnya!!! Saya teriak teriak (dalam hati je). Last last saya cabut satu pokok apa ntah, mama yang tanam. Gali kat situ, dalam 2 jengkal. Bila masukkan mayat rangga, tak muat. Badan rangga panjang sangat. Ukur lagi, gali lagi. Tak muat juga. Hish! Kau banyak buat dosa ke rangga..? Saya gali gali lagi lobang, besar besar. Keringat mencurah curah. Ini kot yang dinamakan hasil titik peluh.

Dah siap gali, anak sedara yang 2 orang tu pula buat hal. Habis segala batu batan, kayu kayan, sampah sarap, daun dedaun dan bunga bungaan diorang masukkan dalam liang lahad. Mengamuk terus si makcik. Dua dua saya ugut kurung dalam tandas kalau masih degil. No respon. Saya ugut lagi konon konon malam nanti ada hantu si rangga pergi kat diorang. Dua dua pakat ketawakan saya. Dua dua kena sekeh kepala.

Akhirnya, rangga dah pergi. Mudah mudahan rohnya dicucuri rahmat..
Jangan paksa lah..!

2, 3 hari lepas saya dapat sms daripada seorang kawan ni. Bukan rapat sangat pun. Tapi dia banyak tolong saya (read: dia paksa saya untuk terima pertolongan dia). Dalam sms tu dia minta saya menyamar jadi girlfriend dia. Alasan: mak dia paksa dia kahwin dengan sepupu dan dia taknak. Saya cakap saya tak mahu terlibat. Nanti tak pasal pasal saya pula yang kena kahwin dengan dia. Berpuluh puluh missed call sebab saya tak jawab. Kemudian menyusul pula berpuluh puluh sms pujuk rayu supaya saya setuju. Berpuluh puluh juga I CAN'T HELP U saya hantar kat dia. Tiba tiba dia balas tq sbb sudi tolong. nt i bgtau kt mak bila nk dtg. Blur! Saya check balik sms yang saya hantar. Sah! Dia ni yang gila. Saya biarkan saja. 5 minit lepas tu dia sms balik, sorry, i rabun. x nmpk apa u tulis. xpe klu x dpt tlg. myB next time!. What do you mean by NEXT TIME? Saya sms balik, klu psl ni xde next2 time. cari org lain. bottom line!

Saya fikir benda ni dah selesai. Pagi ni, sebentar tadi dia sms lagi. Benda yang sama. Dan ditambah lagi dengan pujuk rayu yang memualkan.

Peningnya si lalat. Dah la telenovela table for three tak abis fikir lagi. Datang pula table baru. Takutnya...!

Thursday 23 November 2006

Hari khamis yang lawak..

Hari ni tak tahu lah apasal. Dunia saya dipenuhi dengan kelawakan semata mata. Kakak saya diforwardkan email ni dan dia print terus bagi kami baca. Tak cukup dengan tu, dia forward lagi email tu kat adik adik dia sorang satu.. Ngeh ngeh ngeh..! Cekidaut..


Respon kepada karangan di atas

Saya:
kaki hentak hentak kat kusyen, air mata dan air liur meleleh leleh tak senonoh, tangan tampar tampar adik sebelah, suara hampir hampir tak keluar.

Adik perempuan 1:
Kaki steady, air mata dan air liur safe, tangan maintain pegang kertas, suara terbahak bahak <--tak sopan sungguh.

Adik perempuan 2:
Tak tengok gaya dia sebab dia baca di tempat yang tersembunyi <--jenayah terancang nih..

Adik lelaki:
Hehe. Ini saja yang keluar dari mulut dia.

Kakak 1:
Tak lucu ponn...(?) <-- ini dalam kepala saya

Kakak 2:
Lucunya... (tapi muka serius)

Bapa:
No respon (kontrol macho ke pakk?)

Mama:
:) ... (agaknya mama ketawa terbahak bahak kat dalam hati)

Bila ingat balik, sah sah saya yang paling takde kesopanan dan kesusilaan. Eh rukun negara ke berapa tu?
Dia lagi

Macam biasa kakak saya yang kerja nurse tu hantar anak anak dia yang 3 orang tu kat rumah ni. Biasanya adik lelaki saya merangkap baby sitter yang pergi rumah dia. Maka bermulalah lagi cabaran dan dugaan di hari khamis yang indah ni.

Hanya orang orang yang kebal saja boleh tahan dengan karenah anak anak sedara saya ni. Kalau kedajalan diorang ni boleh diukur sizenya, mahu saya kategorikan super duper xxxL. Jahatnya makcik ni.

Tengahari tadi, anak yang nombor 2, yang umur 3 tahun tu buat hal. Dia dah songlapkan sebiji ubat khas untuk berhenti merokok. Bapak saya la tu letak merata rata.

"kau ambil ubat atuk ya?"
. saya tunjuk tunjuk ubat tu kat muka dia
"tiada..". sambil lompat lompat
"abis, mana sebiji?". dah hangin
"abang makan". dia tuduh abang dia yang takde di tempat kejadian
"jangan tuduh tuduh". makin garang konon
"napa tak pandai simpan barang, tengok dah hilang". dia blah

Saya ketap ketap bibir sampai sakit. Lagi sakit hati tengok dia ketawakan saya. Mungkin ini kesannya. Minggu lalu kakak ada cakap yang dia dah telan ubat kecerdasan 60 biji sekaligus. Nasib baik tak pengsan.



Anak bertuah


Wednesday 22 November 2006

Suatu hari di kedai runcit

"saya mau keropok". anak sedara yang umur 3 tahun
"mana duit". ini aku

"hutang". dia tersengih sengih
"banyak cantik". garang
"saya mau keropok". sambil tarik tarik tangan aku

Aku pura pura sibuk tekan tekan kalkulator. Untuk menambah kesibukan, aku belek belek bil tunai beli barang semalam.

"ci' ma, saya mau keropok...". dah start nak nangis. Aku buat bodoh lagi. Aku bangun, pergi lekat lekat harga kat makanan tin.

"ingat saya cakap sama dinding kah..?!". dia marah. Jeling jeling kat aku.


Mak aihhh...!!!! Aku pandang dia, terus cubit 2 kali kat lengan. Rasakan!

Tuesday 21 November 2006

SMS

Hari tu saya dapat satu sms ni. Banyak kali dah dapat sms gaya gaya ni. Saja highlight yang ni.

"awang dpt x?". mamat tu send
"dpt apa?". saya memandai mandai jawab
"cl dia. aku cl dr td x dpt2". macam real je
"x cukup kt". trep nak minta relod la ni
"ok, nt karang aku relod". biar betik
"cpt sikit, nt x smpt cl". cewah..memainkan peranan ni

Lima minit lepas tu

tett..tett...

"...isian semula anda RM 30.00 berjaya..". dari DiGi

Ha-ha-ha. Nasib kau lah labu. Awang mana entah yang dia cari. Terus saya bermain main sms dan telefon sana sini. Kan dapat relod FREE...

Sunday 19 November 2006

Rokok

Semalam rumah terbuka. Adalah sekerat dua kawan lama time Matrikulasi dulu datang. Tu pun sesat entah kemana mana. Saya dengan t-shirt, seluar track dan towel sarung kat kepala (tak sempat capai tudung) menyambut kawan kawan dengan lemah lembut depan gate. 2 orang teruna saja yang sampai.

"Eh, kau ke ni..?"
"yalah, abis.."
"dah banyak perubahan.."
"really? makin cantik or makin buruk"
"makin gemuk dan makin hitam"
"setan kau!"

Suka hati diorang je kutuk kutuk tuan rumah. Nasib baik ja tak suruh diorang balik. Saya jemput mereka masuk, terus serbu makanan. Memang kawan kawan saya ni tak tahu malu. Saya hulur pinggan putih, diorang tolak. Mengada ngada nak pakai pinggan pink.

"yang putih tu nipis, tak boleh masuk makanan banyak banyak". ni kata yang sekor
"a'ah, baru ambil sikit dah macam bukit, malu la". sekor lagi
"kalau pinggan pink, ambil makanan banyak banyak pun orang tak perasan". dua dua ekor

7 tahun tak jumpa perangai tak berubah ubah juga. Tapi saya terhibur. Bestnya jumpa kawan lama. Siap tangkap tangkap gambar lagi. Macam banyak je tangkap, check balik ada 3 snap saja. Abis makan diorang merokok kat luar, saya ikut. Tengok saja. Asap berkepul kepul hembus kat muka saya. Apa lagi mengamuk la si joe.

"ei..kalau merokok, telan la asap tu, jangan libatkan saya"
"orang yang merokok cuma 20% risiko dapat penyakit"
"kepala hotak kau"
"betul ni..orang yang tersedut asap rokok 80% risiko dapat penyakit"
"ceh"
"betul la, jadi kalau mau kurangkan risiko dapat penyakit, jemputlah merokok. nah sebatang"

Saya ambil rokok dia. Salem Cool Planet (macam nama ungau saya). Bukan sebatang, sekotak. Terus masuk poket. Tak bagi balik. Padan muka! Ha ha ha ha!..macam sera kata 'orang jahat selalu ketawa!..'

Bila diorang dah balik, saya masuk bilik. Tengok cermin. "Betulkah aku makin gemuk dan makin hitam?..Ishh...kan pakai olay total white.."

Friday 17 November 2006

Sawahku terbentang meluas...

Esok keluarga saya plan nak buat rumah terbuka sempena penghujung Syawal. Dalam kepala saya fikir nak buat tomyam, kek coklat dan salad buah. Terbayang bayang saya kek coklat dan salad buah yang sedap gila time pegi rumah terbuka Cumil hari tu. Time tulis entri ni air liuh dah merembes rembes keluar dengan rakusnya. Tak senonoh!

Tadi dah pergi pekan dengan adik beli bahan bahan untuk projek saya esok. Balik tadi kami lalu ikut jalan sawah. Hmm....segarnya mata memandang. Sempat juga tangkap gambar 4, 5 keping guna kamera murah ni.








Dan saya bangga menjadi anak pesawah. Biar apa kata mereka.

Monday 13 November 2006

From Tawau with love

Aha....best gila pergi Tawau hari tu. Walaupun tak sempat singgah Kedai Sate Mas AF (sebab tak cukup masa) berbaloi jugalah berjalan jalan meronda bandar Tawau..ulang sekali lagi Bandar Tawau Ok! (saya selalu tersasul cakap Pekan Tawau...mengamuk terus si joe). Geng geng budak Batu 2 memang sporting habis. Walaupun pemalu pemalu jejaka jejakanya, tapi sempat juga diorang buat pose macam-macam time sesi bergambar. He he. Thanks a million thanks to Aco (nama panggilan chok) sebab tetap sabar membawa saya dan kawan kawan meronda ronda mencari 'Sayap Ayam Lelek'. Adeh....banyak betul tragedinya. Kunjungan pertama saya ke Tawau memang indah. Nasib baiklah duit tak semewah mana. Kalau tidak, dengan periuk belanga sekali saya borong bawa balik.





Itu cerita lain. Cerita pasal Refresher Course (RC) yang membolehkan saya menjejakkan kaki di sini. Saya bertemu lagi dengan mereka mereka yang amat saya sanjungi dan kagumi.. Alang, Hadi, Ah Joe, Najib, Agnes. Tak lupa juga kepada Ghana, Esther, Zaza and Melor. U guys inspire me in many ways. Thanks a lot!




Tersengih sengih saya seorang diri bila teringat peristiwa di dalam kapal terbang ke Tawau hari tu. Mentang mentang la separuh daripada penumpang dalam tu semuanya jurulatih, ikut suka mak bapak diorang je buat kapal tu macam rumah sendiri. Tangkap gambar sana sini. Berjalan ke hulu ke hilir. Masing masing mencari sahabat handai yang dah lama tak jumpa. Ada pulak yang pindah pindah tempat duduk. Kejap duduk depan, kejap kejap pindah belakang. Tau lah Air Asia free seat. Bisingnya jangan cerita. Tapi itu sebelum kapal berlepas. Suasana kembali tenang dan terkawal bila pesawat dah kat udara. Ada yang muka dah biru saya tengok (ni mungkin first time naik flight), ada juga yang dah tidur (kes takut muntah le ni). Ada pula yang melakukan kegiatan jenayah terancang (makan roti yang dibawa dari rumah senyap senyap). Saya tak tahan mabuk, terus tidur..zzZZ..

Perjalanan kursus berjalan lancar dan aman damai. Ada sesuatu yang benar benar buat saya sentiasa bersemangat di sini. Ada seorang peserta RC ni, nama dalam tag dia 'DATU K'. I am interested with him bukan sebab nak mengada ngada cari pakwe. Cuma muka dia seJIBIK macam my PACI. My godness, tiap masa saya curi curi pandang dia sampai dia perasan. Then saya perasan dia pun macam pandang pandang saya. Agaknya dia nak make sure saya tengah pandang dia or not. Agaknya lah. Saya pun kontrol ayu pura pura preoccupied dengar teori dan metadologi Ghana. Tangan pun konon kononnya lancar saja salin notes. Piirahh!! He he. Tapi betul la, muka dia macam Paci.

Banyaknya kenangan terindah yang berlaku di sini. Oh..! how's sweet...

Apapun, Tawau, saya pasti kembali... Auuuuwwwooooo........!!!!