Wednesday 30 May 2012

Puteriku..

Assalamualaikum...

Syukur Alhamdulillah..

Saya selamat melahirkan seorang bayi perempuan seberat 3.26kg. 29 Mei 2012, 2.32 am. Normal. Oh syukur. Kuasa Allah swt. Di kala pilihan yang ada hanya pembedahan, di saat-saat akhir, kun-faya-kun kata Allah..semuanya berubah berlaku atas kehendakNya.

Muka sebiji macam kakak dia masa baby



Ya Allah, tidak sangka saya sekarang ada dua orang anak perempuan yang comel-comel. Demi Allah, bukan senang melahirkan zuriat ini, dan bukan mudah juga memelihara amanah Allah ini sebaiknya. Bertuah dan beruntung saya 'dipilih' untuk menjaga anak-anak ini. Syukur.

Pengalaman bersalin? Insyaallah kalau ada kudrat menulis nanti saya kongsikan. Bu\kan untuk tujuan riak atau apa, cuma berkongsi pengalaman dan rasa. Sekarang ini eksaited mau cerita pasal puteri kedua saya ni.

Kami beri dia nama Nur Raudhah Aqeela. Cuma berbeza nama di tengah dengan si Raihan. Yeaahh..jadi kakak sudah si Raihan.

Official



Mudah-mudahan nama yang diberi akan membawa rahmat kepada anak kami ini. Amin. Ya Allah...syukur!

-Love-
Umi 

Monday 28 May 2012

Segalanya Ketentuan Allah

Assalamualaikum...

Baru sekejap tadi doktor pakar datang check. So sweet betul doc itu hehe. Hmm...baby position still oblique lie. Jadi doc plan untuk buat c-sec. Saya redha kalau itulah jalannya untuk melahirkan bayi dalam kandungan saya ni. Set appointment, operation akan dilakukan besok pagi, 29 Mei 2012, tepat tarikh due. Saya cuma berharap semuanya baik-baik saja. Selalu saya cakap dengan husband, "yang penting baby selamat", dan tiap kali itu husband kasi betul ayat "yang penting mama dan baby selamat". Uuu...i'm touched.

Jadi begitulah. Terima keputusan untuk dibedah walaupun besar betul hati saya mau beranak normal. Saya telefon mama dan my sis bagitau pasal ni. Diorang pun redha. Tapi mama cakap, jangan putus asa. Masih ada usaha yang boleh dilakukan seupaya kedudukan bayi berada dalam keadaan yang betul supaya tidak perlu bedah.

My mom is my strength. Dia sudah melahirkan 16 orang anak yang hidup. Semuanya bersalin di rumah. Semuanya bersalin normal, termasuk sepasang kembar. Fuh! Jadi apa alasan kau untuk tidak jadi kuat macam mama kau? Itu satu penyucian hati dan minda untuk saya. Harus berfikiran positif dan sentiasa bertenang supaya tekanan darah tidak naik mendadak. Pada ketika ini, harus sedaya upaya mengelakkan perkara-perkara yang boleh menambahkan masalah. Tarik nafas...hembus...

Borang-borang pun sudah sign Mudah-mudahan semuanya berjalan lancar besok.

3.30pm - Dr Loly datang jumpa saya di bilik dan bagitau ini

Dr. Loly  : "Mama, operation kamu yang dijadualkan besok terpaksa postponed minggu depan."
Mama  : "Why..?"
Dr. Loly : "Ada MO yang emergency leave. Jadi tidak cukup MO. List untuk operate besok pun panjang, jadi nama kamu terpaksa kami keluarkan. Kita utamakan yang emergency case dulu. Tapi kalau kamu ada sakit bersalin, kasitau cepat-cepat"
Mama : "Em......ok." 

(-_-)!




Sunday 27 May 2012

Saat Mendebarkan

Assalamualaikum..

Fuh! Masih tiada perubahan. Baby masih dalam kedudukan begitu (oblique). Perasaan hanya Allah saja yang tau. Tinggal beberapa hari lagi mau sampai due date. Bergeloranya perasaan masa itu harus disembunyikan. Macam tiada apa-apa yang bakal berlaku. Harus begitu. Menjadi 'wanita gagah perkasa' yang memang perkasa. Doa dan syahadah tidak putus dalam hati. Mohon perlindungan dari Yang Maha Esa. Mudah-mudahan segalanya berjalan dengan lancar.

Saya minta dengan nurse yang bertugas supaya dapat tukar bilik untuk seorang. Harap-harap ada kosong sudah. Motif? Supaya anak dan husband dapat ikut tidur di hospital temankan ibu mengandung yang manja ni hikhik. Nasib ada bilik kosong, jadi bermulalah suami berangkut segala barang baju berkampung di bilik hospital. Barang-barang kau macam mau pindah rumah, bisik hati kecil jururawat itu (ini andaian saya saja, sebab dia balik-balik mau tingu barang kami yang penuh satu lemari, belum termasuk beg yang di luar lemari sebab tidak muat hehe). Makanan? Usah cerita. Sarapan, makan tengahari, makan malam, supply dari Restoran Dreamland (laki la rajin pi membeli). Makanan hospital ada juga, tapi tawar. Kehabisan garam kali ni dapur hospital. Nasib si Raihan yang kiut tu rajin tolong umi dia makan..tidalah membazir.


Setia menemani umi..

Besok doktor pakar akan check. Deliver normal atau c-sec. Aduyai anakku..tolong umi. Mudah-mudahan kelahiran kamu nanti mudah macam kakak kamu itu. Amin...

Ya Allah, Laahaulaawalaakuwwataillabillah...


Love
-umi raihan-

Friday 25 May 2012

Ya Allah, Tabahkan Hati Ini..

Assalamualaikum...

Kritikal. Masa menunggu hari begini bermacam-macam rasa menyerang. Ikut due, 29hb Mei baby dijangka lahir. Ikut pengalaman deliver Raihan sebelum ni, awal seminggu dari jangkaan. Ingatkan bila sudah ada pengalaman mengandung dan beranak sebelum ini, jiwa lebih kental. Tapi ini makin takut pula. Lagi-lagi bila saya tahu baby dalam perut belum 'engage' dalam kedudukan yang sepatutnya. Masih berpindah-pindah lagi kedudukan. Tolak sana, baby pi sana, tolak sini, baby pi sini. Doc suda cek 3, 4 hari untuk tengok lie chart baby. Bila jumpa doktor pakar, bagus ja baby pi gerak kedudukan yang betul. cancel terus mau operate sebab posisi baby masih boleh lahir normal. Subhanallah!

Semuanya kuasa Allah, sekarang ni kedudukan baby kembali lagi bergerak-gerak. Bertambah kerisauan, pagi tadi encik suami balik Kota Belud sebab ada urusan rasmi. Esok Insyaallah balik sini lagi untuk kasi kawan ibu mengandung ni. Si Raihan ikut sekali untuk ajar dia berjauhan dengan umi tercinta ni. Eh sebenarnya mau ajar saya berjauhan sama Raihan hehehe. Nanti kalau sudah bersalin, senang sikit sudah kalau berpisah. Baby dengan umi di Keningau, Raihan dengan papa di Kota Belud. Insyaallah semoga dipermudahkan segala perancangan.

Last scan dengan doc, baby macam besar aja saiznya. Anggaran 3.8kg. Mak aiii. Si Raihan lahir dulu pun baru 3.35kg. Bertambah-tambah lagi ketakutan ni.

Satu saja yang boleh buat hati tenang sikit. Percaya qada' dan qadar Allah. Rezeki, ajal dan maut semuanya di tangan Allah....



-love-
umi raihan


Saturday 19 May 2012

Pitam

Assalamualaikum…

Doc datang jumpa pagi ni selepas sarapan. Dia belek-belek kertas yang ada di depan katil. Nurse di sebelah explain entah apa-apa yang diorang cakap tu. Seorang lagi nurse pasang bikin cek jantung baby di perut.

Doc : Mama apa kabar? ada rasa contraction?
Mama : Tiada rasa apa-apa. Cuma baby aktif-aktif menari. (Macam mau tempiling muka sendiri lepas cakap begini)
Doc : Hahahahahaha….ok ok.. Hmmm…Kalau sudah ada tanda bersalin, tapi masih oblique lie, operate la mama.
Mama : Haaa..operate..?

Hitam sekejap penglihatan. Eh bukan pitam atau pengsan. Saya yang tutup mata. Membayangkan kena operate tu. Gigil-gigil terus badan.

Ketawa la pula tu doktor tengok gaya otomatik saya tu. Cis.

Ya Allah..permudahkan urusanku...

Friday 18 May 2012

Bosan

Assalamualaikum..

Banyak update memang tiada gambar! Mood lari habis. Baru siap kena scan (my god doc lelaki). Kenapalah ada doc lelaki dalam wad bersalin ni. Kenapa juga doc o&g ni tidak boleh semua perempuan. Malu jangan ceritalah. Curi-curi saya tengok nametag doc tu. Uik muda beberapa tahun dari saya tapi suda gred UD48. Minta puji betul tu gaya, becakap sikit punya kasar. Tiada hospitality betul! Tercari-cari juga Dr Amelia yang baik hati treat saya masa deliver Raihan dulu tapi rupanya dia sudah transfer ke hospital lain. Doc yang ada (except specialist doc) macam ganas-ganas semuanya (based on my own experience tau). Bikin panas. Yang sedia sakit, betambah la kesakitannya bila dapat layanan serupa ini macam. Most of them becakap kasar dengan pesakit. Tidak dapat servis mangkali semalam. (-_-!)

Jadi saya dimasukkan ke dalam wad untuk buat lie chart baby. Doktor tu cakap lah, saya copy paste ja. Tujuannya untuk cek pergerakan baby adakah kepalanya masih gerak-gerak ke kiri dan ke kanan, atau ke kiriiiiiii ja (maksudnya banyak ke kiri) atau ke kanannnnn ja. Tanda-tanda bersalin masih belum kelihatan dan agak bosan disini bila suami dan anak tidak dapat ikut serta menjaga ibu mengandung yang manja ni. 

Tiba-tiba teringat pula dengan sekolah, tidak lama lagi Hari Guru. Harap-harap beberapa orang rakan guru yang saya minta tolong periksa kertas soalan tidak terbeban dengan kerja-kerja itu. Hanya Allah yang dapat membalas jasa-jasa kalian. TQ Cikgu Sisom, Cikgu Lyn, Cikgu Ayu dan semua guru juga yang terpaksa mengganti kelas saya sepanjang ketiadaan saya itu. :(((

Bosan sungguh di sini. Hai la baby…baik-baik di dalam ya. Permudahkan urusan umi lahirkan engkau bila tiba masanya. Amin..

Tuesday 15 May 2012

Keberangkatan mak buyong balik kampung

Assalamualaikum…

Tadaa…saya online dalam bilik di kampung tercinta, di Keningaulah hikhik. Syukur Alhamdulillah selamat sampai dan syukur juga tidak terberanak dalam kereta. Syukur, syukur.

Memandangkan ibu mengandung yang manja ni tidak mahu bersalin di Hospital Kota Belud, Doc yang cantik di KKIA tu terpaksa buat kerja lebih sikit dengan menulis-nulis (abaikan kesalahan nahu) report/ case note untuk dibawa oleh ibu mengandung ini ke hospital yang ingin beliau lahirkan anaknya. Adoi penjelasan apakah??

Of course, Doc yang cantik tu suda jelaskan apa sahaja bentuk risiko yang harus ditanggung sekiranya berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini sepanjang perjalanan ke hospital (read: Hosp. Keningau) di atas kedegilan ibu mengandung itu. Dalam hati, Ya Allah…janganlah ada berlaku apa-apa ke atas diriku sehingga aku selamat sampai ke destinasi.

Alhamdulillah, sudah baring-baring sambil update blog ni, maksudnya selamat sampai rumah dan belum bersalin. Esok akan ke hospital untuk serahkan segala surat menyurat yang di bawa dari Kota Belud.

Ya Allah, Ya Rahman..permudahkanlah segala urusanku. Hanya kepadaMu aku berserah ..

Oh baby

Assalamualaikum..

Berkunjung ke hospital hari ini dengan hati yang berdebar-debar. Semoga segala urusan hari ini berjalan dengan lancar. Selepas daftar, terus dirujuk kepada bahagian O&G. Memang di sinilah tempat pemeriksaan dan rawatan kalau mengandung. 

Sebab datang awal, jadi dapat no. giliran awal. Makin berdebar la pula. Actually selain daripada masalah 'oblique lie' ni, masalah lain yang saya alami ialah anemia dan fibroid dalam rahim. Alhamdulillah, makin baby besar, fibroid makin mengecil dan hilang. Cuma anemia tu masih ada, no wonder cos most of my sibling were thalassemia carrier. 

Jumpa doc - scan, godek godek perut, scan lagi, godek godek perut. 

Doc : Mama..itu baby masih pusing-pusing..
Mama : Ooo…
Doc : Yaaa…still oblique lie. So..ini macam ya..kita kasi admit ward mau buat itu lie chart..
Mama : Bila admit?
Doc : Hari ini la.
Mama : Eh..besok boleh ka, nanti saya datang balik.
Doc : Ya boleh..bla bla bla...


Itu doc tulis-tulis repot atas kertas sikit punya banyak. Tapi saya tengok macam garisan lurus saja. Memang betul cakar ayam. Ayam pun mungkin tidak sampai hati tengok tu tulisan. Sudah siap tulis, doc bagi kertas tu sama nurse yang assist dia. Nurse tu angguk-angguk faham sambil mereka pun bercakap-cakap dengan medical-term yang satu pun saya tidak tau apakah bendanya. Saya faham dorang sebut oblique lie dan lie chart sebab term ni memang selalu sudah saya dengar. Terasa kagum pula dengan nurse ni boleh paham tulisan garis-garis tu hikhik.

Keluar dari bilik rawatan, terasa nyawaku dihujung tanduk. Aduhh…sekali lagi perlu hadapi benda yang sama time mengandung Raihan dulu. Keluar dengan muka muram, mesti buat hati suami gelisah. Raihan yang ikut juga masa tu riang gembira berlari hujung ke hujung bangunan. Nampak muka anak, hilang segala kerisauan. Terus bawa hasben makan nasi goreng di Dreamland. Lapar! 

Jumpa nanti.


Friday 11 May 2012

Selamat Hari Ibu..





Assalamualaikum...




Hjh Martina Maran

Di waktu ibu sedang tidur ... tatap wajahnya itu 5 minit saja, kamu akan tau bagaimana rasanya nanti bila wajah itu sudah tak ada di situ - Ust Mohd Zawawi Yusoh.


Tidak dapat saya bayangkan itu buat masa ini..

Ya Allah Ya Tuhanku, peliharalah ibuku dari segala mala petaka,
Kau panjangkanlah umurnya,
Kau ampunkanlah segala dosa-dosanya,
Kau limpahkanlah rezeki kepadanya,
Kau rahmatilah hidupnya,
Sesungguhnya Engkau Maha Pemurah lagi Maha Penyayang....

Selamat Hari Ibu, mama..


-love-
umi raihan

Wednesday 9 May 2012

Mama....Mahu Bersalin Di Mana?

Assalamualaikum...

Malang sungguh siapa yang buat appointment dengan doktor hari ini. Patient yang datang sebelah pagi, terpaksa datang balik sebelah petang. Jadi saya yang datang jumpa doktor sebelah petang, terpaksa waiting list berdoa mudah-mudahan sempat jumpa doktor. Diam-diam saya mengira patient yang mau jumpa doc, ramai juga ni. Aiyaaaa..harap lah tidak termasuk dalam golongan yang double malang. Sudahlah menunggu berjam-jam, hujung-hujung kena suruh datang balik besok. Janganlah..please..

Okey saya menunggu hampir 3 jam barulah kena panggil. Serius pinggang saya mau patah, bontot mau tebakar, semualah bah sakit. Gara-gara duduk telampau lama di samping kerusinya sangat empuk (kerusi kayu jaman jipun). Terhenjut-henjut masuk bilik doktor. Cerita 1 minit, baring untuk scan kurang 5 minit. Cerita lagi banyak sikit dari tadi hasil keputusan ultrasound. Kedudukan baby oblique lie. Entah betul ka tidak tu istilahnya. Doc perempuan muda itu saya nampak sibuk call doc pakar sana, doc pakar sini. Mau tanya apa delivery plan untuk saya. Ish baru lagi kali ni doc. Hujung-hujung semua doktor yang dia telepon tu suruh dia pikir sendiri apa mau buat. Ha-ha-ha. Ok tidak lucuh lah.

So keputusannya, 

"Mama...sekarang ini, plan saya untuk kamu ialah buat c-sec kalau baby tidak pusing lagi minggu depan"
"Haaa.....??"
"Mama, mau bersalin di mana? Hospital KB atau Likas?"
"Saya mau bersalin di Hospital Keningau"

teetttttttttt....

Pilihan jawapan tiada dalam senarai.

Tapi itu doktor baik, dia yakin ja sama saya la tu kunun. Jadi dia buat surat rujukan untuk Hospital Keningau. Jadi hari sabtu ni saya balik kampung (yahooo!!!). Tapi bila terkenangkan plan doc tu..Ya Allah..kusss semangat.

Tunggu mau tiga jam, satukali jumpa doktor baru 5-6 minit. Klinik kerajaan...

Apapun, mudah-mudahan semuanya selamat saja. Si Raihan dulu pun macam ni juga rasanya. Ruang perut besar jadi baby ada space yang cukup untuk shuffle. Tapi at the time, normal juga delivered sumandak sulung saya tu. 

Ya Allah, selamatkan hambamu ini...

Monday 7 May 2012

Counting days..

Assalamualaikum...

Tik tok tik tok..Im officially entering my 37weeks pregnancy. Few more weeks to go (kalau tidak teberanak awal lah). Excited mau deliver 2nd baby. Whoa! Biar betul kau ni. Got little bit nervous (gila ka, pertarungan hidup dan mati bah ni). Mudah-mudahan segala-galanya dipermudahkan Allah SWT. 

This coming Wednesday, mau jumpa doctor lagi buat ultrasound. Just to make sure the baby's lie. Stable or unstable. Lebih kurang macam kes si Raihan dulu. Sudah term pun masih lagi berpusing-pusing tidak mau masuk lorong yang betul he-he-he. Mudah-mudahan my little baby in my womb selamat dilahirkan dengan sempurna. Amin..

Last week when the doctor said, if the baby position is still breech or unstable lie, the plan is to do c-sec. Gugur lutut mendengarnya oohhhooii. Selagi boleh, saya tidak mau buat itu ooh. Selagi boleh lah. Tapi kalau tiada sudah jalan lain, buatlah apa saja doc, asalkan baby saya selamat dilahirkan di dunia ini. Itu yang paling penting.

Got this pic from facebook. Subhanallah.. besarnya pengorbanan seorang ibu.. 


When I told my mom about this, she remind me to keep pray and dua', mudah-mudahan semuanya baik-baik saja. Insyaallah, kita berikhtiar selagi boleh. Oh, Im plan to give birth in my hometown (Keningau la mana lagi). Harap-harap sempat lah. Sekarang ini pun tengah busy menggila buat kertas soalan, pentaksiran, isi markah online, update data murid online, mana lagi Facebook...aduyai. Bijak IT la nanti anak saya ni(^__^)!

Everyone..please pray for me. Mudah-mudahan urusan melahirkan anak ini berjalan lancar dan mendapat redha Allah. Maafkan saya sekiranya ada sebarang kesalahan/ kekurangan saya yang tersengaja atau tidak. Mohon halalkan makan dan minum saya. Kalau ada hutang piutang yang belum selesai, sila berhubung dengan saya ataupun dengan waris saya (my lovely husband). My darling, Love u so much! He-he-he..

To my lovely mommy, Hajjah Martina and my MIL Hajjah Zaleha, 'Happy mother's day'. Love you both much!


-Sign out-

Umi Raihan..


Friday 4 May 2012

Bangau Oh! Bangau

Assalamualaikum..

Bangau oh bangau
kenapa engkau kurus
macam mana aku tak kurus
ikan tak mahu timbul

Ikan oh ikan
kenapa tak mahu timbul 
macam mana aku nak timbul
rumput panjang sangat

Rumput oh rumput
kenapa panjang sangat
macam mana aku tak panjang
kerbau tak makan aku

Kerbau oh kerbau
kenapa tak makan rumput
macam mana aku nak makan
perut aku sakit

Perut oh perut
kenapa engkau sakit
macam mana aku tak sakit
makan nasi mentah

Nasi oh nasi
kenapa engkau mentah
macam mana aku tak mentah
kayu api basah

Kayu oh kayu
kenapa engkau basah
macam mana aku tak basah
hujan timpa aku

Hujan oh hujan
kenapa timpa kayu
macam mana aku tak timpa
katak panggil aku

Katak oh katak
kenapa panggil hujan
macam mana aku tak panggil
ular nak makan aku

Ular oh ular
kenapa nak makan katak
macam mana aku tak makan
MEMANG MAKANAN AKU!


Merudum semangat dua tiga hari ni bila kau kena hadap benda remeh-temeh yang akhirnya menyusahkan diri sendiri. Cukup-cukuplah menyalahkah pihak-pihak lain kalau diri sendiri pun tidak buat kerja dengan betul (peringatan untuk diri sendiri!). 




Tiba-tiba teringat kata-kata seorang Trainer yang sangat saya kagumi
"if you can't fit the system, suit it. If you can't suit the system, leave it".

Kerjaya sebagai guru sekarang ni sungguh BEYOND THE LIMIT. Terutamanya sekarang ni, apa saja data perlu dilaporkan secara online. Sikit-sikit mau online. Untuk kekal berjaya dalam kerjaya ini, tolonglah buat sesuatu untuk membantu diri sendiri. Jangan terlalu mengharapkan orang lain dan pada masa yang sama menyalahkan pihak lain dan pada masa yang sama juga diri sendiri tidak berbuat apa-apa untuk menyelesaikan masalah yang kian membukit. Fuh! Kalau pencen seribu tahun lagi, takkan seribu tahun lagi harus bergantung kepada orang lain? Kan..?

Maafkan andai kau terasa...


 

Wednesday 2 May 2012

Wordless Wednesday

Nur Raihan Aqeela
2 Tahun 2 Bulan 



Di playground hospital kasi kawan Umi cek BSP


Dengan panda kesayangan Meetoo

This is my territory. Kalau sudah masuk, kompom 3, 4 jam baru keluar (itu pun sebab kolam kena buang angin)


This face really look alike her cousin Dania



Sekarang ini, sudah boleh membaca doa makan dengan lancar. Sedang menghafal surah Al-Fatihah, ayat 1-4. InshaAllah dipermudahkan semuanya...AMIN