Saturday 16 June 2007

Kiranya aku tahu..

Hari ni pelatih pelatih PLKN Kump 3, Siri 4 melapor diri. Dari pagi sampai petang melangut di dewan makan. Peserta peserta dari Kuala Lumpur paling lewat sampai. Time cek cek beg diorang ni aduh rasanya seperti tengah cek barangan runcit kedai Ah Moi, takpun kedai runcit Muthu. Mak datuk, ada seorang amoi ni, dia bawa beg beso beso sampai 3 bijik. 2 bijik beg tu penuh dengan makanan ringan berdozen dozen termasuk maggi. Tak lupa juga 'stayfree' yang sampai berkotak kotak. Hish...diorang ingat kem ni sengkek dan kebulur sangat ke sampai bersusah payah nak angkut berlebih lebih benda ni dari semenanjung. Kalau seorang dua ok lagi, tapi ya ampun..satu dua tiga lekuk, seko seko aku ketuk. Dengan kegilaan kuasa yang ada, saya telah merampas separuh daripada harta sepencarian mereka mereka tu. Bukan rampas sebenarnya, tolong simpan saja. Lepas tu bolehlah minta balik.

Dari pagi sampai ke petang dan sampai ke malam, cuma ada 100 saja yang melaporkan diri. Kasihan sungguh. Nama dalam list konon kononnya sampai 300 orang. Tapi lumrahlah kalau kumpulan 3 ni, ramai yang sambung belajar dan ramai yang dah kahwin dan ramai juga yang menjadi sumber utama pemberi nafkah dalam keluarga. Tak apalah. Fokus utama kepada mereka dan bukan kepada jumlah yang ada.

Saya tahu bukan calang calang orang yang ada di hadapan saya sekarang ini. Bermacam macam ragam dan perangai. Tapi inilah tanggungjawab yang wajib kami pikul menggantikan keluarga mereka selama 3 bulan di sini. Ingat senang ke nak jaga anak orang. Lagi lagi yang dah beso gedabak macam ni. Saman pun diorang tak makan, apa lagi nak makan nasihat.

Kumpulan ni ramai juga yang tak tahu membaca, menulis dan mengira. Nak tulis nama sendiri pun dia tak tahu. Aduh, kasihannya, majoriti daripada mereka berhenti sekolah seawal usia 9 tahun dan ada juga yang langsung tidak pernah bersekolah. Saya tidak berhak untuk menghakimi ibubapa mereka yang tidak menghantar anak anak mereka ke sekolah. Siapalah saya untuk bertanya sedemikian rupa soalan sedangkan saya tidak pernah meletakkan kaki saya di kasut mereka. Sekurang kurangnya mereka sanggup berkorban dengan menghadirkan dan melaporkan diri di sini meninggalkan keluarga yang lebih memerlukan di kampung.

Saya berada dan bekerja di sini pun kerana adanya mereka yang kami gelar Wira dan Wirawati Negara. Kerana mereka saya mendapat gaji RM2000 lebih sebulan. Segannya bila teringatkan perangai saya yang kadang kadang tertekan dengan perangai mereka yang sejuta satu macam. Walau apapun, bak kata Raden, back to the basic..

Anyway, wira dan wirawati kumpulan 3, siri 4/2007 .. "Welcome to Kem Tanaki Tambunan..!"

Thursday 14 June 2007

Semut Kesunyian

Bangun bangun saja pagi tadi, aura kesunyian terus merasuk masuk bilik besar jurulatih. Saya memang tidak sukakan suasana yang sunyi macam itu. Macam ada kematian saja. Huh! Rindunya nak balik rumah bermain main dengan anak buah yang berderet deret tu. Time ni lah ada hati nak terkenangkan Teratai, Spiderman, Kuntum, Bulat...

Entah apa la yang korang buat sekarang.

Jam 9 pagi ada mesyuarat Komandan Kem dengan semua jurulatih yang ada. Ringkas dan padat saja. Tapi ringkas ringkas pun, hampir jam 12 juga baru selesai.

Bushan sungguh hidup macam ni. Silap silap saya boleh mati disebabkan kesunyian yang melampau.

Wednesday 13 June 2007

Welcome back Semut..!

Hari ni lapor diri untuk menyahut cabaran Kumpulan 3, Siri 4/2007. Hmm... sunyinyaaa...!! Sunyi sunyi kem ni, sunyi lagi hatiku ni.

Esok kawan kawan ada rombongan mendaki Gunung Kinabalu. Jelesnya tak dapat ikut. Bukan tak kena bawa, tapi biasalah kalau bulan tengah mengambang ni. Susah sikit nak bergerak.

Fikir fikir nyesal pulak tak ikut. Sebab, Satu: tak dapat sambut 1st anniversary tawan puncak Kinabalu. Dua: tak dapat jumpa orang yang kita nak jumpa . Tiga: tak dapat jumpa orang yang kita nak jumpa. Empat: tak dapat jumpa orang yang kita nak jumpa. Lima: sama. Enam: sama. Tujuh: ntah apa ntah!

Tuesday 12 June 2007

Otak mihing..

Esok dia ada interview penting. Berfikir fikir juga saya apa perlu saya buat supaya dia tahu yang saya sentiasa care about him. Then, saya rasa cuma SMS saja cara yang saya ada sekarang ni. Ada juga naluri mahu wish by phone..tapi nantilah.

Saya SMSed, wish him luck. Mudah mudahan Allah permudahkan jalan untuk dia menjawab soalan soalan interview nanti. Amin.

Sunday 10 June 2007

Unrevealed the secret

Tak bestnya kalau ada 'something' yang tak settle dalam hati ni. Memang sungguh sungguh tak best. Itulah yang melanda jiwo rogo saya sekarang ni. Buat kerja apa pun tak jadi. Entalah labu..

Nak kata ingatkan dia, tak pun. Tapi nak kata tak ingatkan dia...saya memang sentiasa ingat dia.

Jadi..apa lah tu..???

Saturday 9 June 2007

Selamat Tinggal PLKN Kumpulan 2, Siri 4/2007



Senaman berirama



Pelatih Terbaik Keseluruhan





Tanaki's Angels



Jurulatih Kenegaraan/Khidmat Komuniti




Wow..!



The Power of GEN-2



Malam Seribu Kenangan




The Great of Kontrol Hensem (First from left)


Pejam celik pejam celik, tak sedar masa ini tiba juga akhirnya. Of course lah sedey. Tapi kali ini saya dan kawan kawan dah janji TAK AKAN nanghis nanghis. Majlis Malam Seribu Kenangan habis jam 2.00 pagi. Sapa nak lawan?.. tapi jujurnya, from the bottom of my heart, ada 'sesuatu' yang tak settle lagi. Hard to explain by words.

Apapun, for all wira and wirawati, thanks for being a part of my sweet memories...Im gonna miss you'll

Friday 8 June 2007

Nak beli kereta..?

Tengah syok syok makan mee sup kat restoran Hasnah, handphone pula ring ring tak henti henti. Garfu letak belah kiri mangkuk, sudu masih kat tangan. Tangan kiri seluk seluk poket seluar raba raba handphone, tangan kanan masih sempat hirup hirup sup. Pelahapnya perempuan ni.

"heloooooo.....blrppp".

Sempat lagi sendawa. Belakang tangan yang memegang sudu saya gunakan buat menutup mulut saya.

"hello, i'm kevin. Sarah..?". Mamat ni confident je.

Sarah mana pulakkkk!. Tapi bak kata Mat Jan, layannn ajo ler. Then saya layan je lahh..

"Sarah speaking..". Yo yo ah je menjawab.

"You bila mau angkat..?"

Hah! Angkat apa....???? Blrupppp..!! Sendawa lagi

"Esok lah...". Pandai pandai je jawab. Nak angkat apa pun tak tau.

"OK, tomorrow you datang sini, bawa semua document. You know this place right? Hari tu dah datang sini kan? Esok half day, datang awal sikit, can?"

"Datang mana? Angkat apa?" Bodo nya saya ni, keluar kandang ular, masuk kandang rimau.

"Itu kereta laa, suda sign kan..?"

Kereta?..Nah! Ambik kau! Kotoh!

Terus saya off handphone. Sambung makan mee sup balik tapi dah tak lahap macam tadi. Orang tu la yang bodo, agreement dah sign tapi masih silap no telefon.

Blrupp..!..tiga kali sendawa, cukup syarat nak 'mengular'