Sunday 31 December 2006

Selamat Hari Raya Aidiladha 1427H

Syukur Alhamdulillah. Untuk aidiladha 1427 ini saya masih sempat merayakannya bersama keluarga dan saudara mara. Juadah di pagi raya, lemang buatan mama, ayam panggang, ayam masak kicap, nangka masak lemak, kek dan kuih muih. Aktiviti selepas sembahyang raya: mama dan bapak pergi masjid untuk aktiviti korban, adik lelaki pergi bersihkan kubur dan wanita wanita pula melepak menonton tv sambil menunggu tetamu kunjung tiba.

Aktiviti sebelah petang, pergi beraya di rumah saudara mara terdekat. Beraya, beraya juga, sinetron bawang putih bawang merah tetap jadi siaran wajib tengok!

Semalam Majlis perkahwinan kawan saya, Suzika di Kg. Simpudu, Papar. Saya dan si dia naik bas seawal 7 pagi pergi KK naik bas. Sampai KK jam 9:30, jadi kami breakfast dulu sambil tunggu 2 orang kawan lagi yang akan bersama sama ke Papar nanti. Janji jam 10 pagi. Batang hidung mereka muncul jam 11:30 pagi. So? Saya relax saja, tapi si dia dah merungut rungut sebab tunggu lama sangat.

Apapun, perjalanan kami lancar pergi dan balik. Walaupun hari tu ada 2 pasang pengantin tapi my friend tetap yang paling cantik dan lawa. Pengantin perempuan lagi seorang tu tak berapa berseri seri. Dahlah jerawat bertompok tompok, blusher terangnya mak datok. My friend dah janji kalau tiada aral melintang, dia nak jadi wedding planner saya. Wah..! Hambik kau semut! Apapun, selamat pengantin baru Ika!

Saturday 30 December 2006

Indahnya waktu itu

Semalam saya dan adik adik ada sesi mengimbas kembali kisah kisah lampau. Tapi nampaknya kisah saya saja yang diimbas dan diungkit ungkit. Lucu juga bila teringat dulu dulu, waktu waktu masih belum mumaiyiz dan selepas setahun jagung menjadi anak dara.

Dulu time budak budak, zaman zaman daki dan hingusan, selalu je saya anjur anjur pertandingan nyanyian atau berlakon. Sampai sanggup buat pentas di belakang rumah, then panggil budak budak kampung lelaki perempuan present kat situ. The judges, mestilah saya yang gilakan kuasa. Selalu bagi markah tinggi kat budak lelaki yang diminati, kadang kadang bagi nombor paling belakang kat budak perempuan yang tak berapa disukai. Ada sekali tu seorang budak perempuan nangis nangis mengadu kat mak dia sebab tak dapat hadiah.

Tak cukup kat rumah, pergi sekolah agama pun buat lagi pertandingan nyanyi nyanyi dengan kawan kawan. Kitorang suruh ustazah kelas tu jadi hakim and dia siap bagi hadiah lagi. Saya dapat nombor dua dan cousin saya johan. Agaknya ustazah tu sengaja bagi kami menang sebab kami je peserta yang paling tua. Malu lah kalau kalah dengan budak kecik.

Masuk sekolah menengah, saya dah jarang nyanyi nyanyi ni. Dulu time kecik kecik suara sumbang lambang tiada siapa nak kisah. Tapi bila dah jadi anak dara ni, baru cakap 'ehem' pun orang dah tahu suara tu merdu ke tak.

Saya harap dapat kembali pada waktu dulu dulu. A
pa saja yang saya ingin lakukan saya akan lakukan tanpa prejudis. Berjaya atau tidak, diterima atau diludah, it's doesn't matter. Tapi, itu dulu. Sekarang ni, nak beli setem di pejabat pos pun berfikir 10, 20 kali. Alasan: Malu. Bodohnya saya pada zaman ini. Huh!

Wednesday 27 December 2006

Aww...seksi ke?

"assalamualaikum"
"yaaaaa.....". (walaikumsalam) jawab dalam hati je..
"u dah tidur....?"
saya tengok jam. 2 pagi.
"sudah. tapi kau telefon"
"sory..sory...ganggu ka?"
"yaaaa.... saya mengantuk ni". padahal tengah siok layan someone di YM.
"buat apa?". Bangang tol dia ni!
"buat bodoh. saya mengantuk laa". time ni pura pura buat suara serak serak basah.
"eii..seksinya"
"hah!! apa yang seksi?". saya macam orang dungu raba raba baju.
"suara u. seksi lah"

Tett...!
Terus saya off handphone. Takut makin menjadi jadi kalau dilayan. Memang biul lah dia tu. Memang...dia ni selalu buat saya susah!

Tuesday 26 December 2006

PLKN Siri 4 Kumpulan 1

Sabtu lepas saya dapat resit dari pejabat pos, suruh ambil pos laju di sana. Tapi tak sempat sebab hari tu ofis half day dan saya sibuk menghadirkan diri di majlis kenduri kahwin. Lumayan..bulan ini lumayan dengan kenduri kahwin. 29 december ni pula, kawan baik saya pula akan bertukar status menjadi isteri orang. Ika, wish you all the best! Dan cousin saya yang kahwin hari tu tak henti henti beritahu betapa bestnya kahwin. Aisemen...ni yang den lomah ni.

Berbalik pasal pos laju tu, pagi tadi saya pergi ambil. Saya dah agak surat apa. Macam biasa, macam dulu dulu. Kalau pos laju mesti surat dari JLKN. PLKN Siri 4 dah nak start January ni. Alhamdulillah, setelah sekian lama meminta akhirnya saya ditugaskan di kem dekat rumah, Kem Tanaki Tambunan. Bolehlah berlagak tiap hujung minggu balik kampung. Har har har!

Nampaknya tak perlu lagi saya bawa beg berbiji biji seperti sebelum sebelum ni. Lagipun keadaan beg kain saya sekarang ini sangat hodoh seperti kali terakhir saya gunakan dia. Habislah, lepas ni pasti beg sekolah saya jadi mangsa. Tak kisahlah, yang penting yang sulit sulit tu tak tinggal. Muahihihiii....

Petang tadi anak sedara saya cakap dia nak jadi kura kura. Ini semua gara gara nak makan baja si kekura dan anak anaknya tu. Dulu kucing, sekarang kura kura. Ish..macam macam hal.

Monday 25 December 2006

Merry Christmas

Dari semalam saya bermati matian menghabiskan kredit mengSMS 'Mery x'mas n hapy new year' kepada kawan kawan tertentu. Phonebook kedua dua telefon saya bongkar cari nama nama yang dah lama sepi dari pendengaran dan memori kepala otak saya ni. Ada pula nama yang saya langsung tak ingat. Apa nak jadi la dengan saya ni. Makin hari makin berkarat. Kalau emas berkarat karat bolehlah lonjak harga pasaran tapi kalau otak yang berkarat, kau nak?

Kakak kakak dan adik adik saya sibuk menyerang rumah terbuka krismas dan majlis kenduri kendara kahwin. Saya off hari ni. Tidak join mana mana korum. Diet la kononnya. Sebelum puasa dulu saya dan adik adik betting nak turunkan berat badan. Sekarang ini dah nak habis tahun, berat badan saya naik berpaun paun pula rasanya.

Selamat hari natal kepada yang merayakannya. Sambutan kat kampung saya ni biasa biasa saja. Cuma yang tak tahannya acara karaoke sampai pagi. Mahu tidur pun sakit. Lagi yang tak best bila diorang minum tapai sampai mabuk. Bila dah mabuk, gaduh libas libas parang pun bagai main cuit cuit bahu saja. Masyaallah!

Anyway, satu kegilaan baru di rumah ini adalah menonton drama korea "sweet spy". Yang paling diminati bukan apa, cuma pelakonnya yang seorang ni. Dennis O'neill. Ya ampun, handsomenya. Bagai nak pengsan adik beradik melihat kehenseman dia ni. Mulut seorang satu pun dah kering air liur asyik memuji muji kekacakan dan ketampanan dia ni. Muka tengah sememeh pun tetap hensem. Oh..kalau pasal pasal ni memang hard to describe. Apapun..cekidaut..










Thursday 21 December 2006

Berplastik plastik dan bertapau tapau..

Saya baru balik dari menghadiri aktiviti makan makan di Hospital Keningau sempena Deeparaya dan Krismas. Ia ia je saya dan adik beradik menyibukkan diri sampai penuh 2 kereta. Dah memang hajat di hati datang semata mata nak makan. Oleh itu saya dah siap siap bawa beg disney kesayangan dan beg plastik. Paham paham sajalah untuk apa. Video cam pun saya angkut sekali sebab tinggal itu saja yang ada untuk merakamkan saat saat kegelojohan kami anak beranak. OMG!

Aktiviti di sana biasa biasa saja. Selain daripada tengok si naga dan singa terkinja kinja, aktiviti berbaris menunggu sate siap dibakar pun best jugak. Cuma banyak asap, kul! kul! kul! Sebab tu saya melarikan diri bermain buaian dan jongket jongket di taman permainan. Lepas tu main kejar kejar pula di main lobby hospital tu. Bahagianya. Bukan saya seorang tau! Dengan adik dan anak anak sedara. Ngeh ngeh ngeh!

Dah selesai mengumpul makanan yang berplastik plastik dan bertapau tapau, kami masuk dalam dewan duduk duduk dan berharap dapat cabutan tiket bertuah. Saya pegang semua tiket dan semua tiket juga sipi sipi saja kena. Sedihnya. Belum pernah lagi seumur hidup saya bertuah mendapat cabutan macam ni. Oh sumandak, you're not lucky!

Sebelum balik sempat lagi adik saya bungkus satu plastik keropok. Plastik besar tau! Dan saya pula yang jadi mangsa mengangkutnya balik. Bengong la dia tu. Tapi takpe sebab adik beradik lain berjaya mendapatkan berpiring piring kek . Waahh! Semuanya gilakan makanan. Macam tak pernah makan bertahun tahun. Nasiblah.

Asalnya datang 2 kereta, balik 3 kereta. Semuanya penuh dengan berplastik plastik dan bertapau tapau makanan. Dan berpiring piring kek.

Wednesday 20 December 2006

Hari Rabu yang Bengong!

Bosannya hidup saya ni. Tiada apa yang menarik. Sudahlah tak kerja, merempat di rumah sendiri ntah hapa hapa ntah. Pagi tadi lepas bangun tidur saya pi belakang rumah melawat kuburan kucing kucing yang dikasihi sekalian.

Hari ni memang bengong. Sudahlah air paip macam biskut chipsmore, kipas saya di bilik tu pula buat hal. ON ON tak mahu juga dia berpusing pusing macam selalu. Saya sekeh sekeh kepala dia tapi tetap juga kaku begitu. Habuk pula yang berpusu pusu nak terbang sana sini. Ceh!

Tadi saya cek akaun bank CIMB saya. Ni lagi bangang, duit belum masuk. Saya cuma risaukan satu. Macam mana la saya nak beli makanan berkhasiat untuk kucing kucing saya ni. Sudah beberapa hari mereka makan nasi putih + sup sayur. Kesian kan. Pernah hari tu saya tak bagi mereka makan sebab marahkan si Kuntum yang telah mencakar rimau tangan saya. Kejamnya aku!

Teringat pula pada anak sedara saya yang bernama Mohd Aiman@Sinchan. Dia dah banyak kali cakap kat saya yang dia nak jadi kucing. Ini semua semata mata nak makan makanan kucing yang dalam tin. Dia dengki la tu sebab makanan kucing lebih sedap dan mahal dari makanan dia. Lebih mentensionkan saya bila abang dia pun nak bertukar jadi kucing. Apa kehe..??

Apapun, hari ni tetap hari yang bengong sebab air masih mahu bermain sorok sorok. Anak sedara saya yang kecik tu dah berguling guling sebab pampersnya dah penuh dengan najis mutawasitah. Sekarang ni pun saya tengah tahan tahan pundi kencing supaya tak keluar cecair. Mencinye. Time time takde air ni lah saya balik balik nak ke tandas. Tadi kat luar hujan bukan main lebat, tapi dalam rumah habuk pun banyakk.

Sejoknya...menambahkan keteransangan nak ke tandas. Ish...lucahnya!

Monday 18 December 2006

CB

Semalam hampir seluruh keluarga dan saudara mara saya di kampung ni berkonvoi berkereta kereta pergi berkenduri kahwin di Tenom. Lebih kurang 50 km la dari sini. Saya congak congak, rombongan kami ada 14 buah kereta pelbagai saiz, rupa dan bentuk.

Keluarga saya bawa sebiji hadiah saja. Ditaja oleh adik lelaki. Saya yang bungkus. Nasib baik juga ada lebihan wrapping paper tahun lepas. Saya pecahkan rahsia ya, isinya sekotak kopi cenkudu cap Sureco.

Dan malamnya saya mengalami ini lagi. Yang saya sangat tidak suka. Bezanya i'm not alone to facing all this. The whole of my family and saudara mara yang terlibat turut berkonvoi menghadapinya. Sungguh adil dan saksama.

Dari semalam bagai ada sesuatu yang saya tak sabar sabar nak tunggu pada hari ini. And i realize what it is actually. Just now. It's all about sinetron Bawang Putih Bawang Merah, yang ratingnya dah mencecah 3.5 juta. Saya la tu salah seorang penyumbangnya. Bangga ke?.. Nonsense!

Sampai bila bila pun saya tidak akan pernah sukakan CB ini.

Saturday 16 December 2006

The Closing Ceremony of your life

Saya dan adik beradik menunggu saat saat ni dari pukul 11 malam tapi akhirnya ia bersiaran langsung 2 jam kemudian. Mengong! Saya patut salahkan Astro sebab memberikan info yang salah.

Boleh tahan closing ceremony sukan asia kali ini. Too much teknologi digital tapi best. Tapi orang yang gagal sejarah macam saya ni memang tidak sesuai dihidangkan dengan kisah 1001 malam. Bohsan tol. Air liur saja yang malar meleleh.

Sebenarnya saya dan adik beria ia nak tengok ni semata mata berharap theme song asian games 'Heart of the Games' ada dinyanyikan. Hampeh, sampai pukul 3 pagi, penyanyi import dari Filipina tu pula yang melalak ntah hapa hapa. Tak tahan saya naik tidur. Tapi lagu tu memang goreng pun sodappp!!

Semalam time tengok final Squash: Ong Beng Hee vs. Mohd Azlan Iskandar,

Saya : Eh, muka Beng Hee macam Leo la..
Adik 1 : Cutenya dia, muka innocent. Saya sokong dia menang.
Adik 2 :
Yaaa....muka innocent. Comelnya..hensemnya..
Adik 1 :
Azlan pun hensem, tapi panas baran, berlagak..
Saya :
Muka Beng Hee macam Leo..
Kakak :
Mulut saja yang sama tu...


See...? You see..? Adik beradik saya memang mata keranjang.

Friday 15 December 2006

HEART OF THE GAMES
( By: Gary Valenciano )

Verse 1;
Side by side
together we stand
people of the sea
people of the sand
you feel the spirit
in the young and the old
our future is in our hands
now let it be told

Chorus;
Side by side
we can move a mountain
shoulder to shoulder
there’s nothing we can't do
arm in arm
we can feel the power
the power of the games
the spirit of the games
the heart of the games
is me and you

Verse 2;
The desert wind blows
and the flames will be fanned
to faraway hearts to faraway lands
Heart’s burning with fire
that never gave in
that burning desire
to fight till we win

Chores;((In Arabic))
Ų¬Ł†ŲØ ŲØŲ¬Ł†ŲØ
Ł…Ų¹Ų§ Ł†Ų®ŲŖŲ±Ł‚ Ų§Ł„Ų¬ŲØŲ§Ł„
ŲØŲ³Ų§Ų¹ŲÆŁƒ Łˆ ŲØŲ³Ų§Ų¹ŲÆŁŠ
Ų³Ł†Ų±ŁˆŁŠ Ł…Ų¬ŲÆŁ†Ų§
Ų­Ł„Ł… Ų§Ł„ŲŗŲÆ
ŁˆŲ·Ł† ŁŠŲŗŁ…Ų±Ł‡ Ų§Ł„Ų¬Ł…Ų§Ł„
Ų¬Ł…Ų§Ł„ Ų¹Ų“Ł‚ Ų§Ł„Ų§Ł„Ų¹Ų§ŲØ
Ų§Ł…Ų§Ł„ Ł‚Ł„ŲØ Ų§Ł„Ų§Ł„Ų¹Ų§ŲØ
Ł…ŁƒŲ§Ł† Ų§Ł„Ų§Ł„Ų¹Ų§ŲØ
ŲÆŁˆŲ­ŲŖŁŠ

Verse 3;
You've got the speed
and you've got the power
you've got what it takes
this will be your finest hour
and you have the faith
when all hope is gone
you find the strength
to still carry on

Chorus;

Ų¬Ł†ŲØ ŲØŲ¬Ł†ŲØ
Ł…Ų¹Ų§ Ł†Ų®ŲŖŲ±Ł‚ Ų§Ł„Ų¬ŲØŲ§Ł„
shoulder to shoulder
there's nothing we can't do
Ų­Ł„Ł… Ų§Ł„ŲŗŲÆ
ŁˆŲ·Ł† ŁŠŲŗŁ…Ų±Ł‡ Ų§Ł„Ų¬Ł…Ų§Ł„
the power of the games
the spirit of the games
the heart of the games
is me and you...

Thursday 14 December 2006

BULAT - From Sipitang to Keningau

Ya, Bulat namanya. Warna hitam pekat. Adik beradik dengan Teratai, Hame dan Salem. Jauh perjalanan si Bulat ni sampai di sini. Di rumah ni.


KRONOLOGI:

April 2006;
Bulat dan adik beradiknya dilahirkan. Saya dan 2 orang kawan angkut dia dan yang lain lain termasuk ibunya masuk dalam bilik. Belikan tempat tidur yang lebih sempurna dan belikan makanan yang lebih berkhasiat.

Mei 2006;
Bulat dan adik beradiknya membesar dengan sihat dan semakin lasak. Tiap kali kami nak pergi kerja, mereka pasti menghantar sekurang kurangnya sampai tangga dan bila kami balik kerja, mereka pasti menunggu di depan pintu.

Jun 2006;
Tugas di sini telah selesai dan kami semua akan kembali ke kampung halaman masing masing. Saya rancang untuk membawa bersama Bulat dan adik beradiknya balik bersama saya kecuali Hame. Kawan saya sudah booking Hame untuk dihadiahkan kepada boyfriendnya. Yang kejamnya, ibu mereka saya tinggalkan terkulat kulat di bilik itu.

Perjalanan hampir 3 jam dari Sipitang ke Kota Kinabalu saya tak lalui dengan mudah. Memang seronok tengok gelagat mereka melompat sana sini dalam bas. Tapi yang bikin saya hangin satu badan bila di pertengahan jalan Hame kencing saya di riba dan air kencingnya sangat banyak dan baunya sangat hamis. Terpaksa berhenti di stesen minyak untuk basuh seluar dan mana mana yang patut.

Sampai Kota Kinabalu saya tinggalkan mereka di stesen bas. Dan, Paci menunggu bersama sama mereka sementara saya pergi dapatkan teksi. Perjalanan ke Keningau tidak banyak halangannya sebab cuaca yang agak sejuk menyebabkan kami semua tertidur.

Dari sini bermulalah karier saya sebagai ibu dan bapa rasmi kepada Bulat dan adik beradiknya. Saya belikan susu khas untuk tumbesaran mereka. Dan saya juga belikan tempat tidur yang lebih selesa.

Makan, minum, tidur, main. Putaran hidup mereka berlangsung seperti itu saja. Apabila semakin lasak, saya buatkan tempat tidur yang lebih besar dan tinggi. Dan saya tambahkan rakan buat mereka; Chief, Kuntum, Gadis, Rangga, Spiderman dan Gapil.

Hari ini;
Bulat sudah mati. Sebab Kematian: Dilanggar tanpa niat oleh tayar kancil 850 warna maroon iaitu KERETA KAKAK SAYA! Waktu dia maklumkan tentang hal ni saya baru bangun tidur dan saya berasakan ini cuma satu mimpi ngeri. Tapi malam tadi, saya tidak nampak kelibat dia dan saya dapat confirmation dari kakak bahawa dia telah 'terlanggar' Bulat time nak parking masuk rumah. Entah macam manalah dia boleh pass test parking tu, kucing pun boleh boleh dia lanyak.

Kesian Bulat. Dia dah dikebumikan petang itu jugak. Dan malam tadi hujan turun dengan lebat selebat lebatnya..


Kesian saya, Chief, Rangga dan sekarang Bulat dah mati. Harap harap kucing yang ada sekarang berkekalan sampai ke tua.

Monday 11 December 2006

Renjis renjis di pulas

2, 3 hari ni quite busy. Cousin saya merangkap rakan sebaya nak kahwin dengan boyfriend dia la. Majlisnya mak datok, untuk peringkat kampung kampung yang ni lah kot yang paling grand dari segi persiapannya. Sebelum ni, belum pernah lagi orang kampung kahwin tempah pintu gerbang. Pelamin dia pun world! Itu belum kira lagi cenderahati untuk tetamu. Kipas cina yang sangat cute dan comel. Sebelum sebelum ni takat bunga telur dan gula gula dalam kotak saja. Itu lah untung kalau ada duit, buat apa pun jadi. Bukan macam saya ni, bak kata Superman berak pun tahi tak cantik.

Sudah namanya cousin, jadi AJK AJK penting untuk majlis ni tentunya terdiri daripada adik beradik dalam rumah saya ni. Siap dapat surat lantikan lagi. Lepas ni saya mesti tagih sijil penyertaan. Hari tu dia kata ok. Ha ha ha! Semuanya berjalan lancar, kecuali SATU...ya SATU...

....Saya jadi emcee terjun badak gemok. Badak gemok pun tak terjun macam ni. Emcee yang dah dihantar surat lantikan tu last last minute cabut lari sembunyi belakang pokok mangga. Dia cakap suara dia tak keluar sebab tengok ramai sangat rombongan dari pihak lelaki. Saya tengok muka dia pun dah pucat pucat lintah, jadi saya setuju saja takeover tempat dia.

Dan kegilaan kuasa saya telah menjelma sebaik saja saya memegang mikrofon. Maka bergemalah suara merdu saya ni di serata rumah pengantin disulami dengan hujan yang makin lebat..

Saya mesti dapat sijil penyertaan untuk jawatan yang ini juga..

Wednesday 6 December 2006

SURECO

Tadi, jam 7:30 - 10:30 malam berlaku demonstrasi di rumah ni. Tak ramai, orang luar cuma 3, 4 orang. Yang ramai anak anak dara dan mak mak budak selaku penghuni rumah ni. Semuanya gara gara SURECO. Ya... SURECO, yang syampunya telah menjadikan rambut saya menjadi spesis dedawai dan kopinya yang membuatkan selera makan saya super XXL.

Person yang buat demo tu didatangkan khas dari Sandakan. Jauhnya dia berjalan semata mata nak servis downline. Semangat saya pun makin menaik naik bila tengok demo barangan Sureco depan mata sendiri. Tak sangka pula mandian yang tersangat wangi yang saya gunakan sebelum ni menjadi berketul ketul dan menggelikan apabila dicampurkan dengan air paip dan garam. Eiiiyaakk. Beberapa hari lalu saya memang sudah bertukar kepada mandian Sureco tapi mulut ni masih laser mengutuk ngutuk sebab mandian tu tak banyak buih. Mandi pun rasa macam tak bersih.

Tadi mahu juga saya tanya kepada that person, kenapa barang barang ni tak berkesan dengan saya, tapi akhirnya saya diam saja. Itulah, malu tak bertempat.

Apapun, semangat saya dah naik berpersen persen bila tengok kereta dia yang sangat besar dan mewah.

Semuanya gara gara SURECO.



Hoki

Tengahari tadi, saya dan adik adik tonton perlawanan hoki Malaysia vs Japang. Macam biasa, yang menjadi tarikan utama..


"hensemnya pemain no. 10"
"Tengku Abdullah tu"
"yang nama Megat pun hensem, jersi no. 7"
"muka melayu yang hensem"
"yang no. 10 muka dia macam Farish durian runtuh"
"siapa Farish?"
"Farish la, hensemnya. Kalau kau nampak kau pun mesti cakap hensem"
"muka melayu yang hensem ka..?"
"yaaaa...."


Memang sah mata keranjang semua anak anak dara dalam rumah ni. Kalau join basketball confirm masuk gol!

Tuesday 5 December 2006

Semalam

Beberapa hari blog ni tak update sebab komputer usang ni buat hal. Kecik kecik tak nak mampus, besar besar menyusahkan orang.

Sepanjang hari ni saya dan adik beradik sibuk tengok siaran langsung Asian Games. Macam biasa, kami jadi pengkritik di balik skrin. Mana atlet yang terlebih hensem, dipuji melambung lambung. Mana mana yang kureng hensem dikutuk sikit sikit. Mana yang langsung tak hensem, dikutuk sampai tak cukup air liur. Acara swimming terutamanya. Yang gemuk gemuk boroi itulah yang dikritik habis habisan. Macamlah rupa dan gaya yang dipertandingkan. At last yang tak hensem tu jugak yang raih gold.

Sibuk sibuk tonton sukan asia, sinetron bawang putih bawang merah tetap jadi siaran wajib tayang di rumah ni. Kalau sudah start drama ni, macam macamlah sumpah seranah yang keluar. Agaknya pelakon pelakon drama ni balik balik tergigit lidah terhantuk dinding termakan sumpah berguni guni. Entah siapa la penulis skrip sinetron ni. Bego' nak mamposh. Bego bego pun juta juta juga rating drama ni.

Lagi, pasal kopi cenkudu. Saya dah stop minum sebab nampaknya selera makan dah tak boleh dikawal. Hari tu saya makan maggie + telur 2 biji. Lepas tu saya belasah nasi sepinggan. Then, kuih sebiji. Sebiji lagi, sebiji lagi. Last last jadi berbiji biji. Adik beradik dah warning berjela jela, "nanti kau gemuk", "nanti kau gemuk", "nanti kau gemuk". Diorang cakap saya gudoot, rangka, undun. Apapun maksudnya, semua menjurus kepada 'kuat makan'. Dan saya jawab ni, "saya laparrr, biarlah saya gemuk". Ukaaa' poddi...!

Semalam blackout. Lebih kurang jam 10 lebih. Mencinye. Tak dapat tengok habis cerita Cupid and Cate. Belum pukul 12 terpaksa tidur. Meraung raung dalam kepanasan.

Hari tu saya menang lawan chess online dengan si Jehan. Ha ha ha!

Saturday 2 December 2006

Poco poco

2 hari lepas kak long yang kerja nurse beritahu ada majlis perpisahan doktor nak pindah. Majlis tu buat kat hotel. Saya yang mata keranjang ni pun mengada ngada nak ikut. Dia cakap kena bayar. Saya setuju saja. Then adik bongsu yang terdengar berita ni mengada ngada nak ikut juga. Yang saya tak puas hati (tunjuk langit), saya (tunjuk dada sendiri) kena bayar untuk dia (tunjuk skrin). Then bincang bincang dengan kakak, saya support separuh, dia separuh. Memanjang terus senyuman si kawan.

Masa di hotel, boleh tahanlah decoration dia. Sejuk gila babeng sebab aircond atas kepala. Saya dan adik pun bersikap sopan santun nak mampus sebab semua guest yang hadir seorang pun kami tak kenal kecuali kakak. Sambil tu mata tetap mencari cari mana mana doktor yang hensem. Menu? quite tasty. Kenyang sampai nak termuntah. Lepas makan ada acara tari menari dan sesi menyumbangkan suara. Boleh tahan jugak kakitangan hospital ni. He he he.

Nak dijadikan cerita, masa acara tari menari, tiba tiba keluar tarian poco poco. Diorang menari tarian poco poco..? Ahh... kaki saya apalagi, rancak menari nari bawah meja. Saya beritahu kakak saya tahu menari tarian ni. Dalam kem khidmat negara, poco poco wajib tapi dipanggil jasmani berirama.

Sampai sekarang masih kecewa sebab tak dapat lepas gian menari. Menari dalam bilik tak best sebab tiada muzik.

..melinggang pata pata...

Friday 1 December 2006

Cenkudu

Pagi tadi saya cuci rambut guna syampu cap cenkudu SURECO. Dan rambut saya telah menjadi dawai dawai kokot. Saya marah marah adik lelaki sebab saya beli syampu ni dari dia. Ejen la katakan. Selamba dia cakap rambut dia lembut je. Agaknya saya kena go back to jenama tutt...kot!

Itu syampu cenkudu. Yang ini pasal kopinya pula. Adik perempuan (ni pun ejen juga) beritahu yang dia dah kurus, seluar dah longgar, selera makan dah kurang. Semuanya gara gara kopi cenkudu. Itu dia.

Saya: Seluar yang dulu longgar sekarang dah fit. Makan nasi mantain 2 kali sehari, tapi kuantiti berganda ganda. Sudah melantak nasi, tumpang pula menghabiskan maggie adik adik. Berat : Belum timbang ! Semuanya gara gara kopi cenkudu.

Benar dan pelik !