Sunday 29 July 2007

Happy Birthday Chubbie

Hari ni hari jadi Miki. Eh esok sebenarnya. Tapi esok kan hari isnin. Sure tak dapat jumpa esok untuk celebrate birthday dia. Saya tak tau hadiah apa nak bagi. Ini kan hari bermakna dalam hidup dia so I want the best for him. Gatal gatal tangan saya record video pakai henpon yang buruk ni. Fikir fikir nak hantar video MMS nyanyi birthday. Dah record, delete. Record lagi, delete lagi. Record record delete delete. Buruknya ish. Last last tak record apa apa pun. Dan tak send apa apa pun kat dia kecuali SMS ‘Happy Birthday’.

Pagi tadi saya jumpa Miki untuk celebrate birthday dia. Jam 09:15 pagi saya telefon dia bagitau saya dah sampai dan dia datang jemput saya di Kuil (saya kan tumpang bas budak budak India yang pegi sembahyang). Time ni first time naik keta putih dia. Old fashion tapi power boleh tahan. Vroomm...vroomm..!

Macam biasa, tempat dating kami di Kompleks Karamunsing. Best juga keluar masuk kedai cuci mata. Aktiviti pagi tadi, masuk kedai buku beli alat alat tulis dia. Beli buku buku dia. Beli chess set yang kecil juga. Dah lama nak lawan chess dengan dia ni walaupun saya tahu dia memang terer.

Then kami singgah makan di tempat biasa. Sambil makan sambil main chess. Cewah macam pasangan yang bijak bijak la konon. Tapi tak sempat 'check mate' sebab makanan depan mata lebih menggugat jiwa rogo. Memang yummy makanan sini. Best. Dan dia telah habiskan aiskrim tapai saya. Ceh!

Lepas makan, cari tempat untuk solat. Hari ni tak dapat solat sama sama sebab akak tak sihat. Miawww!!

Hari ni Miki solat di surau CentrePoint. Sementara dia solat, saya busykan diri dengan menelefon adik. Saya dah pakat awal awal dengan adik minta tolong belikan hadiah. Tapak sulaiman. Mesti tapak sulaiman. Cari sampai dapat.

Semalam saya dah pesan dengan adik supaya beli hadiah tu siap siap. Kononnya nak buat surprise la ni. Spoilnya, adik balik balik call kata tak jumpa kedai tu la, binatang tu takde la dan ecetra ecetra.

Terpaksa la jugak akak yang ayu ni berlakon depan Miki.

"Sayang masuk kedai buku dulu, saya mau jumpa adik. Dia minta duit"
"OK, jangan pula tidak balik sini"
"Ya, nanti saya bawa adik jumpa sayang"
"Ha, kena jumpa ke..?"
"Yaaaaa...."

Jeng..jeng..jeng..! Berlari larian terus si kakak turun naik escalator tu mencari si adik. Entah macam mana pula boleh dua tiga kali tersesat tingkat ni. Hish!

Jumpa adik saja, terus cari binatang tu. Tapak sulaiman memang dapat, tapi warna purple. Belasah je. Dengan anak anak dia sekali saya angkut terus minta bungkus.

Sempat juga Miki dan adik jumpa kenal gitu gitu saja. Yang dramatiknya, adik pura pura la konon bagi hadiah tu depan saya, dan saya pun mengada ngada terperanjat. Oh, tengkiu, macam ni la lebih kurang ayat basi saya. Dan Miki seperti yang sudah kuduga, bercerita dengan siapa saja memang lawak. Sempat lagi dia suruh adik pakai bedak sejuk sebab jerawat betempek merata rata atas muka. Cis.

Sunday 8 July 2007

Sang Semut Kahwin Lagi..

Syukur Alhamdulillah, pukul tiga petang hari ini, saya selamat dinikahkan. Mas kahwin dah bayar, hantaran dah dapat dan paling penting semuanya sudah selamat. Suami saya yang tercinta saya tatang bawa balik kem. Badannya yang menggoda dan attitudenya yang mengancam, merangsang jiwa dan raga saya untuk memilikinya.

Hish..tak kuasa la saya nak trep trep pengantin baru, nanti ada pulak ‘orang’ yang cemburu. Memang solid la Acer ASPIRE 4710. Hmm…terbang duit elaun ribu ribu buat membayar harta yang satu ni.

The best thing happen today, dating dengan si Mikikiut. Gembiranya saya hanya ALLAH yang tahu. Makan sama sama, dia belanja. Ronda ronda shopping complex, free. Solat di masjid sama sama, free. Beli laptop sama sama, saya pokai. Tangkap gambar dalam kereta sama sama, free. Beli stokin sama sama, dia bayar. Beli underwear sama sama, dia bayar sebab dia punya. Then beli cincin sama sama, saya bayar sebab saya yang mengada nak beli. Wow, apa pun yang berlaku hari ni, memang BEST!

Perkara terpenting hari ini, saya dan dia sama sama berjanji untuk saling mengikat sesama sendiri. Susah payah tau membeli cincin yang sama design dan saiz yang sesuai. Saya no problem, tapi jari dia tu special case. Berpuluh jugalah cincin keluar masuk semata mata nak cari yang ngam dengan jari dia yang mumuk mumuk cumil tu.

Minggu depan dia dah lapor masuk Maktab. Good luck Bubby!