Friday 20 January 2012

Gestational Diabetes Mellitus

Assalamualaikum...

Pagi ini saya akan ke klinik kesihatan ibu dan anak (KKIA) untuk cek MOGTT (Modified Oral Glucose Tolerance Test). Check-up ni untuk menentukan ibu mengandung tu mengidap kencing manis semasa hamil atau tidak. Fuh! masa mengandungkan si Raihan dulu tidak pula kena cek. Lagipun simptom-simptom macam tiada. Sekarang ni doktor cakap, bermula 25 tahun ke atas wajib jalani pemeriksaan. Aduyai..mulalah saya ni panik. Telepon dan tanya siapa-siapa yang berkenaan termasuk mereka yang pernah buat pemeriksaan ni. 

Jadi doktor suruh puasa bermula 10 malam sehingga selesai pemeriksaan ni. Memandangkan kemarin saya penat betul banyak kerja di sekolah, saya lupa terus mau makan. Hujung-hujung saya berpuasa dari tengahari sampai pagi ni belum sentuh apa-apa makanan lagi. Kesian anak saya kelaparan di dalam perut ni. Sabar ya daling!

Pukul 7.30am sudah saya muncul di KKIA ni. Ada beberapa orang sudah sampai. Harap tidak lama ni proses, sebab perlu kembali ke sekolah mengajar seperti biasa selepas ini. Sebab saya cuma minta pelepasan menggunakan time slip dari doktor. 

OK, proses cek MOGTT:
#1 - petugas makmal akan jarum di jari untuk ambil bacaan gula dalam darah. Rekod.

#2 - Minum air glukos setengah botol mineral kecil tu (yang suda saya prepare sebelum masuk dalam makmal ni). Lawak masa ni, tu petugas makmal suruh habiskan semua air campuran glukos tu dalam masa 10 minit, saya minum tidak sampai 5 saat. Macam kebulur orang nampak. Satukali hampir-hampir mau temuntah. Eii.....rasa macam telan gula satu karung..hishk! Lepas ni kena sambung puasa lagi.

#3 - kena suruh tunggu selama 2 jam (mungkin mau tunggu tu gula bertindak). Masa ni saya balik pi skolah tapi singgah pekan dulu beli dry yeast sebab hari ini ada eksperimen tajuk microorganism breath.

#4 - Cukup 2 jam, masuk balik makmal untuk jarum lagi. Ini untuk melihat tahap toleransi ibu-ibu terhadap gula (penghasilan insulin atau tidak) dan kandungan gula dalam darah. Bacaan direkod. Lepas ni boleh makan sudah tapi saya tidak makan sebab makanan ada dalam kereta. (Mati saya kalau doktor tau bekal saya itu ialah kek keju yang sangat sedappp!!)

#5 - Jumpa doktor untuk penjelasan (sedia lah kau kena marah!)

Saya puasa dari tengahari sampai la jam 8.30 pagi, bacaan 5.1mmol/L. Selepas 2 jam minum air gula, bacaan 10.7 mmol/L !! OHMAIGAD! Habis semangat saya kena bebel oleh nurse dan doktor hari ni. Apa punya nasib. Doktor cakap, ini adalah Gestational Diabetes Mellitus (GDM) iaitu kencing manis ketika hamil. Ia tidak semestinya disebabkan oleh apa yang di makan oleh ibu tetapi ia juga berpunca daripada tahap hormon seseorang ibu di mana tidak semua ibu mengandung mampu menghasilkan insulin yang cukup semasa hamil. Ini kerana ketika hamil, ibu memerlukan insulin tambahan untuk pertumbuhan bayi. Siapa yang tidak tahu apa fungsi insulin - ia berfungsi untuk mengawal paras glukos dalam darah supaya berada pada tahap yang normal. Jadi kalau kekurangan insulin ni, glukos tidak mau keluar kali dari badan, itu yang jadi kencing manis. Eh..betul ka tu? ..(--___--)!

Hmm...cara rawatan pasti ada, diet pada makanan terutama makanan yang banyak karbohidrat dan makanan manis. Doktor sudah bagi appointment untuk jumpa Pakar Zat Makanan (PZM) hari rabu minggu depan. Laju ja saya cakap tidak dapat datang sebab balik kampung. Huh, satu kali lagi kena laser. Tebal sudah telinga saya hari ni kena marah saja. Begini mungkin murid-murid saya rasa kalau time hormon saya tidak stabil. Asyik kena marah saja diurang..huhu..kesian pula.

Saya akun saja kunun mau datang supaya tidak kena bebel lagi. Doktor bagi masa 2 minggu untuk diet makanan. Huh lepas cuti Chinese New Year, kena datang sini lagi buat check BSP. Nanti next entri baru cerita apa itu BSP. Tiada sudah semangat saya ni. Tiada semangat pun, kek keju dalam kereta satu container tu saya lahap juga semua. Tiada kesedaran betul..

Jumpa lagi nanti..

Thursday 19 January 2012

Kasih Sayang

Assalamualaikum...

Time check, 12:14am 19 Januari 2012. Tidak mengantuk sebab ada tidur petang. Tidur petang sampai ke asar memang bikin lemah badan, kepala pening. Belum lagi masuk bab mimpi petang yang biasanya tidak siok. Tadi petang mimpi buruk juga, berabis mau ingat tapi tidak dapat. Short term memory lost suda kali ni.

Hmm..kemarin pi checkup di klinik ibu dan anak. Datang jam 2pm, jadi urang pertama yang kena cek. Syukurlah. Tapi prosedur banyak sangat menjadikan urusan jadi lambat. Tidapalah, demi anakku yang tercinta dalam perut ni. Sudah siap berurusan sama nurse, mau jumpa doktor pula untuk scan. Adidiii... tingu jam suda pukul 3pm. Nasib juga tidak ramai yang jumpa doktor hari ni. Baru pula saya tau ada dua urang sudah doktor sini. Oh ya, perempuan lagi tu hehehe. Dulu masa si Raihan, doktor lelaki bujang ja ada sini. Berserah sama Allah sajalah kena periksa.

Time kena scan tu, saya dengar-dengarlah tu doktor becerita sama nurse dia pasal tu mesin scan yang lapuk. Tu nurse cakap jaman jipun punya mesin. Saya tingu tu mesin pun bikin kesian juga. Minta sukat ini, tidak dapat. Minta cek itu, tidak nampak. Ujung-ujung kes fibroid saya tidak dapat keputusan, sebab doktor tidak nampak dengan jelas. Salah itu mesin jaman jipun. Mau tidak mau, terpaksa pi private juga dalam masa terdekat untuk buat ultrasound yang lebih clear. Hmmm

Teringat pula masa pulang dari sekolah tadi, saya nampak dua urang adik-beradik sedang berpimpin tangan berjalan kaki pulang rumah. Si kakak darjah 6 dan si adik lelaki darjah 2. Dari jauh nampak diurang ketawa-ketawa bergurau senda. Kadang-kadang si kakak peluk kepala adik dia, cium ubun-ubun. Si adik senyum memanjang saja. Tangan tidak lepas-lepas dari genggaman masing-masing. Saya bawa kereta slow saja, mau ambil peluang tingu gelagat adik-beradik ni. Tiba-tiba sayu pula hati saya tingu diurang ni. Dalam kelas akademik tidak begitu baik. Masuk kelas uncit, keputusan pun selalu uncit. Kadang-kadang saja dapat keputusan tengah-tengah. 




Bila imbas sejarah keluarga, diorang tinggal sama nenek. Mama ada tapi tinggal berasingan. Bapa sudah lama tidak tinggal bersama sebab kerja di Kota Kinabalu. Tidak taulah sudah bercerai atau tidak ibubapa diorang ni. Pernah juga risik-risik tanya sama itu adik yang tahun 2, tapi jawapan yang dia bagi macam tidak menjawab persoalan yang berlegar di kepala saya. Budak darjah 2 hanya tahu jawab apa yang diberitahu kepada mereka. Mau tanya si kakak, takut menyinggung perasaan dia pula. Hujung-hujung saya biarkan saja persoalan tidak berjawab.

Masih terbayang-bayang lagi muka si adik tahun 2 tu. Senyum sampai telinga. Terpancar riang dan gembira di muka dia. Tambah lagi kalau si kakak usap-usap kepala dia. Mungkin dia rasa begitu selamat dan bahagia di samping orang yang dia sayang. Terimbau situasi di dalam kelas, memang ceria juga budak ini, tapi lebih ceria lagi wajah dia bila bersama keluarga. Terus tiba-tiba rasa diri sangat kejam sebab selalu marah dia dalam kelas. Aduhai cikgu..cikgu..



Apapun, saya masih terharu bila ingat kisah diorang ni. Sungguh erat ikatan kasih sayang antara kakak dan adik. Moga berkekalan sampai bila-bila. Hmm....dulu masa saya sekolah rendah, balik rumah jalan kaki juga tapi mesti sama kawan-kawan. Adik-adik jalan sama kawan masing-masing juga. kawanlah segala-galanya untuk saya masa itu. Berabis mau ingat, pernahkah saya pimpin tangan adik-adik saya pergi atau pulang sekolah?..Serius tidak ingat..(macam tidak pernah saja..+______+)!

Ok, si baby sudah tendang-tendang perut umi dia suruh tidur. Assalamualaikum...

Monday 16 January 2012

Perkembangan Si Kecil...

Assalamualaikum...

Syukur Alhamdulillah, kandungan sudah masuk minggu ke 20++. Biasanya orang perempuan bujang atau orang lelaki kalau nampak relatives atau ibu-ibu pregnant, diorang bukan tanya "berapa minggu sudah?". Selalunya soalan diorang "berapa bulan sudah?". Jadi kalau si kecil saya ini sudah 20 minggu, bersamaan juga dengan 5 bulan. Ada lebih kurang 20 minggu lagi untuk ditempuhi sebelum si kecil melihat dunia fana ini (Inshaallah).

Besok (17.01.2012) temujanji rutin di klinik kesihatan ibu dan anak. Kalau di KB ni, datang pukul 7 pagi, kena panggil mau dekat tengahari sudah. Kalau pi sebelah petang lepas sekolah, mau dekat tutup ofis kali baru kena panggil. Itu belum lagi campur urusan jumpa doktor. Mudah-mudahan bisuk orang tidak ramai. Paling penting, mudah-mudahan saya tidak lupa tu appointment (selalu sudah jadi, sampai hampir-hampir mau kena cari di rumah). 

Masa mengandung si Raihan dulu, ada juga catit sikit-sikit pasal perkembangan Raihan dalam perut. Untuk ingatan dan kenangan bila sudah tua (ecececeee...). Kalau dulu masa mengandung Raihan, doktor kesan ada fibroid sampai kena rujuk sama pakar O&G. Kandungan kali ni pun, doktor kesan ada fibroid juga. Bikin panas juga ni barang. Mau juga muncul-muncul. Jangan ganggu anak saya membesar di dalam plasenta itu sudahlah. Dulu si Raihan yang kuat makan sampai tu fibroid surrender tidak pandai besar. Hujung-hujung hilang juga dalam minggu ke 36 kalau tidak silap. Harap-harap ini adik dia dalam perut pun kuat makan dan membesar dengan sihat dan kuat! Bikin takut juga kalau wujud fibroid yang jahat (yang makan daging dalam perut). Ish...nau'zubillahminzalik..

Sekarang ni baby mula banyak goyang sudah. Karau-karau dalam perut. Rasa macam kena cuit-cuit. Masih lagi saya ni kejakunan baby gerak-gerak dalam perut. He-he-he..how amazing the experiences. Even words can't express my feeling kunun.

Fetus dalam kandungan 20 minggu.
Bayi anda berukuran lebih kurang 6.5 inci / 16.5 sentimeter dari mercu kepala hingga ke punggung dan terus-menerus menambahkan berat badannya. Satu lapisan bahan yang licik dan putih bergelar verniks kaseosa mula membalut bayi anda dan melindungi kulitnya semasa dia berendam lama dalam cecair amnion. Ianya juga akan menyenangkan pelahiran. Pada minggu ini, bayi lebih banyak menelan dan ini merupakan latihan yang baik untuk sistem pencernaannya. Setelah bayi anda menelan cecair amnion, badannya akan menyerapkan air yang terkandung di dalamnya dan menyalurkan selebihnya ke dalam usus besar. 



Saya bercadang mau buat scan ultrasound 3D di klinik pakar yang biasa dikunjungi, Klinik Dr Sarva di KK Specialist Centre. Tapi tunggu kandungan 6 bulan++ dulu. Memang mahal sikit la dari scan di klinik biasa, tapi berbaloi. Mudah-mudahan segalanya dipermudahkan...(perasaan macam 1st time pregnant pula..hiks!). Excited bah!


 


(mood: tebayang-bayang apa si kecil tu sedang buat dalam perut umi..) 
 

Saturday 14 January 2012

Masa Berlalu

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, genap 1 tahun 11 bulan Raihan hari ini. Ada lebih kurang 1 bulan saja Raihan akan mencecah umur 2 tahun. Sungguh pantas kan masa berlalu. Since dia boleh bercakap sekarang ini, saya dalam usaha untuk mengajar Raihan buang air kecil+besar di tandas. Progress went well. Kadang-kadang suda poo baru dia cakap. Kadang-kadang dia minta buka diaper konon mau berak. Bila bawa ke tandas, rupanya dia kencing saja. Selalu saja lupa mau beli potty training untuk dia. Nanti umur 3 tahun buli hantar ke sekolah sudah.

Sejak mengandung anak kedua ini, perangai Raihan makin menjadi-jadi. Wah! Menjadi-jadi? Macam serius saja kunu bunyinya. Biasalah, manja, kuat merajuk, kuat menggigit, kuat mencubit. Semuanya pada tahap 6 bintang. Saya anggap positif saja walaupun kadangkala menguji tahap kesabaran seorang manusia. Mungkin pembawaan budak. Selebihnya itulah perkembangan dia. Syukur, dia diberi kesihatan yang baik oleh Allah Taala.

my lovely princess


I noticed, since she was a year and 3mths, she could remember certain things and words easily. When she was 1yr5mths, she may say and put together some words at once. Thank God. Now, she can ask and answer questions, and sometimes make her own conclusion about something. Dia sangat suka menyanyi. Sebab itu saya banyak mengajar dia sesuatu melalui nyanyian. Apa saja yang dinyanyikan, cepat saja dia hafal. Dia ada beberapa list lagu english, melayu dan zikir yang selalu dinyanyikan untuk hiburan kami. He-he-he. Sekarang ini, dia sedang berusaha (me, actually) to memorize Surah Al-Fatihah. Insha Allah mudah-mudahan dipermudahkan. Baris pertama baru dapat hujung-hujung ayat.

Syukur Alhamdulillah, Allah berikan peluang kepada saya menjadi seorang ibu pada usia 29 tahun, dan kini masih berpeluang menjaga dan membesarkan anugerah yang tidak ternilai ini.




 Saja suka-suka merakam aksinya  :)

with umi

with papa


-Love-
 

Friday 13 January 2012

Anak Kecilku...

Assalamualaikum..

Hari jumaat yang indah ini mood agak baik. Walaupun badan lemas macam kena bungkus selimut. Kandungan baru masuk 5 bulan, tapi selalu saja rasa lemas macam ini. Padahal kawan-kawan di sekolah cakap badan saya tidak membesar and perut nampak kiut saja. Apapun dugaan dan ujian, mudah-mudahan zuriat di dalam perut ini sihat sempurna dan bijak macam kakaknya Nur Raihan Aqeela. Amin...

Sedih dan terkilan kadang-kadang pada diri sendiri bila kadang-kadang boleh terlupa bahawa saya ni sedang berbadan dua (budu juga tu buli lupa kan). Akibatnya, makan tidak menentu, makanan entah berkhasiat atau tidak, vitamin boleh dikira berapa kali saja ditelan sehingga kandungan kelima bulan ini, minum susu apatah lagi. Aduh, kesian dan pilu betul bila teringat anak saya di dalam perut ini. Cukup makankah dia? Cukup khasiatkah dia? Masa ini baru mau risau pasal pemakanan. Hmm..untuk menebus kekesalan, kemarin berjaya menghabiskan 6 biji epal, mudah-mudahan si kecil tu dapat vitamin. Amin...

Harus berjanji kepada diri sendiri untuk tidak pentingkan diri sendiri lagi selepas ini. Sebab kadang-kadang tu bila tidak lapar, langsunglah tidak makan nasi atau makan sesuatu yang boleh mengisi perut. Itulah tu mungkin selalu masuk angin. Laki pun buli surrender kalau hari-hari minta urut buang angin. Terasa betul perbezaan mengandungkan anak pertama dengan anak kedua ini. Banyakkkkkkk beza!

Apapun, Insha Allah insan kecil dalam plasenta ini akan melihat di dunia akhir bulan Mei nanti. Semuanya atas izin Allah Taala. Jantina? Kami terima seadanya apapun jantina atas anugerah Allah ini. Mudah-mudahan menjadi anak yang soleh/solehah kelak. Aminn....


Hasil imbasan pertama kali. Alhamdulillah, baby berkembang dengan baik dan mudah-mudahan sentiasa sihat di dalam perut umi ya..! (time scan, suka tengok degupan jantung baby yang laju)




Kita doakan yang baik-baik sahaja...

Sunday 8 January 2012

Azam Tahun 2012

Assalamualaikum..

Hari yang mendung, sejuk, hujan sekali-sekali di tahun baru ini. Siok betul diulit mimpi-mimpi yang belum tau indah.Saya baru saja siap memuat turun Rancangan Pengajaran Tahunan Matematik Tahun 3. Minggu depan jadual berubah, kena ajar matematik pula. Nasib baik ramai juga guru-guru seluruh malaysia ni yang sudi berkongsi sumber pengajaran di alam maya. Tidaklah susah betul mau kasi siap kerja last minute macam saya ni.

Untuk azam tahun baru ni, antara yang akan saya perbaiki ialah saling memberi di antara satu sama lain. Sebelum ni ketara la pula kedekut. Ececece...bukan kedekut, tapi lebih banyak simpan sendiri benda-benda macam ini. Sambil-sambil itu, teringat kata-kata guru cemerlang sains dari Keningau, "kalau mau kongsi bahan-bahan intelek macam ini, jangan lupa kunci supaya urang lain tida buli claim itu hak cipta dia". Em..lupa sudah pula cara-cara mau lock dokumen ni.

Jadi di sini, saya kongsikan beberapa RPT untuk tahun 2012 yang berjaya saya siapkan time cuti itu hari. Mungkin berguna untuk tahun depan atau tahun-tahun selepasnya selagi silibus sistem pendidikan di Malaysia belum berubah.




Semoga membawa manfaat kepada semua guru. Insyaallah..

Saturday 7 January 2012

Hikmah Di Sebalik Kejadian..

Assalamualaikum..

Selamat Tahun Baru semua...wahhhaaa kau. Sudah limpas 7 hari ok. Tidapalah. Sekarang ni update blog guna PC Encik Mirza. Skrin besar, macam jakun pula tingu gambar penuh satu skrin. Almaklumlah suda bertahun guna tu notebook 9". Tapi ni keyboard pula buat hal, shift key kici ja..balik-balik salah tekan. Hish!

Apapun, permulaan tahun baru 2012 ni tida berapa bagus (untuk saya). Redha bukan redah!. Hari pertama pi sekolah, sudah ada pelawat. Warning macam-macam, mau itu ini siap bisuk pagi. Tension lah. Benda-benda yang diorang mau tu perlu diprint pula tu. Oh ingat printer 3 buah di rumah, semua pun hidup segan mati tida mau. Ingat petang ni lepas sekolah mau pi servis tapi my husband suruh beli yang baru saja. Ok yang penting dia transfer duit pi akaun saya hehehe. Then, petang lepas sekolah, bermula operasi mencari printer baru bersama anak yang comel itu kikiki (-__-)!

Sudah sampai di depan kedai jual printer itu, tiada pula parking. Ada pun jauh sikit. Hujan renyai-renyai lagi petang itu. Dari rear mirror saya nampak ada satu kereta depan kedai komputer tu keluar parking. Saya pun macam biasa tingu side mirror kiri kanan, rear mirror dan yang sewaktu dengannya. Jalan clear. Jadi saya pun gostan dengan yakin. baru seputar dua tayar, tiba-tiba..kabommmmm!!! (eh macam bunyi bom pula). Nah, boot kereta betembung sama kereta hilux buruk warna putih.

Saya hilang ingatan kijap. Panik dan macam-macam lagi. Itu pemilik hiluk suda keluar kereta. Ramai urang bekurumun mau menyaksikan kejadian yang tidak seberapa ini. Raihan masih tidak sedar apa yang berlaku sebab asyik dengan permainan angry bird. Saya mau menangis pun susah. Sebelum keluar kereta saya telefon husband kasi tau pasal ni. Lepas tu baru keluar kereta kasi setel. Saya masih lagi hairan sebenarnya, macammana itu kereta tida buli perasan saya gostan. Ish susah mau cakap. Makin diingat, makin sakit hati saya. Terpaksa membayar sama itu urang RM700..ini harga di bengkel kunun (husband yang ikut pi bengkel sama ni urang). Niat untuk beli printer tidak buli diabaikan begitu saja.

Sekarang ini, kereta saya yang kemek keutamaan sudah jadi nombor uncit. Paling penting, saya dan raihan selamat dari sebarang kecelakaan, kedua printer mesti dibeli sebab banyak kerja-kerja yang perlu diprint malam ini. Duit? penting juga, tapi ish biarlah. Ustaz cakap, ada bahagian daripada harta kita ini milik orang lain. Jadi fikir positif saja ok. Kereta yang kemek itu nanti saja saya repair (eh urang bengkel yang repair).




Apapun, setiap musibah itu pasti ada hikmah diturunkan kepada manusia. Selain untuk menguji seseorang hamba Allah s.w.t, ia juga pastinya adalah balasan kepada perbuatan-perbuatan kita yang dahulu dan semestinya kejadian ini juga menghapus sebahagian daripada dosa-dosa kita. Ini bukan saya yang cakap. Tapi memang ada tertulis dalam Al-Quran, surah As-Syura.

Jadi, redha di atas segala kejadian yang telah tertulis untuk kita. Semoga saya menjadi seorang hamba yang lebih bersyukur dan taat selepas ini. Amin...