Thursday 2 February 2012

Ujian BSP

Assalamualaikum...

Hari ini hari penentuan terhadap diet saya hampir dua minggu. Diet yang meragut sedikit nikmat kelazatan makanan saya. Tidak apa, asalkan berhasil dan anak saya sihat sejahtera di dalam tembuni. Selama dua minggu ni antara diet makanan saya ialah:

#nasi satu senduk
#mee goreng satu senduk @ harga mee 50sen
#oat satu mangkuk (ini lah yang paling menyiksa jiwa dan raga..sebab paling tidak sedap..)
#sayur-sayur penuh satu piring
#ikan goreng

Huh, siksa kan. Buah kegemaran macam durian, rambutan, langsat, cempedak..kirim salam sajalah nok. Sentiasa kelaparan juga menjadi dugaan yang sangat hebat. Terpaksa juga telan tu oat untuk kasi kurang kelaparan.

OK, back tu ujian BSP, stand for blood sugar profile. Iaitu check darah guna glucometer selama 4 kali dalam sehari. Buat ujian satu hari sajalah. Lepas tu besoknya jumpa doktor untuk proses seterusnya. Untuk ujian ni, kena puasa juga bermula jam 10 malam. 

Kronologi:
8.00 am - Bacaan saya pagi ni 5.3mmol/L. Lepas cek ni boleh makan selama setengah jam saja lepas tu mesti puasa balik. Menu saya oat + sayur-sayuran + air kosong.

12.30 pm - Bacaan 4.9 mmol/L. Wah gembira sudah turun. Boleh makan lepas ni tapi setengah jam saja. Menu oat + sayur-sayuran + ikan goreng + air kosong.

5.00 pm  - Bacaan 3.3 mmol/L. Ni lagi gembira. Makin turun. Maksudnya berkesanlah diet saya tuh. Macam biasa masa makan hanya 30 minit sahaja. Menu wholemeal bread + marjerin. OK macam bongok pi makan 4 keping roti + marjerin. Sebenarnya ada miscommunication bah ni. Sebelum saya beli marjerin tu, saya SMSed kakak saya (she's a nurse) mau tanya merjerin ni boleh bikin naik kadar gula atau tidak. Then she replied, 'tidak'. Saya pun apa lagi, makanlah sedaya mungkin. Satu jam lepas tu, my sis sms, warn me jangan makan banyak marjerin sebab banyak mengandungi lemak+kalori yang tinggi. Dan dia kestau, bukan dia yang reply sms saya tadi but someone that have lack information about this. Hadidididididiiii...apa buli buat. Berdoa saja bacaan tidak mencanak naik.

9.30pm - Bacaan 4.7 mmol/L. Syukur masih tahap selamat.

OK saya lapar, bisuk jumpa doktor mau kasi tingu ni result. Saya mau makan nasi dua senduk hari ni.....