Sunday 2 December 2007

........


Anugerah terindah yang pernah kumiliki....

Wednesday 14 November 2007



You wanna be a Hero or Part Machine..?




Siapa pernah jumpa Superman? Lelaki bertubuh sasa, berpakaian serba biru dengan logo ‘S’ di dada dan memakai seluar dalam merah. Dia sangat kuat dan gagah. Kalau Majlis Daerah nak robohkan rumah rumah pendatang tanpa izin (PTI) kena pakai jentolak a.k.a kapiting yang besar besar. Tapi Superman pecahkan konkrit dengan penumbuknya saja. Dia terbang sangat laju mengalahkan Airbus A380 yang rasmi diterbangkan baru baru ni. Badan dia juga kebal dan berketul ketul. Mr Universe pun surrender kalau Superman masuk bertanding. Pendek kata, walaupun kita tak pernah jumpa Superman, kita tahu yang dia memang kuat dan dialah hero kita.



Saya peminat Superman. Semua jenis Superman saya suka. Dari Superman zaman komik sehinggalah kepada Smallville. Saya suka semuanya.


Superman sangat glamor dan popular. Budak budak yang baru nak kenal dunia pun dah kenal Superman. Baju, seluar, beg sekolah, dan macam macam barang lagi ada gambar Superman.


Saya nak jadi macam Superman. Hero yang dikagumi ramai. Hero yang sentiasa memberikan pertolongan kepada sesiapa saja yang memerlukan. Hero yang akan berada di sisi orang yang perlukannya sepanjang masa. Hero yang akan melakukan apa saja demi memastikan orang orang tersayang bebas dari sebarang masalah. Hero yang akan sentiasa memberi. Ya, saya nak jadi macam tu.



Kawan saya pernah cakap, jadi hero ni memang baik, tapi suatu hari nanti akan sakit. Sakit yang orang lain tak boleh nampak. Sakit yang hanya ditanggung oleh diri sendiri. Saya tanya sakit macam mana? Dia cakap bila dah berlaku atas diri sendiri barulah tahu macam mana rasa sakit itu. Saya tahu dia pernah rasa ‘sakit’ itu. Dia memang hero. Hero untuk keluarga dan kawan kawan dia. Juga hero untuk anak anak dia. Tapi dia tak halang saya jadi hero. Jadi hero kena banyak berkorban. Jadi hero kena banyak memberi. Jadi hero kena banyak ilmu. Jadi hero kena bijak. Macam macam lagi yang kau kena ada kalau nak jadi hero. Tapi ingat hero pun manusia biasa. Hero pun makan nasi. Hero pun ada kelemahan sendiri.


Jadi fikir, nak jadi hero ke tidak?..

|
Kawan saya juga cakap, saya lebih sesuai jadi ‘Part Machine’. Tapi saya tak rasa saya ni part machine. Dan saya juga bukan hero. Saya bukan dua dua itu. Saya tak tahu saya dalam kategori mana. Tapi saya mahu jadi hero. Hero kepada keluarga. Hero kepada kawan yang betul-betul-kawan. Hero kepada anak-anak-buah yang mantap dan anak-anak-kucing yang dah kurus kering. Dan hero kepada Miki yang saya dah tak tahu apa khabarnya. Susahnya kalau orang busy ni.



Tapi saya rasa saya ni cuma pengguna machine!

Tuesday 13 November 2007

Refresher Course KN KK

Syukur Alhamdulillah, terbuka juga minda para pegawai kat JLKN untuk buat course kat kem yang sejuk dan indah ni. Definitely, saya yang paling ‘ondos’!

Enam hari kursus ni entah macam apa saja. Bukan kursus ni yang entah macam apa saja, tapi saya ni yang entah apa apa. Bukan dalam hati tiada cinta untuk hadir kursus ni. Tapi fikiran kerap melayang layang ingatkan macam macam hal di kampung. Hal kedai lah, aiskrim lah dan apa apa lah.
Hari pertama, saya jadi emcee dengan pasangan tetap sejak dulu. Tuan Komandan cakap ‘eh takde muka lain ke..?’. Sabo jo lah..

Hari hari lain, saya menjadi pembekal utama gula gula dan ‘amoi amoi’ untuk kawan kawan. Saya juga menjadi orang yang paling sibuk angguk angguk kepala all the time terutamanya bila sesi ceramah. Nasib saja tidak berdengkur. Saya juga selalu menjadi orang pertama yang berbaris depan makanan bila tiba time makan. Saya juga orang yang paling bising dok batuk batuk malatopp all the time. Saya juga seorang yang paling kuat ketawa time dalam kumpulan kecil dan blur bila ramai ramai. Saya juga jadi perempuan yang suka rebut mikrofon dengan lelaki lelaki hyperactive sebab nak tayang suara yang serak serak basah. Saya juga jadi orang yang bangun sebelum jam 4 pagi sebab nak cuci kain baju. Saya juga satu satunya perempuan yang pakai baju kurung pagi-malam sebab tak bawa blouse. Saya juga orang yang bawa payung paling besar. Saya juga orang yang selalu tidur di surau jam jam tengahari. Cerita ini all about SAYA.

Hari terakhir, saya juga jadi emcee dengan pasangan tetap sejak dulu. Dua dua rosak suara disebabkan oleh batuk selesema yang tak reti reti nak sembuh. Walaupun dah minta pengganti, tapi saya dan dia tetap jadi pilihan. Dan Tuan Komandan pun cakap ‘eh, korang lagi. Takde muka lain ke..?’ Dan kali ni saya jawab, ‘serasi bersama tuan..’

Ha ha ha ha.. orang jahat selalu ketawa..!

Sunday 4 November 2007

Perhimpunan Agung UMNO 2007


Bersatu Kita Bersatu
Dengan Setia Berganding Bahu
Jiwa Teguh Berpadu
Kita Rumpun Melayu

Bersama Kita Bersama
Mendukung Hasrat Semua
Berjasa Pada Bangsa
Agama Dan Negara

Lambang Kita Yang Gagah
Dipandang Mulia Dan Indah
"Bersatu, Bersetia, Berkhidmat"
Cogan Katanya
UMNO Terus Mara
Untuk Rakyat Malaysia


Saya akui melodi lagu ini best dan bersemangat. Saya dah hafal lagu ni time saya budak budak lagi. Bukan saya sorang saja tapi semua adik beradik saya. Bapa yang suruh hafal lagu ni. Tiap kali keluar lagu ni di TV, kami semua kena suruh nanyi. Adik adik saya lah yang paling malang. Siap kena suruh berdiri tegak lagi macam nyanyi lagu Negara ku. Ha ha ha. Kelako kelako...

Memang banyak kenangan saya dengan lagu ni. Dulu kan saya selalu anjur pertandingan nyanyi nyanyi. Saya ingat lagi pernah bawak lagu ni dalam satu pertandingan dengan kawan kawan sekolah agama. Semua orang tepuk tangan kuat kuat. Tepuk tangan sebab nak ambik hati sebab saya kan penganjur. Saya tahu tu. Huh!

Bapa saya memang kuat politik pro-G. Obses?..boleh jadi jugak. Tapi sampai sekarang tak jadi YB pun. Datuk?..jauh sekali. Datuk ada cucu, iya lah. Saya pernah gaduh gila gila dengan dia disebabkan oleh politiking semata mata. Adalah tu kisahnya. Bila ingat balik, macam bodoh saja bergaduh untuk benda benda yang tak patut.

Saya tak minat politik. Tapi tak minat tak bermakna saya tak tahu apa apa. Saya kan rakyat Malaysia. Saya bangga jadi anak Malaysia. Malaysia Boleh!!!

Perhimpunan Agung UMNO 2007 akan berlangsung 5 hingga 9 September ni di PWTC. Tiada siaran langsung untuk sesi perbahasan macam tahun lepas kerana mengambil kira sensitiviti rakyat. Baik juga diorang buat begitu kan.

Kakak saya baru berlepas ke Kuala Lumpur petang tadi untuk hadir Perhimpunan Umno ni. Korum Puteri Umno. Kakak yang ni pun aktif politik. Dia ni lah yang suka suka hati aje calonkan nama saya untuk jadi Pengerusi Tetap Puteri Umno zon rumah saya. Terus menang pulak tu. Tapi sejak menang dan sampai sekarang, tak pernah lagi saya handle persidangan. Saya kan seorang Jurulatih Khidmat Negara yang sangat busy dengan kelas dan caturnya. Saya dah bagitahu kakak, untuk penggal baru jangan sekali kali masukkan nama saya sebab saya tahu saya takkan ada passion untuk buat kerja kerja macam tu. Bila takde passion, macam macam lah alasan yang akan saya bagi untuk tak hadir persidangan. Ha, itulah saya yang pemalas.

Lambang kita yang gagah......
Nobita

Siapa suka tengok kartun doraemon?

Saya pun suka. Sangat suka.

Saya ada sorang kawan. Nama dia Nobita. Saya pernah suka dia, dulu. Dia pun pernah suka saya, masih lagi dia cakap. Sejak akhir akhir ni sejak MT Course hari tu dia dah semakin kerap SMS dan telefon. Rimas pun ada juga sebab saya tidak tahu mahu cakap apa lagi untuk ignore dia. Dia dah tahu pasal Miki dan saya dah banyak kali bagitahu dia 'I am not available'. Saya tidak kisah untuk jadi kawan tapi dia selalu bagi signal untuk jadi lebih daripada itu. Sorry gaman, masa kau sudah limpas.

Saya selalu ingatkan diri pasal peluang kedua. One of my friend pernah cakap berilah dia peluang kedua. Actually orang tak tahu, dia dah pun lepaskan kedua dua peluang yang ada. Untuk minta yang ketiga, siou. Apapun, saya berserah segalanya kepada qada’ dan qadar yang telah ditulis. Kalau takdir tentukan saya terpaksa jilat ludah sendiri, who am I to deny it?

Saturday 3 November 2007

Bosan


Bosannya menjadi tokey @ penjaga kedai ni. Ngantuk gila. Budak non-warga hari tu datang lagi membeli. Semalam pun diorang datang juga. Yang sorang tu dok sunyum-sunyum-mengguda. Saya pun senyum balik. Nanti dibilang sumbung pulak. Then dia buka cerita, tanya saya itu ini, apa bagaimana kenapa bila dan macam macam lagi. Saya balas endah tak endah saja. Tak terangsang langsung cecair adrenalin dalam tubuh badan saya ni. Dia ingat dia tayang tayang spender biru (read: spender hari tu lah) dia tu saya jeles lah?.. Taik idung masin..


Hari ini seorang budak lelaki telah menaikkan kemarahan tokey yang jelita ni. Memang selalu dah berlaku perkara ni tapi hari ni budak tu salah timing. Haa..kan dah kena marah.

Budak ni asal datang kedai saja mesti nak tanya harga semua barang yang ada dalam kedai runcit ni. Dari yang harga 10 sen sampailah yang harga belas belas ringgit. Dah habis tanya semua harga barang, dia nak tanya lagi untuk second round. Alih alih dia hanya beli gula gula ‘tuntung’ harga 10 sen. Tau tak duit dia berapa..?
5 sen x 2 keping
= 10 sen

Siapa yang tak hangin……….????

Friday 2 November 2007

My Super License


Pagi tadi saya pergi JPJ. Tukar lesen. Ceh macam bangga diri saja ada lesen full padahal pegang steering pun sudah bagagar. Entah bila lah ni saya berani racing racing.


Nasib baik juga tidak kena denda sebab lambat tukar. Actually sebulan lepas tarikh luputnya. Boleh tahan jugaklah hensemnya mamat yang menukarkan lesen saya tu. Yang spoilnya, dia telah menyengetkan gambar saya. Dan saya dengan kelancangan mulut menegur mamat yang-dah-tak-hensem tu.


“kenapa gambar sia miring?”

“tida apa baitu. Itulah kau tidak gunting sedia”

“sia tida mau ni. Buat yang baru”

“buli bah kalu kau. Bah bagi gambar lain”


Saya cek cek beg saya nak ambil gambar. Silakak. Rupanya saya bawa sekeping gambar saja. Ini pasal kelam kabut tadi la ni. Ish…………………huwaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!

Saya bayar RM90 for 3 years. Jadi perhiasan sajalah nampaknya minatang ni. Kuroyon poddi au’ ngawi kiolo pajalan do’ korita.

Saya call Miki bagitahu saya sudah tukar lesen. Dia pun teka teka gambar mana satu yang letak dalam lesen. Dia teka betul tapi saya tidak mengaku sebab dia pernah cakap gambar saya tu huduh macam alien. Shialonh.

Thursday 1 November 2007

Alkisah si tokey kedai

Today is 1 November 2007. Hari ini juga bermulanya karier saya sebagai tokey kedai. Every months tiga orang adik beradik bapa akan bergilir jaga kedai tinggalan datuk moyang zaman British. So, bulan ni saya lah yang berkuasa. Ha ha ha. Laptop ni pun saya angkut sekali masuk kedai. Sibuk sibuk orang membeli, sibuk sibuk juga saya mengupdate blog.

Almost one year saya cuti jadi tokey sebab tinggal kat kem. Banyak harga barang barang dalam kedai ni saya dah tak ingat. Lagipun harga banyak yang dah berubah. Terkial kial jugak lah.

Tapi memang susah lah jadi tokey ni kalau dah lama pencen. Servis lambat. Customer kalau datang seorang seorang bisa diatur beb. Tapi kalau serbu sekaligus terutamanya budak budak sekolah ni, hangus jugaklah.

Tadi ada beberapa insiden yang buat saya pucat. Ada budak kecik ni kakak dia suruh pergi beli maggi. Dua bungkus. Tau tak maggi di kedai ni dah mahal gila. 70 sen sebungkus. Jadi dia beli dua. RM1.40 lah kan. Budak kecik tu bawak duit RM1.50. Supposed to be baki ada lagi 10 sen. Yang bodohnya, saya bagitau budak kecik tu supaya minta lagi kakak dia 10 sen sebab duit tak cukup. Dua tiga kali repeat pulak tu. Budak kecik tu angguk angguk then lari balik rumah. Tak bengap ke saya macam tu? Bila saya perasan, aduh malunya. Patutlah budak kecik tu tadi berdiri lama lama depan saya. Agaknya nak minta baki 10 sen tu lah kot. Pandainyeeeeeeeeee …

Lagi satu insiden lepas kejadian tadi. Pembekal roti datang menghantar roti. Berdasarkan resit jumlah belian adalah RM 53.20. Tahu tak apa kebodohan sang semut kali ini. Don’t know lah why, tiba tiba saja saya tekan tekan kalkulator dan buat kiraan matematik ni:

100 – 53.20
= 46.80

Then, saya ambil RM46.80 dalam laci dan terus bagi duit tu kat makcik pembekal roti.

Blink blink blink!

“ugou, tengok resit, RM53.20”. Makcik tu kata.

Ooppssss! I Did it again..

“Siou kio. Kam nu ngawi sorohon kutti..”. Ini saya speaking dusun sesat.

Cepat cepat saya bagi dia jumlah yang betul. Makcik tu baik hati. Dia kasi free roti. Kebetulan pula saya tak puasa hari ni. Nyam nyam..

Hari pertama ni macam macam hal yang berlaku. Depan saya sekarang ni ada dua orang lelaki non-warga tengah belek belek keropok. Sorang tu tengok gaya macam aw aw sikit. Seluar pendek pulak tu. Yang sorang lagi pakai jean londeh. Ish Nampak spender warna biru. Tak perasan brand apa. Bukan lah saja saja mau skodeng tapi tertengok. Kan dia berdiri depan saya. Dia tak perasan pun saya ngumpat ngumpat dia. Semut, you sucks! Awwwwhh..!

Aduh... macam macam hal..
Mimpi

Semalam saya bermimpi. Tiap tiap malam sebenarnya. Tapi semalam saya mimpi lagi.

Mimpi apa?

Ini yang kali ke tiga rasanya.

Kau mimpi apa?

Ish macam lebih dari tiga kali..

Kau mimpi apa, bongok!

Tapi mimpi kan permainan tidur..

…..

Mari masuk dalam mimpi saya.

Saya mimpi masuk MAKTAB. Ha ha ha. Banyak kali I guess. Tapi macam real lah. Bila bangun tidur minda bawah sedar saya kadangkala masih menguasai. Jadi adalah lebih kurang satu dua minit otak saya ni menganalisis, ‘mimpi or reality?’.

Orang kata, sesuatu perkara yang akan berlaku kadangkala diberitahu melalui mimpi. Maknanya, bila saya mimpi masuk maktab, saya memang benar benar akan masuk maktab. Itu orang yang kata lah.

Ada juga orang kata, sesuatu mimpi itu sebenarnya bertentangan dengan yang sebenar. Maknanya, kalau saya mimpi masuk maktab, saya sebenarnya tak dapat masuk maktab. Tapi itu orang yang kata.

Mudah mudahan saya benar benar dapat masuk maktab. Saya sudah buat nazar kalau saya dapat masuk maktab dan juga kalau saya tidak dapat masuk maktab. Semuanya biar saya simpan dalam hati saja.

Kalau dulu saya pernah cakap, berbanding tak dapat masuk maktab dan break up dengan Miki, saya akan lebih kecewa kalau tak dapat masuk maktab. Tapi sekarang ni saya rasa percentnya dah sama. Both of them are really important to me. Both.

Kalaulah saya dapat masuk maktab…

Saya nak buat itu-buat ini, beli itu-beli ini, tukar itu-tukar ini, pergi sana-pergi sini. Macam macam lah.

Tapi itu kalau…………

Kalau lah…

Ish, stop it!

Wednesday 31 October 2007

Kek Batik

Semalam saya buat kek batik lagi. Ya, saya cakap lagi sebab ini kali kedua saya buat kek ni. Kalau yang pertama dulu kek saya keras macam batu sebab terlebih milo. Kali ni kek saya lebih keras dari batu dan lebih hodoh dari yang dulu and I don’t know why. Maybe I was born not to be kek batik maker. I am so frustrated. Definitely.

Tapi saya tak puas hati. Miki suka makan kek ni dan saya tahu dia pakar. Saya pun gilakan kek ni tapi tak reti. Family saya pun suka makan kek ni. Saya tahu ada ramai lagi yang suka makan kek ni. That’s why I cannot quit right now. There’s so many way to fail, but only one way to success. What is that? Chaiyo! Chaiyo!

Saya googling di internet cari resepi membuat kek batik yang sedap. Macam macam nama pulak yang muncul tapi ingredients dia sama saja. Kek Batek Jowo la, Kek Batik Kenyalang la, Kek Batik Merdeka la, Kek Batik Datuk K pun ada jugak. Adui..!

..trtt..trttt..trttt…..

Printing. Mak aih sampai berhelai helai pulak. Dah siap print, saya lipat lipat resepi tu dan masuk dalam poket seluar. Plan: malam ni nak buat kek ikut resepi. Harap harapnya berjaya. Gambar kek dalam resepi tu macam sedddaaappp aje.

Malam tadi saya mandi dan basuh kain. Ironiknya resepi tu pun saya bawa mandi.

Memang, I was born not to be kek batik maker!

Tuesday 30 October 2007

Choice

Ada orang kata, life is all about B – D.

True?

B is born and D is death.

Iya kan.

Then, what is between B and D?

C

What’s C?

Choice.

Yes, choice.

Pilihan anda akan menentukan bagaimana perjalanan kehidupan anda sehingga anda meninggalkan dunia ini. Setiap pilihan yang anda lakukan adalah pilihan anda dan anda bertanggungjawab di atas apa sahaja pilihan yang anda buat.

Ada juga orang kata bahawa ‘saya tidak ada pilihan’. Bullshit! Sedangkan antara hidup dan mati pun anda masih boleh memilih. Pilih, die or alive. Itu bukan pilihan namanya?

Ada juga orang kata, ‘walaupun saya ada banyak pilihan, tapi saya selalu tersalah pilih’. Nonsense! Teorinya, walaupun ada berjuta pilihan di depan anda, once you dah buat pilihan, itulah pilihan terbaik yang you ada dan be responsible of it lah!

Pilihan juga merupakan anugerah terbesar yang ALLAH TAALA berikan kepada makhluk yang bernama manusia.

Believe it or not! Juga satu pilihan untuk anda.

Saya menyimpan satu rahsia besar dan saya rasakan ia terlalu berat untuk menghantui hidup saya selama past 18 years. Ia cukup menyeksakan dan sudah beberapa kali saya tersungkur jatuh disebabkan bebanan yang tidak tertanggung.

Every night I cried because of this. Every night I was dreamed about this. Every single second I think about it. I am so tired. I don’t wanna hold this anymore. But nothing happens if I didn’t make a choice and be responsible what I am choosing for. Stupido..!

Saya tahu dan saya sedar, saya mempunyai pilihan untuk meleraikan bebanan saya ini dan saya tahu caranya bagaimana. I am very clear what I’m supposed to do. But I still do nothing. Nothing.

I made up my mind; I want to keep this secret till the end. Lets the magic revealed the secrets. Sometimes, yang benar itu amat menyakitkan!
What is love all about?

Cinta. Benarkah cinta itu buta?

Tanpa cinta manusia gagal. Tanpa cinta manusia lemah. Tanpa cinta manusia mati.

Dengan cinta manusia gagal. Dengan cinta manusia lemah. Dengan cinta manusia mati.


Cinta pada kumbang, habis madu taik yang kau dapat.

Cinta pada manusia, jumpa yang lebih hensem, bye bye gaman.

Cinta pada ALLAH, sampai mati, masuk SORGA.


Siapakah yang kau cari?

I just had done my solat istikharah. Memohon pada yang ESA supaya merestui cinta hati yang sedang berputik di dalam jiwa. Cewahhh…jiwang kau semut.

I love him so much and no doubt about it. But life is running. Macam Wheel of Fortune a.k.a Roda Impian lah. Nobody knows what gonna be happen next. Kadang kadang untung, kadang kadang rugi, selalu selalu miskin. As human being, saya hanya mampu berdoa dan berusaha agar perhubungan ini berkekalan. ALLAH itu maha kuasa. Kemaruk mana pun bercinta, kalau ALLAH cakap ‘kun-faya-kun’, apa apa pun boleh terjadi. SUBHANALLAH..!

I don’t know how far our love can be. Maybe married or something else, hanya ALLAH yang tahu. For now, I just follow the flow. My friend always told me, if you can’t fit the system, suit it. If you can’t suit the system, leave it.

Alhamdulillah, setakat ini everything going smooth walaupun kadang kadang benjol benjol sikit. Biasalah lumrah ‘besinta’ urang bilang. Sedangkan lidah lagi tergigit.

Ada seorang kawan saya pernah tanya saya, ‘why I love Miki so much’. Saya jawab ‘entah’. Saya jawab macam tu bukan sebab saya endah tak endah. Tapi memang saya tak tau. Nak kata hensem.., hensem ke..?

Angkat tangan sapa cakap dia hensem?..


Hmm…kalau tanya soalan ni, kompom ada sorang saja yang angkat tangan. Himself lah. Ha Ha Ha!

He’s kind. Kadang kadang. Dan jahat. Yang ni selalu. He’s tall. Ya, definitely. Fat? I don’t mind. Cute?.. uwekkkk..!

Oh, whatever it is, it doesn’t change my feeling towards him.

Dan, cinta itu memang buta tapi tidak bagi saya.

Monday 29 October 2007

Tiga Belas

Anak buah saya ada tiga belas orang. Lebih dari cukup untuk satu team bola sepak. Ada reserve lagi kan. Hari ini tentunya hari yang bersejarah untuk abang saya yang sulung. Congratulations for new baby born. Saya tak tengok lagi babynya tapi mama cakap budaknya dah besar. Dalam perut pun dah cecah lebih 4 kilo. Bapa cakap dah besar macam anak buah yang kuat kentut tu. Tak apelah, yang penting mumy and baby selamat. Syukron.

Tiga belas memang ramai. Adik beradik saya pun ada tiga belas orang. Kalau anak anak sedara saya sudah beso panjang, bolehlah anjur pertandingan bola sepak ke, bola jaring ke. Agaknya dari zaman nenek moyang saya memang keturunan famili besar besar. Tak tahulah berapalah anak saya nanti. Berangan kau semut!

Zaman budak budak hingusan dulu saya malu nak ngaku adik beradik saya sangat ramai. Saya malu sebab budak budak lelaki suka ejek ejek. Saya memang fobia dengan budak lelaki masa sekolah dulu. Sampai tingkatan dua saya tak boleh 'ngam' dengan species ni sebab diorang suka buli saya. Masuk tingkatan tiga barulah saya jadi pengganas yang dah tak dapat diselamatkan. Semua orang kena hambur kalau lawan cakap semut. Sebab tu lah kot boleh jadi juara pidato dan bahas. Hm..best juga ingat kisah kisah silam ni kan.

Apapun, sekarang ni saya dah tak malu nak ngaku jumlah adik beradik saya yang sebenar. Buruk atau baiknya mereka saya, mereka adalah keluarga saya. Biarlah apa orang nak kata. Bukan orang tu yang bagi kami makan.

"Ohana means family, and family means NO ONE gets left behind" - Lilo and Stitch

Saturday 20 October 2007

This is what I want..

Sejak Miki datang rumah hari itu, kasih sayangnya semakin bertambah tambah dari hari ke hari. Ngiaoowww!! Miki dah kembali macam zaman dolu dolu. Of course lah saya suka. This is what I want.

Dia dah habis cuti raya so kembali menjadi budak maktab yang sibuk gila babi. Babi pun tak sibuk macam dia ni. Cakap pasal binatang ni, raya hari tu dalam perjalanan nak ke kampung saya dia dan kawan kawannya ternampak sefamili species ni tengah berjalan melintas jalan. Sampai laaaa ni dia dok ejek ejek kampung saya pasal species ni. Ceh!

Sekarang ini walaupun dia tak selalu SMS atau call, saya tak rasa terkilan. Dia dah berjaya yakinkan saya tentang sesuatu dan saya juga sudah semakin faham rutin kesibukan dia di maktab. Fair and lovely kio!

Saya tak sabar nak tunggu dia cuti sekolah. There are lots of thing that I want to share with him. Memang banyak.

God, I'm leaving my life in your hand..

Monday 15 October 2007

Dia jadi datang? – Part II

Memang Miki serius nak datang. Kotoh kau semut. Oh, banyaknya penyesalan hari ni. Pertama: Rambutku telah dimusnahkan. Dua: Miki jadi datang rumah.

Arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!

“Man sobaro zofiro”, hmm…ayat yang tak pernah tinggal kalau ikut syarahan agama zaman budak budak dulu.

Time Miki call bagitahu dia dah sampai Tambunan, saya dan family masih bersukaria di rumah sepupu yang lain, sebelah rumah sepupu yang ada satay tu. Kelam kabut mama suruh saya dan adik beradik lain balik dulu. Balik untuk masak.

Masak..?

Sampai rumah, kunci. Baru perasan kunci rumah mama yang pegang dan mama masih lagi menjadi panglipurlara di rumah sepupu. Terpaksa cari anak buah yang paling kurus sekurus kurusnya untuk di sumbatkan masuk dalam dalam rumah melalui tingkap yang bergrill. Working! Untung juga ada anak buah pelbagai saiz dan bentuk ni.

Sepantas kilat;

Tukang masak: Adik 1

Tukang vakum: Adik 2

Tukang kemas kemas: Adik 3

Saya..? Lap lap pinggan dan… itu aje..? Oh, dan tukang melaporkan guest dah sampai mana.

AND…the real show begin..

Miki sampai juga akhirnya di teratak buruk bapa dan mama ni. Keseluruhannya, quite good! Macam biasa adik beradik pasti akan jadi pengkritik utama. How’s he attitude, the way he talk, dressings, ecetra ecetra ecetra..

Most important, Miki feel comfortable and can adopt himself easier in my family. That is good enough for me. I know, my mama and bapa definitely can accept Miki come into our family. My own siblings? I really don’t know at all.

LULUS ka..? Ini soalan pertama yang Miki tanya bila dia dah balik.

HEHEHEHEHE… Kita tengok siapa yang kenaaa…..
Dia jadi datang? - Part I

Sampai hati dia tak datang semalam. Iya saya tahu. Alasan dia munasabah dan saya dapat terima. Tapi ni hati tetap kecewa. Kalau ni hati mau kecewa siapa yang dapat lawan. Beberapa hari sebelum raya saya telah menetapkan satu perkara yang bodoh. Kalau Miki tidak jadi datang beraya di rumah raya ni, saya akan gunting rambut. Boleh dikira nazar ke perkara ni..?

Yaaaa.... memang dia tidak datang semalam. Tapi dia ada SMS dan call cakap mau datang raya ketiga, meaning hari ini.

Dari pagi sampai pukul 09:30 pagi saya tunggu dia call atau SMS sama ada dia jadi datang atau tidak. Fikir saya, kalau dia mahu datang mesti dia dah SMS awal awal pagi. Hampehhh taik tugarang. Miskol miskol pun tiada.

Trusss saya order tukang gunting di rumah ni. Kesian dia berabis mempromote bahawa dirinyalah yang paling pro menggunting rambut dengan bermacam macam fesyen yang dikehendaki pelanggan. Adik saya yang sorang ni memang riak sikit. Mentang mentang dia yang paling slim. Saya pun macam betul saja setuju digunting rambut oleh dia dan nak rambut yang fesyen itu ini begitu begini. Yo yo aja si OM ini dengan gunting kain kebangaannya. Apa..??? Mau gunting rambut saya guna gunting kain...??? Tapi kerana kesiwa, antam sajalah!

Dua jam saya menyerahkan rambutku ini untuk digunting dengan penuh kasih sayang, tapi apa hasilnya..? Rambutku telah musnah ditangan orang yang tak bertanggungjawab. Habis bermeter meter dia potong. Nak ikat pun dah tak boleh. Apatah lagi sanggul sanggul ni. Senget sebelah. Kembang sana sini. Oh..telah hilang ke’curly’an rambut saya ni. Gelaran rambut paling panjang di rumah ini juga pasti akan dirampas. Bagus lagi jadi pala u’ kalau macam ini. Semua pasal kau. Pro pala utak kau OM. Aduh, menyesal pun ada.

Nasib baik FREE. Saya kutuk dia banyak banyak then terus mandi.

Hari ni sefamili saya akan bertandang beraya di rumah sepupu di kampung pinang sebatang. Tengah ready ready tu, Miki SMS cakap nak datang beraya kat rumah. Opps..! Biar betik! Rambut saya! Oooohhh! Tengok jam, 12:30 tengahari.

Saya reply SMS dia cakap saya sefamili nak keluar rumah beraya. Tak masak apa apa hari ni. Dia balas, dia cakap nak datang jugak. Kuih kuih pun jadilah. Ada tiga orang ikut dia. Dah kat Kundasang pulak tuh. Pi Kundasang buat apa? Tapi saya tak tanya tu. Saya cakap kalau nak datang, datang saja. Macam dok ikhlas aje bunyinya. Masih kesiwa la kunun tuh!

Saya cakap dengan mama Miki mau datang. Mama cakap tak apa. Beraya bukannya lama. Balik nanti masih sempat masak. Onggoo nopoddi.

Beraya di rumah sepupu yang ni memang best. Past few years memang tak miss beraya di rumah diorang ni. Menu espesel, satay! Satay satay.. di mana kau satay! Perangai buruk adik beradik saya adalah berebut makanan. Makanan itu adalah satay. Tuan rumah letak sepinggan, sepantas kilat licin. Letak lagi 2 pinggan, licin jugak. Letak berpinggan pinggan pun kompom licin. Ada lagi yang sungguh memalukan bila pinggan meja tetamu sebelah pun kena kebas. Gudoot no ngawi boh.

Dah habis makan satay, makan nasi. Mak datuk. Tengok pinggan sorang sorang: membukit nasi dan bertimbun lauk pauk. Cover version, kan belum makan, di rumah tak sempat masakkkk... hik-hik-hik!
Lepas makan nasi, sesi menghabiskan pula kuih muih di atas meja. Sasaranku kuih cepit a.k.a kui sapit. Habis trusssss. Mau minta lagi tapi malu. Saya pujuk pujuk adik supaya minta tuan rumah tambah kuih ni tapi dia buat donno. Tak guna. Terpaksalah saya melantak kuih kuih lain yang tak sedap.

Tengah tengah makan tu Miki call bagitahu dia kompom datang tapi masih lagi kat Kundasang. Eiii....apa dia buat sana tu?.. Jumpa siapaaaa...? Tapi saya tak tanya itu, saya cakap bila nak bertolak..? Macam tidak sabar sabar sudah ni mau jumpa. Saya tengok jam, 15 minutes to two. Dia cakap mahu bertolak sekejap lagi. Bila..? Saya tanya tanya macam memaksa saja ni. Iyaaa...mau bertolak sudah ni. Dia berusaha meyakinkan saya yang telah terbelah jantung ni.

Oh..rambutku!..menyesalnya...

Sunday 14 October 2007

Special guest..

Esok Miki dan kawan kawan dia nak datang rumah. Happy..? Of course I am. Saya dah ready nak masak yang sedap sedap untuk dia walaupun saya tahu saya tak reti masak. Tapi kami adik beradik memang dah sepakat nak masak banyak menu untuk raya kedua ni.

Walaupun Miki macam dingin dingin dengan saya tapi saya tak kisah. Bagi saya yang penting adalah dia nak datang rumah dan family saya nanti boleh kenal dia. Saya sendiri tak tahu dia nak datang sebab dia memang betul betul nak datang atau sebab dia saja nak tunai janji dia dulu. God, I really don't know.

Lepas dia datang ke rumah nanti, kalau hubungan kami masih suam suam kuku macam ni, saya berserah saja lah. Moga Allah bukakan pintu hati kami. Amin.

Tak sabar nak tunggu dia datang. Ada beberapa jam saja. Ya ALLAH, permudahkanlah segala urusanku di dunia dan di akhirat..

Saturday 13 October 2007

Salam Aidilfitri, 1428H

Di kesempatan ni sia mau ucap ucapan tipikal hari raya iaitu selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir dan batin kepada seluruh umat Islam di dunia ini (read: yang hidup saja, dah sudah departed al-fatihah).

Kepada kawan kawan yang kenal sia personally, minta sury banyak banyak ah geng. Kira halal lah bah semua yang temakan, teminum, tebelanja, teambil, tepinjam, teusik, tekuntik dan macam macam lagi la. Bukan sia sengaja mau buat tu semua, tapi kamurang tau juga bah kan sia ni manusia biasa. Manusia ni mimang tida lari bah dari buat kesilapan. Sia pun termasuk la baitu. Kamurang pun macam tu juga bah kan. Sama saja kita ni. Jadi kira cincai la, kusung kusung koti.

Kepada mama sama bapa sia, mohon ampun maaf banyak banyak. Kusung kusung ah ama' om apa'. Terima kasih abis nga sara hidup sia dari kici sampai sia jadi sumandak sudah ni sekarang. Kalau ada yang sia tepinjam ka atau teambil ka, anggap selesai la bah tu kan ama'.

Untuk tanak wagu sia, bagus bagus saja ko balajar sana. Jangan ko cuba cuba mau kuntik kuntik itu sumandak di sekolah kau tu. Sia tau lah sia yang paling nda cantik antara diurang. Tapi walaupun sia tida cantik, at least sia yang paling olundus om setia ngawi sama kau. Itu yang paling penting tau sekarang ini. Langadan oku dika. Otopot boh kopio!

Begitulah ucapan sia di hari raya ini. Harap harap kamurang begembira ya. Siapa siapa yang mau datang beraya pigi rumah sia, datang saja. Sia ada di rumah juga tu abis nga sia tida jalan jalan juga pigi mana mana. Tapi kasi SMS lah kalau mau datang okey.

Okeylah, itu saja ucapan dari saya. Sekian dan terima kasih..

Tuesday 9 October 2007

Puasa ke 27

Hari ni saya rileks sikit sebab tak perlu jaga anak buah yang kuat kentut tu. Bapa dia cuti. So, bolehlah saya bersukaria menonton Bob the Builder tanpa gangguan tangisan. Ha ha ha! Spoilnya, kakak saya pula suruh buat kuih raya. Kuih batang buruk. Uii sanang baitu...petik jari jak kau semutt..

Maka saya pun memulakan kerjaya baru sebagai pembuat kuih yang terkenal. Mood:- baik punya. Tengah nak potong kulit popiah tu jadi empat bahagian, pisau pulak buat hal. Langsung tak tajam. Potong leher ayam kompom ayam tu boleh hidup lagi setahun. Tukar pisau, tapi problem tetap sama. Cilakak taik cicak. Tiada pilihan, ambil parang pemotong daging dan zassss...!

Mencabar juga kerja buat kuih di bulan bulan puasa begini. Lagi lagi kalau perut tengah berdansa. Tapi saya tak kisah tu semua. Yang saya kisah ialah bila nampak si montel tu sedap sedap dia saja melantak dengan lahapnya kuih saya yang belum siap tu. Mula mula nak satu, lepas tu satu lagi. Nak lagi satu. Satu lagi. Hujung hujung semua dia nak!

Tuttt..... satu cubit cubitan kat tangan. Hambik ngako!

Dia jelir jelir lidah kat saya. Apa lagi, mengamuklah auntie ni. Huh! Dia tak kenal aku sapa. Inilah dia mak sedara yang hitam tapi engaging. Uhuk! Uhuk!

Tapp...... saya lastik lidah dia. Terus dia lari keluar dari dapur. Lima saat kemudian, dia datang balik nak minta kuih saya yang tak siap lagi tu. Ceh..!

Kan saya kata kuih saya tak siap lagi. Sebenarnya tinggal nak letak tepung kacang hijau dan susu serbuk saja lagi. Rasa excited pula bila tengok kerja dah nak siap. Bertambah semangat saya mengaul gaulkan batang batang buruk tu ke dalam tepung sampai dah nak jadi macam mumia.

Dah siap tu saya panggil si montel untuk menge'test' rasa kuih saya. Saya dah terliur liur dah time ni. Tengok jam dah pukul 04:00 petang. Bertahan kau semut, dah dekat nak buka puasa pun. Hmm..terpaksalah memujuk diri sendiri supaya kuatkan iman. Kan! Kan!

Satu hal yang buat saya hangin separuh badan ialah bila si montel tu telah membuang kuih saya yang dah siap kemudian katakan, tak sedapnyaaaaaa!! Huh! Ingat dia cantik sangat.

Monday 8 October 2007

Puasa ke 26

Pejam celik pejam celik, eh tinggal empat hari saja lagi nak habiskan bulan ramadhan. Kejapppppp aje kan? Best ada, sedih pun ada. Ahmad Idham kata jangan pandang belakang, tapi saya nak pandang jugak. Sorot balik sepanjang hari di bulan ramadhan, kehadiran saya untuk solat sunat tarawikh di masjid, satu..dua.. mm.. enam hari saja. Enam hari daripada dua puluh enam hari yang dah berlalu. Kata nak khatam Quran bulan puasa ni, tapi.. sepanjang dua puluh enam hari, tolak tujuh hari tak puasa, saya cuma baru sampai surah An-nisa'. MasyaALLAH semut..

Pagi tadi ambil baju yang saya tempah jahit di rumah cousin. Kira kira semua, ada enam pasang baju raya untuk tahun ni. Amboi, berlagak je kau semut, puasa tak full pun..

Tak kisah le puasa tak full. Bukannya sengaja pun. Lagipun Miki dan kawan kawannya nak datang beraya hari raya kedua nanti. Kenalah akak ni melaram sikit.

Cakap pasal Miki, saya betul betul tak tahu apa kena dengan dia sekarang ni. Bukan sekarang ni saja, tapi sejak beberapa minggu lepas. Tak silap selepas saya balik dari TOT Sandakan. Saya betul betul rasa disisihkan dan tidak dipedulikan. Kadang kadang sampai sehari suntuk dia langsung tidak balas SMS. Mungkin dia terbiasa begitu disebabkan oleh saya. Dia pernah beritahu saya yang kehidupan di Maktab sangat sangat sangat sangat sangat dan sangat sibuk! Ya, saya tahu dan saya selalu ingatkan diri saya yang saya perlu faham keadaan kesibukan dia sepertimana saya selalu minta dia supaya faham dengan tugas dan kesibukan saya. Hmm.. buku bertemu ruas. Ini agaknya yang dikatakan balasan setimpal.

Tapi, sampai sekarang, saya masih gagal untuk faham kesibukan dan kesuntukan masa dia di sana. Dia pernah berkali kali terlepas cakap atau memang sengaja cakap yang dia 'tekanan' dengan perangai saya yang selalu marah marah. Saya marah marah?.. Oh, saya tidak tahu yang itu.

Memang saya takut dan akan frust menonggeng kalau akhirnya dia katakan kepada saya .. "Sorry semut, hubungan kita sampai sini saja. Kita tak serasi.." atau "Semut, kau carilah orang lain. Saya tak sesuai dengan kau" atau "Semut, saya dah jumpa orang lain yang lebih bijak dan cantik dari kau.."

OMG! Pengsan akak! Tapi itu kalau, saya bilang kalau..

Yang pasti, saya benar benar dapat rasakan perbezaan Miki dulu dan sekarang. Walaupun dia kata dia tidak pernah berubah, walaupun dia kata dia tetap sayangkan saya, walaupun dia kata nak datang rumah raya nanti dan walaupun banyak lagi walaupun walaupun yang lain..., saya tetap rasakan ada sesuatu yang sangat berbeza. Entah, mungkin passion dia terhadap hubungan ini dah hilang, mungkin juga dia telah temui seseorang yang lebih sesuai dengan kedudukan dia sebagai bakal cikgu, atau mungkin banyak lagi kemungkinan kemungkinan yang lain.

Sebak saya memikirkan pasal hubungan kami ini. I love him so much and I really care about our love. Yes, I really do!

Sunday 7 October 2007

Puasa ke 25

Hari ni kakak kakak saya telah mengisytiharkan bahawa hari ini adalah hari bergotong royong membersihkan halaman rumah. Raya kan dah dekat. Takkan nak jemput tetamu datang ke teratak yang penuh dengan ular biawak segala, ya dok?.. Rumah ni memang setahun sekali saja dibersihkan halamannya. Nasib baik jugaklah ada Hari Raya. Kalau tak, saya pun tak tahu mana satu rumah, mana satu belukar, mana satu kolam, mana satu 'buyut'.

Ekspedisi sepatutnya bermula seawal jam 07:00 pagi sebab matahari tak terik lagi, tapi saya bangun pun dah pukul 09:00 pagi. Atokoi. Basuh muka, ambil parang, pakai topi dan bermulalah kehidupan seorang nenek tua di kaki bukit.

Memang serik membersihkan halaman rumah setahun sekali ni. Dah jadi macam hutan tebal dah keliling rumah. Segala bintang buas berlari larian sebab rumah dia orang saya dah rosakkan. Ha ha ha. Bunga bunga yang hidup segan mati tak mahu tu habis semua saya cabut akar akarnya dan buang. Bikin menyemak laman saja kan. Pokok pokok yang saya tak tahu spesisnya saya tebang tanpa belas kasihan. Matilah kalau pokok tu mama yang tanam. Wah, terang benderang laman depan rumah ni hasil kerja seni kreatif saya. See the leg lah..

12:40 tengahari, saya surrender dan rehat masuk rumah. Haus gila babas punya haus ni. Sekarang ni saya nengok botol susu anak buah yang sangat tak sedap tu pun boleh terliur. Hish, lomahnya badan badanku ini. Nak tidur pun tak boleh sebab haus sangat. Last last saya dok nonton iklan kat TV yang promote minuman especially iklan F&N tu. Fuh mengancam, solid, sejuk, sodapppppppppp!!

Tolong! Tolong! Semut dah sembilan jam tak minum air. Tolong! Tolong!

Hari ni memang hari terhaus saya untuk puasa tahun ni..


Moral of the story: Laman rumah tu jangan tunggu setahun baru nak bersihkan, tak gitu..?

Saturday 6 October 2007

Puasa ke 24

Time puasa puasa ni, saya memang malas gila gila punya malas nak update blog. Lomah ler katakan. Pagi tadi pegi sawah. Ha ha ha akak kan rajin. Puasa puasa pun tataaapp ke sawah. Takde hal tu. Yang halnya, muka ni lah. Yaa.. muka ni yang memang dah hitam dan menggerutu macam bulan akan bertambahlah 'jelek'nya. Ish, pakai fair & lovely pun tak sempat putih ni. Terkenang kenang pula SMS dari Miki hari tu..


nanti raya, c kiut2 tu muka ya..

dont wory, sy kan memang dah kiut. ha ha ha

uweeekkkk..!


Alahai... ni mesti Miki kompom muntah ni bila tengok muka saya yang the latest. Nasib la.

Petang tadi lepas mandi manda dan bertidur tiduran, saya dan kakak dan anak dia si Balqis a.k.a montel keluar pergi pekan. Dah pukul 04:15 petang pun masih bernafsu nak keluar. Tinggal dua jam lagi nak bukak puasa.

Lokasi pertama pergi supermarket nak tindik telinga anak kakak tu. Saya tengok muka tukang tindik tu mesra alam je. OK lah tu. Kurang kurangnya budak budak ni taklah takut sangat nanti. Memula penembak bersiri (read:nak bagi thrill gelaran si pekedai) tu keluarkan anting anting then dia suruh pilih. Yo yo ah je si montel tu memilih anting anting yang paling mahal. Tapi pastu mama dia gi tukar ambik yang paling murah. Ha ha ha. Kesian kau. Tapi budak budak kan, mana lah dia tau barang barang mahal atau murah ni.

Dah pilih anting anting, penembak bersiri tu pun keluarkan pistol dia. Macam stapler je bentuknya cuma saiz besar sikit. Sebelum tembak tu, dia sapu sapu entah ubat apa kat cuping telinga montel. Saya pula yang gerun bila tengok si penembak tu aim aim nak start tembak.

Tik!

Uuuwwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...!!!!!!!

Satu supermarket agaknya dengar si montel tu menangis. Mama dia dah panik. Saya pula kontrol kontrol cool sambil belek belek cincin silver kat meja sebelah. Penembak bersiri tu pula senyum saja. Entah dah berapa ramai orang dia dah tembak. Macam macam la cara nak memujuk si montel tu berhenti nangis. Sampaikan pelanggan pelanggan yang ada dekat dekat situ pun turut sama nak memujuk.

Nasib la si montel tak susah sangat nak dipujuk. Tak sampai lima minit, kedua dua telinga dia dah siap terpasang anting anting yang cumil lote. Teringat saya zaman dulu kala. Telinga saya pun pernah bertindik dulu. Tapi bukan pakai mesin yang ada sekarang ni. Bapa main cucuk saja pakai safety pin. Adik beradik perempuan saya yang ramai sangat tu pun semuanya kena cucuk pakai pin saja. Sapa nak lawan?.. Sakitnya pun saya dah lupa. Sekarang ni lubangnya dah takde. Sengaja saya biarkan dia tertutup sebab lubang kiri kanan tak rata. Kalau pakai anting anting ketara sangat sengetnya. Buat malu saja nanti orang tengok.

Dah siap tindik tu, mama dia singgah tengok tengok barang kemas yang ada kat situ. Saya tau kakak plan nak tengok tengok je, tapi bila keluar dari tempat tu ada jugak barang yang dibeli. Terbang lagi beratus. Saya tengok sajalah. Dalam kepala ni tengah sibuk congak congak duit yang ada dalam akaun. Susahnya takde gaji bulan bulan. Harap harap dapat jadi cikgu. Amin.

Sebelum balik singgah beli groceries dan ink printer. Mahal gila ink dia. Tapi kena jugak beli. Masa ni dah pukul 06:00 petang. Ada lebih kurang lapan minit lagi nak sungkai. Kompom la ni buka dalam kereta. Singgah lagi dekat bazaar ramadhan yang masih buka tapi makanan pula dah habis. Last last beli nasi ayam saja. Buka puasa pun dalam restoran nasi ayam tu. Minum air saja dan balik.

Hari ni Miki buka puasa dengan Pak Lah. Dari semalam lagi dia sibuk sibuk nak beli songkok. Agaknya dia dah beli lah tu.

Saya ada beli bedak sejuk tadi dan tengah pakai sekarang ni. Anak anak buah saya yang 'jajal jajal' tu dah tak berani nak usik saya. Saya kan dah jadi hantu..

Wednesday 3 October 2007

Puasa ke 21

Hari ni saya dah boleh puasa. Okey lah tu. Kurang sikit hari nak qada' puasa berbanding tahun lepas. Semalam tu saya consider sebagai 'tak puasa' walaupun saya puasa makan dan minum.

Elaun jadi fasilitator hari tu dah masuk. Alhamdulillah. Ada jugak nak buat belanja untuk raya ni. Harap harap tak lari bajet.

Tiada hal yang menarik hari ni melainkan kepeningan perut dan kebuluran kepala ni melayan fiil anak anak buah walaupun dua orang saja. Saya rasa nak pengsan bila si macho tu asyik cirit birit. Baru saja tukar pampers ni dah berak lagi. Adoii.....

Fening ni kapla akak. Rumah tak sapu lagi, tak mop lantai lagi, tak kemas dapur lagi, tak sapu laman lagi. Aaaaahhhh............tensi tensi tensi...!!

Siapa nak kerja dengan semut..?

Wednesday 26 September 2007

Semut ternoda akhirnya..

Hari ini hari yang ke-15 umat Islam seluruh dunia berpuasa termasuk saya. Tadi berbuka dengan durian, kuih muih, puding, sayap ayam panggang dan macam macam lagi sampaikan perut ni dah tak boleh terima nasi. Sudah dua hari berbuka tak makan nasi. Ta pe ta pe. Slim skit. Sekarang ni pun, perut ni tak segan segan memboroi.

Hari ni tak pergi terawih lagi. Kehadiran = 6 hari. Apalah nak jadi dengan saya ni. Pemalas tahap tenuk. Tenuk pun tak malas macam ni. Baca Al-Quran pun baru sampai surah An-nisa padahal bulan ramadhan dah setengah. Tadi saya ke tandas. Owh, i'm bleeding. Patutlah sakit semacam saja perut ni. Ternoda akhirnya puasa sang semut setelah 14 hari mempertahankan kedaraan.

Saya SMS Miki bagitahu saya tak puasa, terus dia call. Tanya itu ini begitu begini..alahai..

Monday 24 September 2007

Sehari di Temuduga KPLI

Hari yang ditunggu tunggu setelah empat tahun adalah hari ini. Yaa ..memang hari ini. Satu kertas A4 penuh saya tulis 24 beso beso pakai maker merah, then tampal kat pintu dan kat cermin bilik. Takut tersasar haribulan lah tu. Seawal jam 3 pagi saya dah bagun dan mandi. Sudahlah semalam tidur jam 01:00 pagi. Otak pun tak balance lagi sampaikan nak gosok gigi pun 'terguna' sabun pencuci muka. Siap mandi dah jam 03:30 pagi. Sejookkk beb!

Bersemangat saya bersiap hari ni walaupun gelap gelita lagi kat luar tu. Sambil pakai pakai krim muka, saya makan biskut tiger dan minum air masak yang memang ada kat bilik. Hari ni bersahur dengan biskut ja. Takut muntah kalau makan nasi. Maklumlah nak jalan jauh. Tengah makan makan tu, tiba tiba macam pelik saja rasanya muka ni. Pedih pedih dan rasa gatal gatal. Saya pun melihat diri sendiri di cermin. Berkilat berkilau kilauan wajahku ini. Makin lama makin pedih dan rasa sejuk semacam. Cepat cepat saya cek krim muka saya tu takut kalau kalau dah expire. Saya tengok atas meja, krim muka dan krim jerawat duduk sebelah sebelah. Krim muka tu elok saja masih bertutup kemas. Saya siap belek belek lagi. Tengok pula krim jerawat, penutupnya dah terbuntang dan ternyata banyak cap jari saya di sana sini. Zassss...berlarian terus akak pergi cuci muka balik.

04:30 pagi: Saya dah siap dan ready nak bertolak. Saya angkut semua barang barang yang nak dibawa. Double check lagi, sijil, laptop, Lego dan Kit model kereta semuanya ada. Sebelum kunci bilik saya tengok lagi sekeliling bilik kalau ada barang yang tertinggal. Clear!

Time nak keluar dari rumah, baru teringat kasut tertinggal kat dalam bilik. Terkocoh kocoh saya patah balik bilik dengan mengangkut sekali semua barang barang yang saya bawa tadi. Cepat cepat saya ambil kasut dan keluar. Sebelum naik kereta, bapa, mama dan kakak ingatkan saya sekali lagi kalau ada lagi barang yang tertinggal. Kompom ja saya jawab semua on track.

04:45 pagi: Perjalanan ke tempat temuduga bermula. Wah berdebar debar saja. Nota nota masih kat tangan dan otak dok ligat menghafal dasar dasar Kerajaan, PIPP, sekolah kluster, falsafah pendidikan dan macam macam lagi. Baru 10 minit perjalanan, tiba tiba ... 'ting!' saya teringatkan sesuatu yang amat penting. SIJIL! Ya ALLAH, SIJIL! Aduh... bodohnya saya ni. Macam mana la boleh tertinggal benda yang jadi nyawa kepada temuduga ni? Sia sia saja nanti sampai kat tempat tu kalau sijil tu duduk diam diam di rumah. Sepantas kilat saya kata STOP kat abang ipar then tell them the funny story and sepantas kilat juga kereta berpusing patah balik rumah. Mama yang duduk sebelah dok membebel tapi dia tak marah. Saya dah panik gila ni. Isshh..tadi kan ada. Heran juga. Nasib jugaklah masih kat area kampung. Syukur pada ALLAH di atas pertolongan-NYA.

Rupa rupanya, time nak ambil kasut tadi saya letak sijil atas bantal. Cover sijil dengan sarung bantal lebih kurang saja. Padanlah saya tak nampak. Memang bersyukur sangat teringat sebelum sampai lokasi. Bapa dah marah marah tapi saya buat selamba. Sebelum naik kereta, saya 20 kali check barang barang saya. OK yang ni barulah on track.

07:00 pagi: Sampai area Kota Kinabalu. Jalan sana sini jammed. Takutnya tak sempat sampai. Saya interview jam 08:00 pagi. Si Mikikiut sudah balik balik ingatkan saya supaya jangan datang lambat. Abang ipar yang perasan terrer tu pula tiba tiba banyak bagi alasan, tak pasti jalan la. Dah lama tak lalu jalan ni la. Tak tau mana tempat tu la dan ntah apa apa lagi. Marahnya saya tuhan saja yang tahu. Sebelum ni masa kat rumah macam kompom saja. Selalu ikut jalan tu la, dah biasa duduk KK lah dan ntah apa apa lagi. Bengong! Pusing sana sini tak jumpa jugak. Map yang abang dah lukis awal awal dulu tak pula di bawa (read: kakak la ni sengaja tak bawa sebab kononnya dah tau jalan). Saya ni dah panik tahap gaban. SMS kawan kawan sana sini. Syukur Alhamdulillah, 07:30 pagi jumpa juga tempat tu atas bantuan kawan saya, Mas.

Temuduga berjalan lancar dan sangat lancar. Mudah mudahan saya lulus dan dapat KPLI. Sudah terlalu lama saya mengidamkan ini. Kecewanya saya kalau tak dapat masuk maktab. Saya cakap kat Miki, antara tak dapat masuk maktab dan putus cinta dengan dia, saya lagi sedih kalau tak dapat masuk maktab. Elok saja dia sokong cakap saya. Herm..

Sebelum balik, singgah sekejap di Wisma Muis dan beli belah sikit sikit. Pas tu singgah Giant shopping barang makanan untuk adik dan Miki.

01:00 petang: Singgah Maktab Gaya ambil sijil degree saya yang Mas tolong simpankan. Sementara tunggu Miki sampai dari sekolah sempat juga cerita ceriti dengan Mas perkembangan terbaru. Hmm...rindunya dengan dia ni. Rindu saat saat bekerja bersama dengan dia. Walaupun selalu gaduh tapi itulah yang menguatkan hubungan persahabatan kami. Harap dia berjaya meneruskan pengajian dia di Maktab ni. Amin. Tak lama, Miki sampai dengan kawan-kawan dia. Saya tengok dia turun dari kereta, macam biasa kontrol hensem saja dia ni. Nampak saja kelibat dia, saya tahu saya memang rindukan dia sangat sangat. Dia pakai kemeja maroon, mama pun pakai baju maroon. Saya dah tak tau apa nak cakap dengan dia ni. Saya nampak dia pun macam tak betul saja. Cis, rasa macam pertama kali jumpa pulak. Then dia pergi jumpa mama dan kakak dan abang ipar yang masih dalam kereta. Saya tahu dia takut, risau dan macam macam lagi yang menggusarkan tapi muka tetap kontrol hensem. Sempat lagi berlawak dengan mama. Owh, I love him very much!

Saya bagi barang makanan dia dan dia bagi CD gambar yang saya minta tolong burn. Sempat cerita sepatah dua kata sebelum balik. Dalam kereta bertubi tubi pulak berbalas SMS..apo lah!

Tuesday 18 September 2007

Semut jadi Bibik

Hari ni hari pertama saya jadi baby sitter. Hmm.. berapa orang saya kena jaga ni..? Satu, dua, tiga, emmpat... liimmaaa...! LIMA orang?.. Uish...bisa diatur tu..

Dua orang kakak saya yang kerja nurse tu takde pembantu rumah, jadi saya menawarkan diri menjadi penjaga sementara kepada budak budak ni. Almaklumlah, saya kan tak kerja sekarang ni. Po solohnyo yo dok? Emm.. satu kepala seratus ringgit, yang baby tu, mahal sikit lah. Akak nak pinjam kalkulator, berapa pendapatan sebulan ni?..

Miki cakap saya mata duitan sebab berkira sangat jaga anak buah. Bukan orang lain pun. Tapi saya tak peduli, saya nak juga dibayar gaji. Apa bezanya kalau gajikan orang luar. Kan lebih baik kalau duit tu masuk poket adik sendiri. Memang saya tak nafikan, mata duitannya saya ni ...ha ha ha

Pengalaman menjaga kanak kanak memang mencabar naluri kewanitaanku. Profil anak majikan,

a) Budak lelaki gemuk dan besar dan hitam macam kopi, umur 6 tahun, hyperaktif, raja buat bising, sekarang ni pra-sekolah di sekolah dekat rumah. Nama Abang Muk

b) Budak lelaki kurus kiding dan putih, mata sebelah kanan juling air, umur 4 tahun, super duper hyperaktif, suara semulajadi ada mikrofon, belum sekolah dan Ini dia. Nama Shincan

c) Budak perempuan yang montel, trademark selalu ketip bibir bawah sambil pegang pegang pusat, sangat manja dan kuat nangis, pemalu, umur 2 tahun. Nama Balqis

d) Budak lelaki yang kurus dan gagah berani, ketua buli, ganas, paling selamba, pandai nyanyi dan menari, yang ni pun ada mikrofon semulajadi, umur 2 tahun. Nama Adib

e) Bayi perempuan yang sumil, kuat nangis, kuat kentut, umur 2 bulan. Nama Dania

Hari pertama memang menyeksakan. Maklumlah tiada pengalaman menjaga anak seramai itu dalam satu satu masa. Bisa diatur kepala hotak kau semut!

Rule: TV kena ON 24 jam dan siaran wajib 'astro ceria' sampaikan saya dah hafal segala kartun termasuk lagu temanya sekali. Entahlah budak budak ni, saya dah nak termuntah tengok cerita tu dok ulang ulang tapi diorang ni masih boleh ketawa terbahak bahak tengok lawak yang sama.

Nasib kau la semut!

Thursday 30 August 2007

TOT Sandakan - Hari 5

Kerja dari jam 7 pagi sampai 12 tengah malam memang menyeksakan saya. Selalu tidak cukup tidur. Dulu dalam kem selalu juga tidur lewat tapi saya cover tidur petang. Hari hari saya ni dok angguk angguk dalam training room. Dah banyak kali juga kena denda 50 sen sebab tidur kat belakang semasa training berjalan. Bikin malu saja anak ini. Few of us ada juga yang sleepy gila babi macam saya ni.

Tadi buddy saya minta urut kat belakang. Dia kata dia ngantuk gila. Saya urut jugaklah tapi sekejap saja. Ada dua tiga orang juga Fasi yang pernah merasai urutan saya sepanjang training ni. Most of them kena urutan cap pen. Mati lah kalau Miki tahu.

Miki dah mula merungut dan merajuk sebab saya jarang reply SMS dan call dia. Im so busy here. Banyak kali saya jelaskan kepada dia tapi dia tak mahu faham faham atau buat buat tak faham. Geramnya. Bukannya saja saja nak buat macam ni tapi memang dah macam tu. Handphone switch off tau, bukan silent. Then simpan dalam satu box security. Bila perlu boleh ambil. Biasanya saya hanya call Miki bila dah habis semua kerja. Antara jam 11:30 malam hingga jam 1 pagi. Dan miki tak angkat sebab masa ni dia dah tidur.

I’m feeling bad juga bila ingatkan benda ni. Dahlah Miki demam time ni. Mesti dia anggap saya tak care dengan dia. Ada satu SMS dia yang telah membuatkan hati saya tersentuh. Dia mesej yang dia nak berhenti merokok bulan puasa ni. Time baca mesej ni saya rasa happy. Malangnya saya tak bagitahu dia even tak reply pun SMS dia.

Something happened tadi. So embarrassed. I just cried, cried and cried. Am I too ‘lembik’ to handle my own responsibilities?

…the rest is history…

Wednesday 29 August 2007

TOT Sandakan – Hari 4

Hari ini sangat tough. Macam macam hal kena standby. Saya tak boleh leka even 1 second. Setiap hari saya declare saya on duty dari pukul 7 pagi sehinggalah pukul 12 tengah malam. Biasanya memang begitu pun schedule everyday. Rehat hanya untuk makan dan solat. The rest of time; focus on the training.

1st day training, everything mess up. Tunggang terbalik orang yang bekerja di belakang tabir (read: kami berempat yang baru ni ler). Berpeluh peluh ketiak saya bila trainer cakap, “I am scared kat depan bila tengok korang kat belakang tak ready. What happen to my chart? I can’t see the label. Doors and music person are not synchronized. Please, be prepared all the time. Guys, I really need your support. That’s why you are here.. bla bla bla bla…..”

Aduh, begini rupanya kerja belakang tabir. Ikutkan hati lama dah saya balik kampung. Semut, sabar kau. Be a tough Semut.

Dah habis sesi bersama trainer, quick hurdles pula dengan the great coach. Satu pesanan dia yang paling saya ingat sampai sekarang adalah,

“Don’t drop the ball!”


Yes, I won’t.

Tuesday 28 August 2007

TOT Sandakan - Hari 3

Wah, hari ni lagi mendebarkan berbanding semalam. Terngiang ngiang di telinga ni pesanan kapten semalam berkaitan dengan flow hari ini. Hmm...hari ini bakal peserta TOT lapor diri. Hari ini juga adalah first impression mereka terhadap character building ni.

Selepas mereka lapor diri, mereka akan dikumpulkan seramai 8 hingga 10 orang untuk temuduga berkumpulan. Sekiranya lulus, barulah mereka layak untuk mengikuti sepuluh hari Training of Trainers Modul Pembinaan Karakter. Ha, jangan ingat senang saja nak jadi jurulatih ni.

Saya ditugaskan jadi writer di bilik temuduga 1. Adalah 4, 5 batang pen saya bawak. Takut sangat kalau tengah tengah menulis tu pen buat hal. Tak cukup 4, 5 batang pen, saya bawak juga 3 batang pensil. Hmm...analyzer!

Pendaftaran start jam 10:30 pagi. Sekarang ni baru jam sepuluh. Sementara menunggu tu, saya main teka tekuk dengan Ash. Dia jadi timekeeper untuk bilik 1. Awal awal tu, soalan dia bolehlah dikatakan logik dan 'bersih'. Lama kelamaan, bila yang 'bersih' tu semua dah habis disoal, dan peserta belum sampai sampai lagi maka saya pun membenarkan Ash untuk meriwayatkan teka tekuk yang 'kurang bersih'. Ha ha ha. Anak semut dah naik daun. And we have fun together. Ketawa ketawa sambil ketuk ketuk kerusi meja. Melor a.k.a captain ikut gelak gelak jugak. Oh! kita orang dah tutup pintu tau. Please don't try this at home.

Tengah bergelak ketawaan Iqmal datang dan suruh get ready sebab peserta dah sampai dan dah ready untuk interview. Dua orang lagi korum bilik ni, Sher dan Worke pun dah sampai.

Interviewer dah ready, candidates dah ada, and..the show begin..

Tup tap, tup tap, tup tap. Sesi temuduga untuk kumpulan ni dah selesai pun. Berpeluh jugaklah saya menyalin jawapan jawapan mereka tu. Hm.. bestnya kan jadi interviewer ni. Boleh tanya macam macam soalan. Entah apa apa saja yang saya soal soal tadi tu. Hik hik hik. Agaknya semua peserta tu tengak dok kutuk kutuk saya dalam hati. Saya membayangkan kalaulah saya yang kena interview macam ni, mesti kecut perut juga ni.

Apapun, syabas! syabas! syabas! untuk semua peserta sebab lulus interview kumpulan ini. Malam ni, ada taklimat dengan JLKN. Makin kuat jantungku ini berdebar. Dup! dup! dup! Korang dengar tak..?

Monday 27 August 2007

TOT Sandakan - Hari 2

Hari ni macam hari semalam sentiasa mendebar debarkan. Duh...semalam dahlah balik jam 11:30 malam. Entah apa apa je yang saya buat semalam tu. Malu nak cerita, teruknya!

Jadual hari ni, jam 09:15 pagi kami ada perjumpaan dengan Komandan Kem. Pakaian, formal. Jadi sementara menunggu detik tu, masing masing siapkan kerja mengikut jawatan masing masing. Untuk training ni saya yang handle supplies. Mati aku! Nasib la Ah Joe banyak bantu. Dia juga yang transfer technology kepada saya sebab dia yang pack barang dari KMB. Dia bagi saya 3 mukasurat penuh list barang barang untuk kegunaan latihan. Saya macam dungu saja tengok kertas tu.

Apa saya nak buat ni?

Saya masih belek belek kertas tu sambil gigit gigit pen. Saya pandang Ah Joe, dia pandang saya. Dia angkat kening, saya geleng kepala. Dia buddy saya untuk training ni.



"What?"

"I don't know how to do."

"My god, you check barang barang yang dah sampai, kira then mark kat kertas tu."

"Kau tolong aku?"

"Ye..aku boleh tolong. Tapi you're supplier here. You yang kena check benda ni satu satu. Boleh semut...?"

"Ya..tapi..."

"I know you're analyzer. But don't analyze too much. For you, do first, fikir kemudian."


Hah?



"Kena kira satu satu ke..?"

"iyeeeeeeeeeeee"

"Klip kertas ni pun..?"


Dia dah start senyum sembilan. Geram le tu.

Sunday 26 August 2007

TOT Sandakan - Hari 1, Part 2

Suasana masih lagi sunyi sepi. Tak lama lepas tu Tumpil dan Tam datang, lenggang kangkung jugak. Then, suasana jadi sepi semula. Saya tertanya tanya, eh kenapa tak start start lagi? Siapa lagi yang belum sampai? Berapa orang sebenarnya dalam team ni..? Kepala akak dah nak pecah fikirkan pasal ini saja. Tiba tiba Melor bersuara..

"guys, ada seorang lagi yang tak sampai. Kita hanya akan makan bila semua orang dah ada di sini.."

Berdebar debar jantung saya ni. Culture shock. Panik akak beb, panik! Tak lama lepas tu, barulah kelihatan kelibat seorang lagi yang ditunggu tunggu. Owh, saya kenal dia ni, rupanya Ah Joe. Ish, bikin suspen saja. Ada 9 orang semuanya. Semua saya dah kenal kecuali ada seorang lelaki ni, muka pun budak budak lagi. Melor pandang muka kami sorang sorang. Jeng, jeng, jeng...

"Guys, dinner jam berapa..?"

"7 o'clock.."

Suara Iqmal paling kuat menjawab. Saya jawab 7 malam, tapi suara tersangkut di kerongkong.

"what is time now..?"

Masing masing tengok jam termasuk saya. 07:05 malam. Tadi saya datang jam 07:01 malam.

"What's not working here guys?"

"No teamwork"

"Miss communication"

Saya diam saja, tak tahu mahu cakap apa. Otak saya ni masih lagi di peringkat menganalisa apa sebenarnya yang sedang berlaku.

"When I said seven o'clock, it's mean seven. Not seven 30 seconds or seven O five or what so ever. It's mean SEVEN.."

Semua diam.

"Ok, I am your captain for this training. Maybe some of your terkejut sebab saya rahsiakan benda ni dari KL sehinggalah pada waktu ini. What I need from your guys is, saya taknak ada 2 kumpulan dalam team ini either KMB or JLKN. We are one team. Cool?"

"Cool...!!!"

"Before we go for dinner, do you think our team is in excellent?

"No....!!!!"

"Alright, I don't wanna see any jeans, round neck t-shirt and sandals"

Semua diam. Saya tengok kaki saya, pakai sandal saja. Awal awal lagi saya dah kena. Kerisauan yang saya bayangkan sebelum datang sini memang benar benar berlaku malam ni. Cara kerja mereka benar benar membuatkan saya tertekan.

"Ok Semut, how many minutes do you need to change your sandals?"

"Saya tiada kasut yang bertutup, kasut sukan boleh..?

"Sports shoe is ok for tonight. Tomorrow I don't want to see sports shoe. Either you buy or borrow, it's up to you. Do whatever it's takes. So how many minutes you need?"

"3 minit"

"Ok, three minutes. Your three minutes starts now!"


Saya betul betul rasa nak balik.
TOT Sandakan - Hari 1 , Part 1

Sejak tiba tengahari tadi senggugut makin mengada ngada, jadi saya tidur saja. Guling badan sana sini. Sambil tu saya dok kira berapa buah katil yang ada di dalam dorm ni. Hmm..satu, dua, ........30 bijik semuanya. Satu satu katil tu saya pi baring. Saja nak cari keserasian la kononnya. Last last katil yang mula mula saya duduk tu yang menjadi pilihan. Tidurlah sang semut sorang sorang di bilik yang beso dan panjang ni.

Tengah tengah tidur tu, sempat juga SMS dan calling calling dengan Miki. Baru ni saya rasa terlalu rindukan dia. Menyesal pula tidak layan dia masa di KK tadi. Borak borak kejap dan saya sambung tidur balik.

Tiba tiba saya terdengar bunyi derap kaki dan suara suara orang bercakap. Tengok jam, 03:30 petang. Owh, mungkin wakil wakil dari KMB. Saya pura pura tidur dan curi curi buka mata. Sorang sorang masuk, ada 4 orang semuanya. Oh, Kak Nita, Melor dan Agnes. Sorang lagi saya tak kenal. Kak Nita kejutkan saya dari tidur, dan...saya kan pelakon handalan..

"Oh, kak nita rupanya. Dah lama sampai?.. "
"Baru je, kitorang nak keluar bandar. Jomlah!"
"Oh, takpa kak, saya sakit perut ni. Nak pesan barang boleh?"
"Ya, sure..."

Ha ha ha.. handal tak akak? Lepas diorang keluar bilik, saya menidurkan diri semula dengan riang ria. Tutup mata, buka mata, tutup lagi, buka lagi. Tutup buka tutup buka.. sah dah tak boleh tidur. Terus bangkit dan mandi. Sebelum diorang keluar tadi, Melor sempat berikan saya list nombor telefon kumpulan kami, mana tahu ada emergency dia kata.

Jam 05:00 petang, kawan telefon beritahu dia dah sampai. Dia suruh saya jemput dia di balai pengawal pula. Aduh..dahlah saya ni tengah seksi gila, perut pun pening pening lagi, tak larat saya nak keluar. Saya main suruh saja dia redah, jalan terus, belok kanan, jalan terus lagi then belok kanan lagi, jalan depan lagi lepas tu jumpalah bilik ni. Kesian dia, setengah jam kemudian baru dia sampai bilik. Itu pun dengan bantuan Operator Kem. Kami borak borak kejap sebelum dia pergi mandi. Saya pula susun susun barang masuk almari.

Tengah syok lipat lipat baju, saya dapat SMS dari Melor..

Team, makan malam jam 7. Dress code smart casual. No jeans, no slipper

Cepat cepat saya bagitahu B (nama kawan saya ni) pasal SMS Melor. Time ni perasaan saya dah bercampur baur. Takut dan risau tak tentu pasal. B pun macam tu juga. Saya tengok jam, 06:15 petang. Sambil bersiap, saya berSMS dengan Miki. Rindunya saya dengan dia ni. Dah siap semua, baru saya perasan saya tak bawa kasut bertutup. Saya cek balik, ada sandal, sport shoe dan selipar saja. Aduh, matilah saya. Saya beranikan diri pakai sandal saja. Berlenggang kangkung saya dan B pergi ke dewan makan.

Dah sampai dewan makan, saya nampak Melor, Agnes dan beberapa orang lagi dari KMB tengah berkumpul kat luar bilik makan jurulatih. Saya dan B selamba saja masuk dalam bilik tu dan tiba tiba Melor panggil.

"kita takkan masuk dalam tu sehingga semua orang dah ada di sini"

Saya pandang B, B pandang saya dan kami keluar dari tempat tu dan join mereka. Saya kira orang dalam kumpulan tu, ada 6 orang termasuk saya dan B. Bayang Tumpil dan Tam Takde lagi. Berapa orang dalam team ni? Sapa lagi yang tak sampai selain budak dua eko tu..? Suasana senyap saja, semua orang kecuali Melor pandang lantai. Saya pun ikut ikut pandang lantai. Makin bingung otak saya ni, apa yang berlaku sebenarnya?
Welcome to Sandakan

Hari ni saya akan bertolak ke Kem Bagai Budi Resort, Sandakan untuk memulakan satu tugasan baru yang amat mencabar. Semalam janji dengan Tumpil dan James, bertolak jam 05:00 pagi, dan saya telah bangun pada jam 04:50 pagi. Cinabeng tul lah! Macam lipas kudung saya ke sana ke mari. Mandi pun ala ala je. Barang barang yang tak sempat pack, saya main sumbat sumbat saja. Belum sempat make up, si Tumpil telefon bagitahu diorang dah tunggu kat parking. Tambah panik saya ni. Trusss jadi superman.., sekelip mata dah ada kat dalam kereta. Ingatkan kami bertiga saja, rupanya ada encik Yusmee tengah tido kat seat belakang.

Sepanjang perjalanan saya tidur saja supaya tak mabuk. Sedar sedar dah sampai bandar. Saya tengok muka kat cermin, aduh sedeynya. Sudahlah muka baru bangun, berminyak + berkilat + huduh lagi tu. Tanpa membuang masa, cik andam pun keluarkan semua tukul paku gergaji segala untuk membuat renovation.

Siapa yang nak ikut kelas kecantikan akak ni, ambik pen cepat sikit..

Pertama sekali, segarkan muka dahulu dengan toner. Buat lembut lembut tau. Lepas tu, bubuh foundation kat muka tu. Sapu rata rata tau. Jangan lupa bubuh concealer kat bawah mata and kat parut parut jerawat yang bermastautin kat muka tu. The rest..pandai pandailah bubuh apa apa yang korang nak..

Tapi memang adventure saya touch up muka ni dalam kereta. Penuh dengan aksi aksi mendebarkan dan mengghairahkan. Yang paling tak seronok bila eyeliner terlukis sampai ke tudung..ish!

Bas si Tumpil dan Tam pukul 08:00 pagi. Sempat juga sarapan di restoran sebelah terminal bas. Saya naik flight pukul 12:00 tengahari. Bukan mengada tidak mahu naik bas tapi saya memang mabuk gila kalau jalan jauh. 6 jam beb, tak tahan aku. Flight saya tengahari tapi sengaja datang awal. Tujuan utama adalah supaya dapat dating dengan si Miki. He he he. Ramai ramai kami bersarapan nasi lemak dan soto. Miki pun ada jugak. Hari ni dia balik Maktab lepas seminggu cuti. Kesian dia bertolak awal dari Kota Belud semata mata nak jumpa saya. Hmm..tak apalah, masing masing nak jumpa kan.

Selesai sarapan, masing masing ikut haluan sendiri. Tumpil dan Tam naik bas, James dan encik Yusmee pergi Tamu Gadang UMS, saya dan Miki pergi Tanjung Aru. Dekat sikit dengan terminal 2. Bestnya dating depan laut. Yang spoilnya saya pulak tidur. Semalam tak cukup tidur, masa ni la saya bantai tidur cukup cukup. Kesian si Miki langut sorang sorang. Tepat jam 10:00 dia hantar saya pergi airport.

Sampai airport terus check in dan singgah makan KFC. Langsung takde selera. Miki yang ada depan mata pun langsung tak menarik perhatian saya. Saya lebih risaukan apa yang akan berlaku bila sampai di Sandakan nanti. Risau yang melampau sampaikan saya abaikan kekasih hati yang duduk kat sebelah. Dia terasa pun saya buat tak kisah saja. Jahatnya perempuan ni. Kami borak borak, saya risau pasal keadaan kat sana, Miki risau kalau saya cari lain. Ish, no way!

11:30 saya masuk balai berlepas dengan jiwa dan perasaan yang kosong. Saya terlalu risau hinggakan saya tak toleh belakang pun lepas masuk dalam tu. Saya tak perasan pun si Miki tu tengah harap harap saya toleh belakang dan lambai ke atau senyum ke atau bagi apa apa signal ke atau apa apa ntah kat dia. Saya cari seat yang paling hujung sebab malas nak bersesak. Air Asia kan..semua orang boleh terbang.

Tak lama, Miki call. Dia sebak sebab saya macam langsung tak pedulikan dia, langsung tak toleh belakang, langsung tak nangis macam selalu dan langsung tak buat apa apa. Dan saya tahu dia terasa hati sangat sangat. Oh..sorry chubie..

.. entah apa lah yang menanti saya di sana nanti ..