Friday 30 March 2012

Courtyard Hotel 1Borneo, 3 Bintang ??

Assalamualaikum..

Hari ni ambil cuti rehat khas sebab kasi kawan husband pi servis kereta dia and buat apa-apa yang patut sama itu kereta. Usang sudah kan. Jadi bertolak awal kunun sebab banyak urusan mau dibuat. Satukali mau pukul 9 suda baru gerak dari rumah. Lepas tu sampai Tuaran, singgah makan rojak. Licin satu piring saiz 3 orang punya saya makan. Emm masih terbayang-bayang lagi kesedapnnya.  Macam di sorga!

Sampai di Proton Servis, sudah mau jam 11.30am. Kereta kena servis, pinjam kereta abang ipar, round-round KK mana yang sempat. Tujuan pertama, harus cari Refflesia Medical Centre untuk scan baby dalam perut comel saya ni. Alhamdulillah, everything went well. Insyaallah, gegirl juga ni nanti :). Sudah scan, singgah Wisma Muis, husband mau solat jumaat. Penuh sesak orang. Alhamdulillah. Saya dan Raihan pi shoping tudung untuk si Raihan. Dia komplen semua tudung dia suda sempit. Ok ok menurut perintah.

Selesai tu, rush pi Tong's Wisma Merdeka untuk shoping barang baby besar dan baby kecil. Kesian juga si Raihan lama sudah tiada baju baru. Sebab baju dia sudah telampau banyak warisan dari sepupu-sepupu dia hehehe. Husband bagi masa 1 jam saja untuk shoping. Saya on saja sebab sudah hafal mana area yang banyak baju ngam untuk ni sumandak. Tengah-tengah mood shoping, husband dapat call dari kawan, kena hadir pi Kundasang untuk kurusu Manik Kayu. Semua on the spot. Hilang terus mood shoping. Ish..mau saja soal time tu, siapa lagi penting?? Tapi tidak jadi sebab sudah kena bagi duit. Diam-diam saja lah.

Ambil kereta, mamatai bayaran RM800++. Lepas tu tukar tayar lagi 4 biji RM800++ lagi. Ayooo..teda sudah duit bikin shoping. Makin ilang itu mood. Hari ni plan tidur KK, mau tidur hotel yang ada class sikit, tapi bila sudah ilang mood ni, hotel tiada class pun bantai saja. Bukannya dapat berehat di bilik, besok awal pagi balik sudah.

Husband mau cuci+polish kereta di 1Borneo harga RM150 tu (tambah lagi murung bini, tiadalah ni dompet baru). Hujung-hujung pilih hotel di area 1B saja. COURTYARD lah jadi pilihan. Bilik Deluxe RM140 with breakfast 2pax. Sedih sekali oh tingu itu hotel. Wallpaper sudah hancur. Lantai ada bunyi 'keriok' kalau kena pijak. Aircond tiada penutup..nampak terus lubang hose. Alahai punya sejuk. Makanan lagi sandi. Macam makan kenduri, dua lauk satu sayur. Lebih kurang begitulah. Takkan hotel 3 bintang macam ini. Itu Palace Hotel pun 3 bintang, tapi jauh panggang dari api betul. Apapun, sudah pilih tu hotel, pi tidur saja lah.


Ruang sebelah katil cuma muat untuk solat saja

Ini saja meja tulis yang ada..


Paip shower yang tiada tanda air panas dan sejuk. Bahaya betul. Tolak kanan, panas lepas tu jadi sejuk. Tolak kiri pun sama juga. Kompius betul

Susah kalau sinki cuma ada dalam tandas. Biasanya hotel punya sinki di luar tandas.

Ruang sempit

Ini Datin Memon beraksi dengan tudung baru

Husband cakap, last sudah pi ni hotel. Memang murah lah, tapi tidak payah bagi 3 bintang kalau macam ini...


Oh! Sangat Manis...

Assalamualaikum...

Pernah kah dalam hidup kamu, sedang rindukan si dia, teringat-ingatkan si dia..lepas tu ambil henpon mau send sms sama si dia. 

Contoh:

"hai hubby..buat apa tu..?" <---ini kamu send sama si dia.

1 saat kemudian..tet tet tettttttttt....<--bunyi sms datang.

"hai sayang, bt pa tu?" <---ini sms yang kamu terima.

Uii..satu saat suda kena reply oo.. tapi bila baca sms si dia, dia sebenarnya bukan mereply sms anda, tetapi sedang mengirimkan sms kepada anda. Wah, ada eksiden sms di situ. Pernah kau alami? Pernah? Pernah..?...Saya pernah ha-ha-ha..<--entah apa motip mau ketawa pula nih?

Ha...itulah yang dikatakan oh! sangat manis..ataupun oh! so sweet..

Ha-ha..sangat manis tentulah kalau sms dari husband dan bukannya dari skandal-skandal. Orang cakap, kimia sangat kuat kalau jodoh itu kuat. Insyaallah.

Saya dengan husband selalu eksiden sms. Mesti time tu dia INGAT atau RINDU-RINDUAN saya juga. Oh! sangat manisss..! Hahaha...plis lah no 18sg. Tapi hari tu saya terbaca blog seorang kawan ni..dia selalu eksiden sms dengan ibu dia..wah! ini betul-betul OH! SANGAT MANISSSSS..............!!!

p/s- mau ajar mama tulis sms sampai pakar...mau eksiden sms hari-hari sama mama. Manis kan :)


Tuesday 27 March 2012

Bukan Merungut...Tapi...

Assalamualaikum...

Fuh, line internet tidak bagus sejak dua menjak ni. Kalah-kalah tu tendulusut. Sekarang ini, semua kerja guru, kalau tiada internet, tidak akan siap. Semua laporan dan data mau diisi online. Belum lagi mahir mengisi satu-satu sistem tu, datang lagi dua tiga sistem lain yang perlu diisi urgent. Gila lah! Patutlah ramai cikgu jadi gila!

Kerja saya memang bertimbun. Siap satu, empat lima enam lagi waiting list. Siapa yang free boleh tolong-tolong pinjam tangan dan otak. Terutama mereka yang tukang komplen kerja jadi cikgu paling senang. Sini kau tolong saya buat semua ini. Tidak payah 1 minggu, 1 hari saja..lepas tu baru boleh cakap. Dui..macam tidak bertamadun saja saya ni merungut-rungut sini. Biasalah bah kalau sudah stress, mesti bijak mencari jalan untuk release tu stress supaya tidak terus terusssss terusssss kiok!


Guru Besar sdang memberi taklimat, saya curi-curi semak kerja murid. Banyak kan kerja saya (ya la tuh!)

Bila cerita ni hal sama kawan-kawan yang lain profesion, jawapan cliche..

"jangan kau merungut..buat saja.."

Ia lah, betullah baitu. Jangan merungut. Sendiri mau jadi cigu. Tapi ini bukan merungut, saja mau cari alasan menukarkan stress kepada relax. Entah apa la saya cakap ni. Apa yang penting..enjoiii


Kelas cat baru, murid baru, hiasan baru..

Akhir kata, saya bersyukur saya menjadi seorang cikgu..


Monday 19 March 2012

Kisah Ibu dan Anak...

Assalamualaikum...

Lama tidak post entry. Tulis entri banyak-banyak, tapi lepas tu jadi draf. Kalau masih relevan mungkin akan dipublish. Kuat hati mem'post' entri kali ini sebab setiap kali terkenangkannya, pasti terasa sayu dan mengalirkan air mata.

Selalunya, kisah yang tidak pernah gagal untuk meruntunkan naluri semestinya berkait-rapat dengan keluarga. Ia kisah di suatu pagi buta yang pernah dialami oleh berjuta manusia di muka bumi ini. Cuma, sentimental sikit bagi saya, apatah lagi menghadapinya di saat-saat suami jauh di mata dan pada ketika sarat mengandung begini. Wah, macam mengarang novel la pula saya ni..he-he-he!

18 haribulan Mac, 2012

2.51 am
Si anak kecil menggoyang-goyangkan tubuh ibunya yang sedang nyenyak tidur.

"Umi...umi..bangun...Raihan demam.."

Si ibu terkulat-kulat buka mata. Cek jam di henfon. Tengok muka anak, dia senyum. Pegang kepala anak. Tidak panas. Si ibu tidur balik tanpa sebarang kata.

2: 57 am
Si anak menggoyang-goyangkan tubuh ibunya sekali lagi. Sambil badannya terketar-ketar kesejukan, berusaha menutup bahagian tubuh yang terdedah kepada sejuk malam.

Si ibu bangun, serta-merta segar. Semua kipas ditutup, segera peluk anak kecil itu supaya berasa tenang dan selesa dalam pangkuan ibu. Timbul segala urat bulu roma di badan si anak menunjukkan betapa dia kesejukan.

Tanpa berlengah, si ibu mengambil bekalan ubat yang sentiasa ada. Menggunakan jarum, menyedut 7ml paracetamol sirap untuk si kecil itu. Bila disuakan di mulut anak, cepat sahaja dia buka mulut menghirup sehingga ke titisan terakhir ubat tersebut. Sayu hati melihat kesungguhan anak kecil ini minum ubat.

Badan si kecil masih menggigil kesejukan. Si ibu menukarkan baju tidur si anak kepada baju yang lebih nipis. Sambil mengelap-ngelap badannya dengan air suam, selawat dizikirkan untuk mendodoikan si anak agar lebih selesa. Badannya mula panas. Apabila suhu diperiksa, 38.9 darjah celcius. Sayu pandangan seorang ibu melihat anaknya sedang bertarung dengan rasa panas dan sejuk di dalam badan. Setiap 5 minit, si ibu akan memeriksa suhu badan anaknya untuk tujuan pemantauan dan langkah berjaga-jaga agar panas tidak naik mendadak.

3.30 am
Si ibu mengirimkan pesanan ringkas kepada sang suami yang jauh berada di Kuching. Mengkabarkan perihal anak seorang yang sedang demam. Bertubi-tubi pula balasan daripada si suami bertanya itu dan ini, nampak sangat kerisauannya.

4.30 am
Si ibu masih belum tidur, tetap setia mengelap setiap inci tubuh si anak agar haba cepat pergi dari tubuhnya. Kalau diikutkan suhu badan si anak tidaklah begitu mencemaskan, purata 37.7 darjah celcius. Namun harus sentiasa dijaga juga agar tidak berlaku apa-apa yang tidak diingini. Mata mulai layu, namun ditahan juga agar tidak terlepas pandang dengan kesihatan anak seorang ini.

5.00 am
Si ibu bersiap-siap untuk menunaikan kewajipan kepada Allah SWT. Saat hendak keluar dari bilik untuk mengambil air wuduk, si anak terjaga dari tidur, meminta supaya dibawa bersama.  

"Mahu ambil air wuduk juga, Raihan belum sembahyang.." katanya.

Percakapannya sekarang memang sudah jelas, sepatah-sepatah perkataan dituturkan. Senyum si ibu melihat kelibat si anak yang tiba-tiba cergas melompat dari katil. Alhamdulillah...mudah-mudahan dia terus sihat dan berada di dalam perlindungan Allah azza wajalla.

Entah apakah yang sedih pasal cerita ini sampai boleh menitiskan air mata seseorang. Mungkin tidak ada apa-apa dan tidak bermakna langsung bagi mereka yang belum pernah mengalami saat-saat seperti ini.

Sampai hari ini saya masih terasa sayu dan sedih, bagaimanakah keadaan anak saya pada saat dia mengejutkan saya dan memberitahu dia demam, namun saya hanya membiarkannya dan terus tidur. Lima minit yang berlalu itu, dia mengharungi segala kesejukan dan kesakitan itu seorang diri. Ya Allah, andai masa boleh diputar semula...:(