Tuesday 13 July 2010

Anugerah Terindah

Assalamualaikum.. 

Lama rasanya tidak menulis di ruangan ini. Biasalah musim meng’hibernate’ diri selepas berlalunya perkara-perkara penting dan esklusif dalam hidup saya ini. Bermula dengan perpindahan ke sekolah baru awal tahun ini yang sedikit kalut, di samping melalui pengalaman mengandungkan anak pertama yang boleh tahan bahagianya, hidup berjauhan dengan suami kerana faktor geografi (sebelum dapat pindah akhirnya), dan yang paling sayu, berjaya melalui pengalaman bersalin yang sememangnya diidam-idamkan oleh setiap wanita di dunia ini.   


Raihan 4 bulan


Awal-awal trimester mengandung Nur Raihan Aqeela (anak yang sangat comel dan chubby..haha), kandungan saya sudah dikesan dengan kewujudan makhluk asing yang dipanggil fibroid. Menurut doktor pakar, lebih kurang 80% wanita di dunia ini mengidap atau mempunyai ketumbuhan ini di dalam rahim mereka. Namun yang membuatkannya tidak popular dan tidak dikenali ramai (kecuali mereka-mereka yang bekerja dalam environment kesihatan atau orang yang menghidapnya atau orang yang rajin membaca) adalah kerana kebanyakan jenis yang dihidapi oleh wanita-wanita ini adalah jenis yang tidak merbahaya dan tidak membesar. Itu doktor yang cakap ok, saya cuma copy paste saja. Dan saya, sewaktu mengandung, fibroid yang menumpang kasih di rahim saya tidak membesar malah kelihatan semakin mengecil kerana baby saya berusaha bersungguh-sungguh untuk membesar dengan chubbynya dan tidak member peluang langsung kepada saingannya untuk mencuri tempat di perut ibunya yang comel (akhir-akhir ini sangat suka cakap yang baik-baik saja..walaupun kedengaran macam perasan..aww). 


Pengalaman mengandungkan anak pertama adalah sangat mencabar. Di samping lokasi sekolah yang jauh dari rumah dan keadaan rumah guru yang tidak berapa selesa (tiada bekalan air bersih dan elektrik) menambahkan tahap kesukaran kepada saya menempuh setiap hari bersama baby yang sangat comel kini…(puji lagi). Berjauhan dengan suami adalah sangat sentimental bagi saya. Melihat ibu-ibu muda mahupun yang sudah kertu ditemani suami sewaktu menjalani pemeriksaan rutin di klinik mahupun hospital membuatkan hati saya bagai ditarik-tarik beri isyarat kepada otak untuk merembeskan air mata. Memang saya ini sangat ‘bugihad’ masa mengandung. Kalau sudah begitu situasinya, saya akan SMS suami dan bermulalah episod mengirim-ngirim SMS yang berbaur merajuk dan meninggalkan kebimbangan kepada si suami yang jauh di mata. Tapi kalau mahu fikir diri sendiri saja memang saya sangat sedih. Untuk ke klinik terpaksa turun naik bas dari awal kandungan sehingga masuk minggu ke-28. Tapi bila fikir balik, ada lagi ibu-ibu yang terpaksa berjalan kaki berkilo-kilometer semata-mata untuk buat pemeriksaan. Bila teringatkan ada yang lebih susah daripada saya, barulah sedar betapa saya ini lalai untuk bersyukur. Adoyaiiii..penat pula mau menaip bahasa yang tersusun macam ini. Uncomfortable. Aisemen..mungkin aura mau kembali menulis bah kali tu kan..ha ha ha. Insyaallah…saya sambung lagi lah menulis di lain hari..datang pula balik tu ‘kemalasan sepanjang zaman’ mau menaip ni.  Assalamualaikum...