Thursday 30 August 2007

TOT Sandakan - Hari 5

Kerja dari jam 7 pagi sampai 12 tengah malam memang menyeksakan saya. Selalu tidak cukup tidur. Dulu dalam kem selalu juga tidur lewat tapi saya cover tidur petang. Hari hari saya ni dok angguk angguk dalam training room. Dah banyak kali juga kena denda 50 sen sebab tidur kat belakang semasa training berjalan. Bikin malu saja anak ini. Few of us ada juga yang sleepy gila babi macam saya ni.

Tadi buddy saya minta urut kat belakang. Dia kata dia ngantuk gila. Saya urut jugaklah tapi sekejap saja. Ada dua tiga orang juga Fasi yang pernah merasai urutan saya sepanjang training ni. Most of them kena urutan cap pen. Mati lah kalau Miki tahu.

Miki dah mula merungut dan merajuk sebab saya jarang reply SMS dan call dia. Im so busy here. Banyak kali saya jelaskan kepada dia tapi dia tak mahu faham faham atau buat buat tak faham. Geramnya. Bukannya saja saja nak buat macam ni tapi memang dah macam tu. Handphone switch off tau, bukan silent. Then simpan dalam satu box security. Bila perlu boleh ambil. Biasanya saya hanya call Miki bila dah habis semua kerja. Antara jam 11:30 malam hingga jam 1 pagi. Dan miki tak angkat sebab masa ni dia dah tidur.

I’m feeling bad juga bila ingatkan benda ni. Dahlah Miki demam time ni. Mesti dia anggap saya tak care dengan dia. Ada satu SMS dia yang telah membuatkan hati saya tersentuh. Dia mesej yang dia nak berhenti merokok bulan puasa ni. Time baca mesej ni saya rasa happy. Malangnya saya tak bagitahu dia even tak reply pun SMS dia.

Something happened tadi. So embarrassed. I just cried, cried and cried. Am I too ‘lembik’ to handle my own responsibilities?

…the rest is history…

Wednesday 29 August 2007

TOT Sandakan – Hari 4

Hari ini sangat tough. Macam macam hal kena standby. Saya tak boleh leka even 1 second. Setiap hari saya declare saya on duty dari pukul 7 pagi sehinggalah pukul 12 tengah malam. Biasanya memang begitu pun schedule everyday. Rehat hanya untuk makan dan solat. The rest of time; focus on the training.

1st day training, everything mess up. Tunggang terbalik orang yang bekerja di belakang tabir (read: kami berempat yang baru ni ler). Berpeluh peluh ketiak saya bila trainer cakap, “I am scared kat depan bila tengok korang kat belakang tak ready. What happen to my chart? I can’t see the label. Doors and music person are not synchronized. Please, be prepared all the time. Guys, I really need your support. That’s why you are here.. bla bla bla bla…..”

Aduh, begini rupanya kerja belakang tabir. Ikutkan hati lama dah saya balik kampung. Semut, sabar kau. Be a tough Semut.

Dah habis sesi bersama trainer, quick hurdles pula dengan the great coach. Satu pesanan dia yang paling saya ingat sampai sekarang adalah,

“Don’t drop the ball!”


Yes, I won’t.

Tuesday 28 August 2007

TOT Sandakan - Hari 3

Wah, hari ni lagi mendebarkan berbanding semalam. Terngiang ngiang di telinga ni pesanan kapten semalam berkaitan dengan flow hari ini. Hmm...hari ini bakal peserta TOT lapor diri. Hari ini juga adalah first impression mereka terhadap character building ni.

Selepas mereka lapor diri, mereka akan dikumpulkan seramai 8 hingga 10 orang untuk temuduga berkumpulan. Sekiranya lulus, barulah mereka layak untuk mengikuti sepuluh hari Training of Trainers Modul Pembinaan Karakter. Ha, jangan ingat senang saja nak jadi jurulatih ni.

Saya ditugaskan jadi writer di bilik temuduga 1. Adalah 4, 5 batang pen saya bawak. Takut sangat kalau tengah tengah menulis tu pen buat hal. Tak cukup 4, 5 batang pen, saya bawak juga 3 batang pensil. Hmm...analyzer!

Pendaftaran start jam 10:30 pagi. Sekarang ni baru jam sepuluh. Sementara menunggu tu, saya main teka tekuk dengan Ash. Dia jadi timekeeper untuk bilik 1. Awal awal tu, soalan dia bolehlah dikatakan logik dan 'bersih'. Lama kelamaan, bila yang 'bersih' tu semua dah habis disoal, dan peserta belum sampai sampai lagi maka saya pun membenarkan Ash untuk meriwayatkan teka tekuk yang 'kurang bersih'. Ha ha ha. Anak semut dah naik daun. And we have fun together. Ketawa ketawa sambil ketuk ketuk kerusi meja. Melor a.k.a captain ikut gelak gelak jugak. Oh! kita orang dah tutup pintu tau. Please don't try this at home.

Tengah bergelak ketawaan Iqmal datang dan suruh get ready sebab peserta dah sampai dan dah ready untuk interview. Dua orang lagi korum bilik ni, Sher dan Worke pun dah sampai.

Interviewer dah ready, candidates dah ada, and..the show begin..

Tup tap, tup tap, tup tap. Sesi temuduga untuk kumpulan ni dah selesai pun. Berpeluh jugaklah saya menyalin jawapan jawapan mereka tu. Hm.. bestnya kan jadi interviewer ni. Boleh tanya macam macam soalan. Entah apa apa saja yang saya soal soal tadi tu. Hik hik hik. Agaknya semua peserta tu tengak dok kutuk kutuk saya dalam hati. Saya membayangkan kalaulah saya yang kena interview macam ni, mesti kecut perut juga ni.

Apapun, syabas! syabas! syabas! untuk semua peserta sebab lulus interview kumpulan ini. Malam ni, ada taklimat dengan JLKN. Makin kuat jantungku ini berdebar. Dup! dup! dup! Korang dengar tak..?

Monday 27 August 2007

TOT Sandakan - Hari 2

Hari ni macam hari semalam sentiasa mendebar debarkan. Duh...semalam dahlah balik jam 11:30 malam. Entah apa apa je yang saya buat semalam tu. Malu nak cerita, teruknya!

Jadual hari ni, jam 09:15 pagi kami ada perjumpaan dengan Komandan Kem. Pakaian, formal. Jadi sementara menunggu detik tu, masing masing siapkan kerja mengikut jawatan masing masing. Untuk training ni saya yang handle supplies. Mati aku! Nasib la Ah Joe banyak bantu. Dia juga yang transfer technology kepada saya sebab dia yang pack barang dari KMB. Dia bagi saya 3 mukasurat penuh list barang barang untuk kegunaan latihan. Saya macam dungu saja tengok kertas tu.

Apa saya nak buat ni?

Saya masih belek belek kertas tu sambil gigit gigit pen. Saya pandang Ah Joe, dia pandang saya. Dia angkat kening, saya geleng kepala. Dia buddy saya untuk training ni.



"What?"

"I don't know how to do."

"My god, you check barang barang yang dah sampai, kira then mark kat kertas tu."

"Kau tolong aku?"

"Ye..aku boleh tolong. Tapi you're supplier here. You yang kena check benda ni satu satu. Boleh semut...?"

"Ya..tapi..."

"I know you're analyzer. But don't analyze too much. For you, do first, fikir kemudian."


Hah?



"Kena kira satu satu ke..?"

"iyeeeeeeeeeeee"

"Klip kertas ni pun..?"


Dia dah start senyum sembilan. Geram le tu.

Sunday 26 August 2007

TOT Sandakan - Hari 1, Part 2

Suasana masih lagi sunyi sepi. Tak lama lepas tu Tumpil dan Tam datang, lenggang kangkung jugak. Then, suasana jadi sepi semula. Saya tertanya tanya, eh kenapa tak start start lagi? Siapa lagi yang belum sampai? Berapa orang sebenarnya dalam team ni..? Kepala akak dah nak pecah fikirkan pasal ini saja. Tiba tiba Melor bersuara..

"guys, ada seorang lagi yang tak sampai. Kita hanya akan makan bila semua orang dah ada di sini.."

Berdebar debar jantung saya ni. Culture shock. Panik akak beb, panik! Tak lama lepas tu, barulah kelihatan kelibat seorang lagi yang ditunggu tunggu. Owh, saya kenal dia ni, rupanya Ah Joe. Ish, bikin suspen saja. Ada 9 orang semuanya. Semua saya dah kenal kecuali ada seorang lelaki ni, muka pun budak budak lagi. Melor pandang muka kami sorang sorang. Jeng, jeng, jeng...

"Guys, dinner jam berapa..?"

"7 o'clock.."

Suara Iqmal paling kuat menjawab. Saya jawab 7 malam, tapi suara tersangkut di kerongkong.

"what is time now..?"

Masing masing tengok jam termasuk saya. 07:05 malam. Tadi saya datang jam 07:01 malam.

"What's not working here guys?"

"No teamwork"

"Miss communication"

Saya diam saja, tak tahu mahu cakap apa. Otak saya ni masih lagi di peringkat menganalisa apa sebenarnya yang sedang berlaku.

"When I said seven o'clock, it's mean seven. Not seven 30 seconds or seven O five or what so ever. It's mean SEVEN.."

Semua diam.

"Ok, I am your captain for this training. Maybe some of your terkejut sebab saya rahsiakan benda ni dari KL sehinggalah pada waktu ini. What I need from your guys is, saya taknak ada 2 kumpulan dalam team ini either KMB or JLKN. We are one team. Cool?"

"Cool...!!!"

"Before we go for dinner, do you think our team is in excellent?

"No....!!!!"

"Alright, I don't wanna see any jeans, round neck t-shirt and sandals"

Semua diam. Saya tengok kaki saya, pakai sandal saja. Awal awal lagi saya dah kena. Kerisauan yang saya bayangkan sebelum datang sini memang benar benar berlaku malam ni. Cara kerja mereka benar benar membuatkan saya tertekan.

"Ok Semut, how many minutes do you need to change your sandals?"

"Saya tiada kasut yang bertutup, kasut sukan boleh..?

"Sports shoe is ok for tonight. Tomorrow I don't want to see sports shoe. Either you buy or borrow, it's up to you. Do whatever it's takes. So how many minutes you need?"

"3 minit"

"Ok, three minutes. Your three minutes starts now!"


Saya betul betul rasa nak balik.
TOT Sandakan - Hari 1 , Part 1

Sejak tiba tengahari tadi senggugut makin mengada ngada, jadi saya tidur saja. Guling badan sana sini. Sambil tu saya dok kira berapa buah katil yang ada di dalam dorm ni. Hmm..satu, dua, ........30 bijik semuanya. Satu satu katil tu saya pi baring. Saja nak cari keserasian la kononnya. Last last katil yang mula mula saya duduk tu yang menjadi pilihan. Tidurlah sang semut sorang sorang di bilik yang beso dan panjang ni.

Tengah tengah tidur tu, sempat juga SMS dan calling calling dengan Miki. Baru ni saya rasa terlalu rindukan dia. Menyesal pula tidak layan dia masa di KK tadi. Borak borak kejap dan saya sambung tidur balik.

Tiba tiba saya terdengar bunyi derap kaki dan suara suara orang bercakap. Tengok jam, 03:30 petang. Owh, mungkin wakil wakil dari KMB. Saya pura pura tidur dan curi curi buka mata. Sorang sorang masuk, ada 4 orang semuanya. Oh, Kak Nita, Melor dan Agnes. Sorang lagi saya tak kenal. Kak Nita kejutkan saya dari tidur, dan...saya kan pelakon handalan..

"Oh, kak nita rupanya. Dah lama sampai?.. "
"Baru je, kitorang nak keluar bandar. Jomlah!"
"Oh, takpa kak, saya sakit perut ni. Nak pesan barang boleh?"
"Ya, sure..."

Ha ha ha.. handal tak akak? Lepas diorang keluar bilik, saya menidurkan diri semula dengan riang ria. Tutup mata, buka mata, tutup lagi, buka lagi. Tutup buka tutup buka.. sah dah tak boleh tidur. Terus bangkit dan mandi. Sebelum diorang keluar tadi, Melor sempat berikan saya list nombor telefon kumpulan kami, mana tahu ada emergency dia kata.

Jam 05:00 petang, kawan telefon beritahu dia dah sampai. Dia suruh saya jemput dia di balai pengawal pula. Aduh..dahlah saya ni tengah seksi gila, perut pun pening pening lagi, tak larat saya nak keluar. Saya main suruh saja dia redah, jalan terus, belok kanan, jalan terus lagi then belok kanan lagi, jalan depan lagi lepas tu jumpalah bilik ni. Kesian dia, setengah jam kemudian baru dia sampai bilik. Itu pun dengan bantuan Operator Kem. Kami borak borak kejap sebelum dia pergi mandi. Saya pula susun susun barang masuk almari.

Tengah syok lipat lipat baju, saya dapat SMS dari Melor..

Team, makan malam jam 7. Dress code smart casual. No jeans, no slipper

Cepat cepat saya bagitahu B (nama kawan saya ni) pasal SMS Melor. Time ni perasaan saya dah bercampur baur. Takut dan risau tak tentu pasal. B pun macam tu juga. Saya tengok jam, 06:15 petang. Sambil bersiap, saya berSMS dengan Miki. Rindunya saya dengan dia ni. Dah siap semua, baru saya perasan saya tak bawa kasut bertutup. Saya cek balik, ada sandal, sport shoe dan selipar saja. Aduh, matilah saya. Saya beranikan diri pakai sandal saja. Berlenggang kangkung saya dan B pergi ke dewan makan.

Dah sampai dewan makan, saya nampak Melor, Agnes dan beberapa orang lagi dari KMB tengah berkumpul kat luar bilik makan jurulatih. Saya dan B selamba saja masuk dalam bilik tu dan tiba tiba Melor panggil.

"kita takkan masuk dalam tu sehingga semua orang dah ada di sini"

Saya pandang B, B pandang saya dan kami keluar dari tempat tu dan join mereka. Saya kira orang dalam kumpulan tu, ada 6 orang termasuk saya dan B. Bayang Tumpil dan Tam Takde lagi. Berapa orang dalam team ni? Sapa lagi yang tak sampai selain budak dua eko tu..? Suasana senyap saja, semua orang kecuali Melor pandang lantai. Saya pun ikut ikut pandang lantai. Makin bingung otak saya ni, apa yang berlaku sebenarnya?
Welcome to Sandakan

Hari ni saya akan bertolak ke Kem Bagai Budi Resort, Sandakan untuk memulakan satu tugasan baru yang amat mencabar. Semalam janji dengan Tumpil dan James, bertolak jam 05:00 pagi, dan saya telah bangun pada jam 04:50 pagi. Cinabeng tul lah! Macam lipas kudung saya ke sana ke mari. Mandi pun ala ala je. Barang barang yang tak sempat pack, saya main sumbat sumbat saja. Belum sempat make up, si Tumpil telefon bagitahu diorang dah tunggu kat parking. Tambah panik saya ni. Trusss jadi superman.., sekelip mata dah ada kat dalam kereta. Ingatkan kami bertiga saja, rupanya ada encik Yusmee tengah tido kat seat belakang.

Sepanjang perjalanan saya tidur saja supaya tak mabuk. Sedar sedar dah sampai bandar. Saya tengok muka kat cermin, aduh sedeynya. Sudahlah muka baru bangun, berminyak + berkilat + huduh lagi tu. Tanpa membuang masa, cik andam pun keluarkan semua tukul paku gergaji segala untuk membuat renovation.

Siapa yang nak ikut kelas kecantikan akak ni, ambik pen cepat sikit..

Pertama sekali, segarkan muka dahulu dengan toner. Buat lembut lembut tau. Lepas tu, bubuh foundation kat muka tu. Sapu rata rata tau. Jangan lupa bubuh concealer kat bawah mata and kat parut parut jerawat yang bermastautin kat muka tu. The rest..pandai pandailah bubuh apa apa yang korang nak..

Tapi memang adventure saya touch up muka ni dalam kereta. Penuh dengan aksi aksi mendebarkan dan mengghairahkan. Yang paling tak seronok bila eyeliner terlukis sampai ke tudung..ish!

Bas si Tumpil dan Tam pukul 08:00 pagi. Sempat juga sarapan di restoran sebelah terminal bas. Saya naik flight pukul 12:00 tengahari. Bukan mengada tidak mahu naik bas tapi saya memang mabuk gila kalau jalan jauh. 6 jam beb, tak tahan aku. Flight saya tengahari tapi sengaja datang awal. Tujuan utama adalah supaya dapat dating dengan si Miki. He he he. Ramai ramai kami bersarapan nasi lemak dan soto. Miki pun ada jugak. Hari ni dia balik Maktab lepas seminggu cuti. Kesian dia bertolak awal dari Kota Belud semata mata nak jumpa saya. Hmm..tak apalah, masing masing nak jumpa kan.

Selesai sarapan, masing masing ikut haluan sendiri. Tumpil dan Tam naik bas, James dan encik Yusmee pergi Tamu Gadang UMS, saya dan Miki pergi Tanjung Aru. Dekat sikit dengan terminal 2. Bestnya dating depan laut. Yang spoilnya saya pulak tidur. Semalam tak cukup tidur, masa ni la saya bantai tidur cukup cukup. Kesian si Miki langut sorang sorang. Tepat jam 10:00 dia hantar saya pergi airport.

Sampai airport terus check in dan singgah makan KFC. Langsung takde selera. Miki yang ada depan mata pun langsung tak menarik perhatian saya. Saya lebih risaukan apa yang akan berlaku bila sampai di Sandakan nanti. Risau yang melampau sampaikan saya abaikan kekasih hati yang duduk kat sebelah. Dia terasa pun saya buat tak kisah saja. Jahatnya perempuan ni. Kami borak borak, saya risau pasal keadaan kat sana, Miki risau kalau saya cari lain. Ish, no way!

11:30 saya masuk balai berlepas dengan jiwa dan perasaan yang kosong. Saya terlalu risau hinggakan saya tak toleh belakang pun lepas masuk dalam tu. Saya tak perasan pun si Miki tu tengah harap harap saya toleh belakang dan lambai ke atau senyum ke atau bagi apa apa signal ke atau apa apa ntah kat dia. Saya cari seat yang paling hujung sebab malas nak bersesak. Air Asia kan..semua orang boleh terbang.

Tak lama, Miki call. Dia sebak sebab saya macam langsung tak pedulikan dia, langsung tak toleh belakang, langsung tak nangis macam selalu dan langsung tak buat apa apa. Dan saya tahu dia terasa hati sangat sangat. Oh..sorry chubie..

.. entah apa lah yang menanti saya di sana nanti ..

Thursday 23 August 2007

Training of Trainers

Pagi tadi tengah tengah membusykan diri menjemur kain baju, kerani kat opis SMS bagitau yang i'm selected jadi fasilitator untuk latih bakal jurulatih, lapor diri 26 Ogos. Dia tanya nak pergi ke tak sebab JLKN nak jawapan ASAP. Fikir fikir..quite interesting, so saya setuju saja.

Siap menjemur kain, saya pergi pejabat urusetia tengok fax dari JLKN. Kali ni TOT ada dua tempat, satu kat Kem PLKN Bagai Budi Resort, Sandakan dan satu lagi kat Kem PLKN KK Di Bawah Bayu, Tuaran. I found out nama saya kat Sandakan. My team Tumpil, B, Tam, dan dua lagi rakan jurulatih dari Sarawak, Fay and my buddy Worke.

Terasa melayang layang diriku ini ditiup sang bayu sepoi sepoi bahasa. Masih lagi dalam khayalan 'betul ke aku?'..

Wednesday 22 August 2007

Temuduga KPLI



Syukur Alhamdulillah. Setelah 4 tahun memohon, inilah saat yang saya tunggu tunggu. Ya, saat di mana saya di panggil temuduga KPLI. Walaupun di atas tiket RAYUAN, namun saya tidak akan membenarkan diri ini mensia siakan peluang yang cuma datang sekali seumur hidup ni. Saya minta tolong kakak check result ni untuk saya. Time dia telefon balik tu saya baru lepas solat isyak dan tengah bertelefon dengan si Miki. Dengar saja ayat pertama dari mulut kakak..

"24 September....."

Kakak belum habis cakap saya sudah melompat lompat sambil menjerit jerit. Hepinya. Ya Allah, syukran! Si Miki yang di telefon satu lagi banyak kali wish tahniah. Susah nak gambarkan perasaan saya pada masa ini. Tersangat sangat gembira dan tiba tiba saya jadi sangat bersemangat. Dan saya tahu apa yang perlu saya lakukan selepas ini. InsyaAllah, nazar saya kalau dapat temuduga ini, saya akan puasa sunat sehari. Esok hari Khamis, elok sangat tu.

Miki selalu cakap dengan saya, rezeki Allah itu dekat sangat dengan kita. Cuma perlu minta dengan Allah dan usaha sungguh sungguh..

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..

Tuesday 21 August 2007

Malaysiaku Gemilang



Saya nak tanya satu soalan. Apa erti MERDEKA bagi anda?.. Kalau saya tanya budak budak darjah satu diorang jawab "tak tau". Tapi tak semua jawab "tak tau". Kalau budak sekolah rendah yang bijak sikit diorang akan jawab "bebas dari penjajah". Kemudian kalau tanya budak sekolah tingkatan 1 hingga tingkatan 5, jawapan yang saya dapat "bebas dari penjajahan minda dan fizikal". Hmm.. budak budak U mesti ada jawapan yang lebih hebat. Saya percaya, atuk atuk nenek nenek dan moyang moyang kita lebih faham dan jelas apa itu Merdeka yang sebenar benarnya.

Kalaulah tidak ada orang yang menyoal atau bertanya kepada anda "apa erti merdeka bagi anda?", adakah anda akan berfikir apakah erti kemerdekaan itu? Saya yakin dan percaya berjuta daripada berjuta juta penduduk di Malaysia ini langsung tidak pernah memikirkan perkara ini seumur umur hidup mereka. Anda tanyalah siapa siapa yang ada di sekeliling anda. Biasanya jawapan mereka akan didahului dan disusului seterusnya disulami dengan perkataan "..emmm....emmm..emmm...". Kawan kawan saya dan kadang kadang saya sendiri selalu guna perkataan menyampah ni. Don't try this during interview! Naya kau!

Lagi menyedihkan bila terlalu ramai lagi WARGANEGARA MALAYSIA yang tidak tahu apa itu RUKUN NEGARA. Apatah lagi menyebutnya satu persatu dengan teratur dan bangga! Saya tidak cakap semua, tapi masih terlalu ramai. Kasihan!

Beruntunglah mereka mereka yang berpeluang masuk PLKN. Semua ini didedahkan kepada mereka. Semangat patriotisma dan cintakan negara amat ditekankan di sini. Siapa lagi pewaris pundak kepimpinan negara kalau bukan generasi ini? Salah satu tajuk panas yang selalu dibahaskan di sini adalah "Mempertahankan kemerdekaan lebih sukar daripada mencapai kemerdekaan? Bayangkan remaja remaja lingkungan 17 - 18 tahun berkobar kobar membahaskan isu isu berkaitan tajuk ini. Saya pernah lihat dan saya sendiri bersemangat dan turut berkobar kobar. Kalaulah semua remaja di Malaysia berpeluang masuk PLKN..

Apa pula erti Merdeka bagi anda? Tak payah tengok kiri, tak payah tengok kanan, ya anda!