Wednesday 18 May 2011

Mengantuk Tahap Labu-Labi

Assalamualaikum..


Alhamdulillah...pagi tadi berjaya juga menyiapkan soalan untuk peperiksaan untuk first term ni. Empat paper beb, mana nda bepeluh ketiak. Riuh rendah guru-guru mau kasi siap paper masing-masing. Dateline hantar soalan untuk check dua kali tukar, kalu kena extend nda pa la juga. Satukali lagi, hari ni umum, bisuk mo antar suda. tepaksa la cigu semut tidur jam 4 pagi.


Pasal tidur jam 4 pagi lah ni saya sungguh lemah longlai di sekolah hari ni. Nasib labu-labi juga kelas nda banyak hari ni. First time in my life, time sekolah pi tidur dalam kereta. Mau cover kalau air liur keluar teda yang nampak..kunun la. Betul-betul tida buli tahan suda tu kepala mengantuk. Mau-mau satu jam juga saya tidur oo. Tebangun pun sebab tekejut dengar tu loceng mau pulang. 


Saya pikir, cukup suda tu bekalan satu jam tidur untuk drive pulang rumah. Tapi tiga kali juga saya berenti di siring jalan sebab mata macam mau 'main tutup mata' pula. Haih..satukali berenti, mata menjadi segar bugar pula. Jadi saya tida peduli, teruskan lah kunu tu pemanduan berhemah. Satukali lagi, hampir-hampir saya mau langgar tu divider di selekoh. Uii...bukan saya tetidur tapi mangkali ni enche utak telampau weak mau bagi signal sama enche tangan supaya kasi pusing steering. Adadada...kalau lambat sikit lagi pusing steering, pasti dalingku ini cium tu besi. Subhanallah, Allah masih bagi kesempatan untuk hidup di dunia ini.

OK, saya selamat sampai rumah dan meneruskan pembalasan si pitung. Kroh kroh buka mulut. Sebenarnya, moral of this story, jangan tangguh-tangguh kerja. Bukan dateline yang salah, tapi perancangan tidak begitu smooth..tak gitu cegu semut..? Hurm..

Mau titunnn...peace

Monday 9 May 2011

Raihan

Assalamualaikum..

Hello universe..hello world...hello blogspot. Apa kabar anak-anak..? Kabar baik cigu.. ish skema betoi la..

Rindu betul saya mau menulis ni tau..menulis pakai keyboard ok. Kalau menulis pakai pen, hadoii...mau kasi rehat-rehat la dulu..(tapi macam saya belum siap rancangan mengajar pula..aiiyaahh...terpaksa la ni menulis pakai pen lepas ni).Disebabkan kebosanan yang amat tinggi melihat pen-pen itu (hormon ndak berapa bagus mangkali ni), semua lesson minggu ni, zero-pen (untuk cigunya saja). Latihan untuk murid main fotostat ja, minggu depan baru cigunya periksa kerja murid selepas kempen zero-pen ini berakhir. Ada-ada ja cigu semut ini tau. 

Saya menulis ni bukan mau cerita hal sekolah, (awok penat, balik sekolah jam 1530H td..extra class Y6) tapi saja-saja mau menulis dan memuji Cik Raihan saya itu. Ha-ha-ha (kalau bab puji anak, numbul satu oo). Masuk hari ini, ada lebih kurang 5 hari lagi Cik Raihan akan berumur 1 tahun dan 3 bulan. Wah sungguh pantas masa berlalu. Sungguh tidak kusedari oo..(padahal hari-hari mark calendar). Hmm..kalau bawa Cik Raihan jalan-jalan, mesti urang tanya.. "eh eh.. berapa sudah umurnya ni..?" ... "apa sudah dia pandai ni..?" ... ataupun orang cakap macam ni. "aduuii...comelnya.....kiutnya kici-kici lagi suda pakai tudung.." ( Cik Raihan pakai tudung keluar dari pagar rumah since her 11 month year old)..kadang-kadang urang cakap macam ni.."kesian bah dia kepanasan, jangan dulu kasi pakai tudung bah.." .. uminya sanyum saja kalau Cik Raihan kena puji, papanya duluan kembang nda mau kempis-kempis sudah.

Cik Raihan - 1 tahun, 1 bulan

Sebenarnya, bukan saya atau suami mau menyeksakan Cik Raihan dengan memakaikan dia tudung. Bukan mau menunjuk umi atau papa Cik Raihan ni adalah orang alim-ulama. Adada...jauhnya untuk dipanggil macam itu tau kah urang-urang kampung sekalian. Ada beberapa sebab dan alasan kenapa Cik Raihan memakai pakaian menutup aurat seawal umur 1 tahun..(adoi..ini karangan Bahasa Malaysia ka apa?...). Ish..mau datang sudah itu taik-taik ayam mau menulis. Tidak apalah...kamurang anggap saja umi Cik Raihan buat begini atas dasar 'melentur buluh biarlah dari rebungnya..'. InshaAllah, umi doakan Raihan menjadi anak yang solehah dan mendoakan umi dan papa masuk Syurga. Amin.. (taip-taip ni sambil intai-intai wajah Cik Raihan yang sudah tidur mulut ternganga..).

Syukur juga Cik Raihan tidak macam kebanyakan kanak-kanak seusia dia yang rimas bila ada 'something' di kepala diorang..especially topi atau tudung. Sukurrr la nak. Sebab itu saya rasa si Cik Raihan  ni nda rasa terseksa sebab dia pandai buka juga tu tudung kalau dia rasa nda selesa. Tapi most of the time, kalau bawa dia pi KK, atau pulang Keningau, selagi tida kena buka tu tudung dia, selagi itulah melekat di kepala dia tu barang. Actually, kajen-kajen dia pun (usia kanak-kanak ribena), ramai sudah yang pakai tudung. Pengaruh yang baik juga untuk orang-orang yang sepatutnya sudah 'wajib' menutup aurat. "Nampak ya.. insan yang cemerlang datangnya dari hati yang bersih dengan jiwa yang tenang.." (baca macam eskil Johan kamtumi). 

Oklah..sampai sini sajalah untuk malam ini, time check 2202H. Saya mau pi kurik-kurik dulu pen yang paling cantik dan mahal supaya semangat sikit mau kasi siap tu RPH. Terpaksa kasi bubar tu kempen zero-pen. Adios, amigos...turss trusss truss...trusss....(tiba-tiba teingat upen ka...cupen tohh..)..

-Love-