Saturday 3 November 2012

New Buddy

Assalamualaikum…

Alhamdulillah..syukur pada Allah atas setiap rezeki yang dikurniakan kepada setiap hambanya.

Hari ini setelah sekian lama teringin, akhirnya ia berada dalam dakapan. Banyak hari juga berfikir dan membandingkan-bandingkan dengan yang lain tapi hati ini tetap pada ia. 

Semalam bawa Hasben pi Technocrats, 1 Borneo beli benda ni..


MacBook Pro 13' RM3499. Kalau student/ guru/ lecturer beli boleh dapat education price iaitu diskaun RM300 dari harga asal. Apa yang penting, perlu ikut prosuder yang ditetapkan. Ada surat menyurat la yang mau diurus. Kalau beli online macam deducted terus. Mungkin la..


Sebelum beli Mac jenis ini, memang ada buat juga beberapa perbandingan dengan Mac yang lain. Saya terpesona dengan MacBook Air, ringan dan kecil. Tapi jurujual tu cakap kalau mau guna untuk kerja-kerja editing gambar/ video, bagus lagi beli MacBook Pro. Lagipun MacBook Air ni tidak ada tempat CD, nipis betul. Memang sudah juga plan sebelum ni mau mac guna untuk editing-editing. Jadi beli yang ni.


Lepas beli, ada saturang Technician bawa kami (read: ikut juga hasben and anak-anak dua orang tu) masuk dalam 1 bilik khas. Dia setup Apple ID dan register. Then dorang ajar saya macam mana guna ni benda sebab sebelum ni memang pengguna tegar Ms Windows.


Fuh, kalau tidak biasa sama produk Apple macam saya ni, memang bingung-bingung guna Mac ni. Kebanyakan function bertentangan dengan windows. Ada beberapa screenshot untuk buat perbandingan.



Ini interface macbook pro saya. Dock di bawah tu paling siok. Senang mau akses program yang selalu diguna. Ms Windows pun ada juga, cuma yang ni display cantik sikitlah.




Ini Launchpad. Kalau dalam Ms Windows..yang ni dalam all program tu.




Ini interface untuk ms word. Lebih kurang kalau guna Ms Windows. Namanya pun microsoft office for mac. Tempat exit semuanya berada di sebelah atas kiri. Bertentangan dengan Ms Windows.



Tempat untuk shutdown bahagian atas. Kalau Ms Windows ia berada di bawah.




Multi screen/desktop. Fungsi, contohnya kalau buat kerja rasmi guna desktop 1, kalau buat kerja saja-saja contoh facebook kaa, edit-edit kaa…guna desktop 2. Jadi tidaklah becampur baur tu skrin. Boleh juga tambah-tambah lagi desktop tu mau sampai berapa yang kamu suka. tapi tidak tau pula kalau ada limit. Kalau Ms Windows..paling-paling kita minimize aja mana-mana inactive open window untuk buka window baru kan..kan..




Ini Finder. Lebih kurang My Computer kalau dalam Ms Windows




Selain daripada beli ini Macbook, ada juga beberapa aksesori tambahan yang saya beli untuk melengkapkan new buddy saya ni. Check this out.





Mini DisplayPort to VGA Adapter RM99. Ini gunanya untuk membuat sambungan ke wayar  projector tu.  Ini sangat penting untuk kerja Cikgu macam saya ni. Haruslah hari-hari buat tayangan lepas ni haha.




Matte Case. Kaler hasben yang pilih. Konon kaler world scout. Ikut jah.  RM200+.  Kalau cek di lelong.com.my ada juga jual ni benda dengan harga yang agak murah. Kualiti tidak pasti macam mana. Tapi saya rasa ini memang ada yang jual murah walaupun orijinal. Sebab ini bukan produk Apple. Ini syarikat lain buat untuk Apple. Jadi harga bukan di bawah kawalan Apple..giteww..





Apple Magic Mouse Rm299. Memang magic betul mouse ni. Bluetooth. Guna kuasa bateri AA 2 biji. Function jauh berbeza dengan mouse biasa. Patutlah mahal betul. Tapi smat betul ni mouse. Sampai sekarang masih jakun terhadap ni barang.



Microsoft Office for mac. RM699. Untuk 3 users/macs. Ada juga dijual  yang untuk 1user/ mac saja, harga dalam RM499.  Beli ini sebab ada ura-ura kawan-kawan hasben mau beli macbook juga, jadi boleh share bayar. Bijak juga Apple cooperate dengan Microsoft sebab majoriti pengguna komputer di dunia ni memang pengguna tegar MS Windows. Sekurang-kurangnya, semua dokumen word dalam laptop lama boleh transfer ke macbook nih.



Kalau ada sesiapa yang mau beli produk Apple, tidak perlu pilih kedai mana yang jual paling murah. Sebab kawalan harga untuk barang dorang memang sangat ketat. Sama harga - world wide. Yang berbeza cuma nilai wang sesebuah negara saja. Contoh: Kalau di Malaysia Harga Mac RM3499, di Indonesia harganya IDR12991025 (12 juta rupiah). Kalau beli online pun, harga sama juga.

OK..sekian sahaja cerita saya pada hari ini haha. Lepas ini mau pi bercuti. Sudah book hotel di Karambunai. Assalamualaikum..