Saturday 27 January 2007

Selamat Pengantin Baru, Semut. Part II

Entah apa yang saya rasakan apabila mendapat ucapan tahniah dan SMS dari beberapa orang kawan yang membaca blog ni. Dan perasaan saya menjadi kelabu kecoklat coklatan bila dapat SMS dari kawan kawan yang kecewa sebab tidak diberitahu apatah lagi dijemput ke majlis perkahwinan gilang gemilang saya. Kepada yang menghantar mesej dan menelefon saya, saya sudah jelaskan sebabnya mengapa.

Pada hari perkahwinan saya, tidak ada istilah malam pertama sebab petang tu juga saya kembali ke kem. Suami tertinggal melangut seorang diri di kampung. Kesian dia.

Malam tu Paci call saya balik setelah saya-telefon-telefon-dia-tak-angkat. Di akhir perbualan dia cakap mahu cari lagu selamat pengantin baru. Siap nyanyi 1 rangkap pulak tuh..
Hari yang memenatkan Semut

Saya bersuka ria balik kampung hari ni. Si dia janji mahu ambil saya di kem. Jadi saya setujulah. Plan asal ingat mahu tumpang kawan sekampung.

Dia tanya saya jam berapa saya nak balik. Saya tanya dia jam berapa dia boleh datang. Dan dia tanya saya balik jam berapa saya nak keluar. Kononnya dia will be there on time. Jadi saya pun suka suka hati cakap jam 9:00 pagi. Tapi biasalah janji bandar, janji begitu datangnya begini.

Pagi tadi dia datang jam 10:10 pagi. Itupun, baru sampai balai pengawal. Dia call dan cakap dia dah tunggu kat bawah, padahal saya nampak kereta dia tu baru nak masuk kawasan kem. Ada hati dia nak kelentong kelentong ya. Apa lagi, hati saya yang dah sedia panas ni makin memanas menghampiri 100 darjah celcius. Menggelegak berapi api sehingga muncul tanduk tanduk di kepala yang cantik ni.

Saya biar dia tunggu lama lama kat bawah dan saya bersenang lenang duduk atas sofa di ofis sambil makan makan kek apollo. Untuk menambahkan kethrillerannya, saya ON tv dan tonton siaran langsung perarakan kereta berhias. Kawan kawan yang dah nak selesai bergosip gosipan saya pujuk pujuk supaya meneruskan kegiatan riadah tak bermoral ni. Saya pun join sekali. Bengong tol..!

At last si dia call. Dia cakap dia dah sejam tunggu kat bawah. Saya tengok jam, 11:05 pagi. Saya pun cakap kat dia, sorry sebab tak perasan. Dan tambah menjengkelkan dia bila saya kata 5 minit lagi saya turun. Ngih ngih ngih!

Jam 11:15 saya pergi ke kereta dia dan buat selamba kodok ketuk ketuk cermin kereta. Fair and lovely lah. Saya tunggu dia 1 jam dia tunggu saya 1 jam. Pembetulan, 1 jam 5 minit sebab saya kan berjalan ayu dan sopan santun.

Asalnya sampai Keningau jam 11:45, tapi campur tolak masa pegi cuci kereta, lunch, bank, shopping barang barang dia dan macam macam lagi, akhirnya sampai rumah jam 3:30 petang. Syabas bette syabas!

Sampai rumah terus terbuntang ngrohhh..! ngrohh..! ngroh..!

Saturday 20 January 2007

Selamat Pengantin Baru, Semut

Selamat pengantin baru..
selamat ke anak cucu..


Saya berkahwin hari ini dengan seseorang yang saya baru kenal. Dia sungguh tampan dan baik hati. Sesuai dengan diri ini yang gilakan kehandsoman dan kekacakan. Mudah mudahan perkahwinan kami akan berbahagia sehingga ke akhir hayat... Insya Allah!

Friday 19 January 2007

I am sorry!

Kawan yang tak berapa rapat ni telefon. 2 hari lepas. Saya dengan mulut tak beradap merungut rungut dan cakap dengan dia kenapa telefon malam malam. Lancangnya mulut saya padahal dia belum cakap apa apa. Betapa jahatnya saya ni. Then dia minta maaf sebab ganggu. Dia senyap. Saya pun senyap tapi di sebalik telefon itu muncung saya dah boleh ditocang. Dan dia beritahu, ayah dia dah meninggal di Mekah baru baru ni.

...Innalillahiwainnailarojiun.. dari Allah kita datang, dan kepada Allah juga kita kembali...

Saya diam dan terus diam. Hanya Allah yang tahu betapa malunya saya nak bersuara pada ketika itu. Tak layak rasanya untuk memberikan kata kata perangsang. Dua dua diam. Tiba tiba diri ini buat kerja bangang. Saya tahan tahan nafas supaya dia tak dengar bunyi saya bernafas. Tapi tiba tiba pula tekak ini menjadi gatal segatal gatalnya menyebabkan saya terbatuk terkehel kehel mengalahkan pak pandir. Spoil sungguh!

"kenapa..? tahan nafas..?" Dia tanya saya.

Ya ampun...! Saya rasa nak cabut kepala masuk dalam stokin dan stokin masuk dalam kasut dan kasut masuk dalam locker yang kemudiannya dikunci dan kuncinya telah hilang dalam kolam yang sangat dalam dan ada banyak buaya yang ganas dan lapar nak makan orang.

"sorry, sorry, sorry, sorry, sorry, sorry.........."

Saya cakap sorry tak henti henti sampai tak sedar dia dah putuskan talian. Makinlah meraja rasa bersalah dalam hati dan naluri ini. Dalam hati, saya fikir dia mesti dah benci saya sungguh sungguh. Aiyaa.. memang padan muka!

3 minit lepas tu dia telefon balik dan minta maaf sebab telefon dia habis bateri.

Uwaaaa...!!
Hari yang menggembirakan Semut

Saya balik kampung lagi hari ni. Cousin saya yang kerja cikgu tu datang jemput saya di kem. Sampai sampai aja terus online. Online saja terus check akaun CIMB kot kot duit dah masuk. Hampeh bodo. S***s!

Tapi tak apa. Kedukaan hati ada obatnya. Isnin hari tu, saya berSMSan dengan dia. Setelah sekian lama akhirnya dia membalas SMS saya. Kawan kawan jurulatih kata 'ini sungguh hebat!'. Memang pun kan.

Dan tiba tiba pula saya nangis baca mesej dia. Maklumlah dah lama tak terima SMS dari dia ni. Nangis sambil golek golek atas katil yang kecik. Tak habis layan nangis, tergolek dog bawah katil pulak. Katil tu pula jadi mangsa tendangan saya sampai senget menget. Then sambung balik SMS dan golek golek.

'Can't stop thinking of u'
'Sure there will be a day u'll stop thinking bout me. Just giv ur loved one a time to leave a shadow over me, and be your truly life.. Dreamin of u last nite..'
'P***...im sorry'

Lepas dapat SMS ni, dia telefon. Saya putuskan talian. Tiba tiba hati berdebar debar pula. Badan tetiba sejuk berpeluh peluh. Then air mata macam mengada ngada nak merembes tengok dunia. Ish..macam ni kot rasanya malam pertama.

Dia call lagi, dan saya kontrol kontrol ayu suara yang macam dah nak sebak. Dia cakap tak payah minta maaf sebab saya tiada salah apa apa dengan dia. Padahal banyak sangat salahnya saya pada dia. Dan dia cakap entah apa lagi sebab saya dah tak dengar. Sibuk sangat melayan air mata yang berpusu keluar. Tiba tiba dia cakap dia nak nyanyi lagu 3 beruang. Air mata ni pula macam jumpa traffic light merah, stop semena mena. Saya ejes ejes telinga. Takut ter'miss' apa apa.

Time dia nyanyi tu, memori bagai berputar putar. Banyak kenangan lagu 3 beruang dengan dia ni. Kami selalu nyanyi lagu ni time ronda ronda bandaraya dengan Kancil comel dia. Then bila dia nyanyi, saya akan suka sangat record guna gadget pink yang cute. Record sampai penuh memory. Tapi suka suka hati saja kakak saya delete delete semua tu. Goramnya!

Saya masih sengih sengih macam kerang busuk walaupun dah 10 minit paci letak telefon. Tiba tiba rasa tak sedap hati sebab tak terus terang yang saya dah merekodkan suaranya tanpa izin. Nanti tak pasal pasal kena saman sebab langgar hak cipta. Cepat cepat saya send SMS ke dia.

'Sa record p*** nyanyi td. Jgn mara aa. Klu sa rindu bole dgr sora p***..'
'Nakan tau ba. Mcm nda kenal m***..'
'Kalu p*** tia suka sa dilit.'
'Bukan nda suka.. Cuma m*** nda mengaku tadi kan..'
'Nt kalu sa ckp mau rekod, p*** nda mau nyanyi'

Dan kami berSMS lagi, dan lagi dan lagi.

Dan baru tadi kami berYahoo Mesengger. Chatting sekejap dan dia telah mengingatkan sesuatu yang menyebabkan saya terdiam dan menangis. Lagi.

Adik adik saya yang membaca blog ini mesti tertanya tanya siapa pula gerangan dia ini. Tak kisahlah!

Friday 5 January 2007

Sang Semut live dari kampung

Saya balik kampung hari ni. Cuti sampai ahad. Padahal selasa lepas baru saja melaporkan diri ini di Kem Tanaki. Mentang mentang rumah dia dekat, mengada ngada nak balik kampung. Itu kata seorang kawan ni. Dia dengki la tu sebab rumah dia jauuhhh sangat. Ha ha ha!

Sebenarnya saya balik ni sebab nak ambil selimut dan sweater. Kat sana sejok memanjang. Dahlah cuaca memang original sejuk tanpa aircond dan kipas, ditambah pula dengan hujan tropika yang turun sepanjang tahun. Pakai selimut askar yang tebal bangang tu pun, kaki tetap terketar ketar. Nampaknya tiada can la saya pakai seluar pendek harga 10 ringgit tu. Ceh!

Apapun, situasi dalam kem, boleh tahan lah. Saya masih dalam proses menyesuaikan diri. Biasalah saya ni kan anak dara pemalu. Pemalu tahap gajah sampaikan hari tu time nak hantar borang, bukan borang yang saya hulur tapi handphone. Kerani tu pun satu, main hambik saja. So, poingkuro noddi? No komeng komeng!

Sekarang ini, saya sangat rindukan dia. Dia yang sudah tidak sudi menjawab panggilan dan SMS dari saya. Dia yang mungkin sudah mula melupakan saya. Dia yang jauh dan makin menjauh..!

Monday 1 January 2007

Selamat Tahun Baru 2007

Yeeehaaaa! Selamat tahun baru. Apa azam kau? Azam saya pada tahun ini..., entahlah. Azam sebelum sebelum ni pun banyak yang tak tertunai. Saya ingat saya nak melalui hari hari dalam tahun 2007 ni macam itu saja. Plan sikit sikit setakat yang mampu.

Pagi tadi saya dapat SMS dari someone ni. Dia cakap azam tahun baru dia nak kahwin dengan saya. Nonsense! Belum terfikir lagi saya nak mengakhiri zaman bujang bujangan pada tahun ni. Koman koman pun bila umur menginjak 28 tahun. Insyaallah kalau ada yang nakkan saya ni.

Petang tadi kampung saya buat kenduri sekampung untuk yang beragama Islam saja. Kenduri buat kat perkarangan sekolah agama di sini. Nampaknya para bapak bapak yang memasak untuk kenduri kali ini. Itu pada penglihatan mata kasar. Tapi kalau melihat gunakan mata halus, para ibu ibu yang banyak buat kerja. Apapun, memang sodapp!

Untuk 2007 ni, I wish all the best to my readers out there. Kepada Paci, apa azam baru tahun ini. I'm sorry for the thing I did wrong. May god bless you!

Esok, saya akan melapor diri di kem Tanaki untuk menjalankan tugas sebagai Jurulatih. Mudah mudahan segalanya berjalan lancar. Untuk wira dan wirawati kem Tanaki, tunggu cikgu datang ya. Aauuuuwwoooooo!!!