Tuesday 19 June 2012

Penyusuan Bayi Secara Esklusif

Assalamualaikum..


Kesian Raihan masa kecil dulu. Dapat rasa susu badan setakat umur 4bulan ++. Semuanya berpunca daripada diri saya sendiri. Manja melampau tidak mau rasa sakit, tambah lagi kurang pengalaman. Walaupun orang di sekeliling menyokong sepenuhnya usaha saya menyusukan anak, tapi akhirnya saya sendiri yang tewas dengan ego dan 'ketubalan' yang tidak boleh dibendung. Macam bodooow pun ada. Sebab tidak rela rasa sakit tu sanggup menidakkan hak anak mendapat susu badan yang penuh khasiat. Masyaallah!

Giliran Raudhah, sejak dia berumur seawal beberapa bulan dalam kandungan, saya sudah berniat untuk menyusukan bayi secara esklusif walau apapun cabarannya. 

Macam-macam persediaan. Semua gambar ihsan google sebab malas mau gambar barang yang sudah dibeli. Dasar pemalas macam ni la haha. Selepas ini adalah entri throwback. Kikiki..




1. Pam Susu Manual (brand AVENT). Harga RM300++. Beli di Parkson 1Borneo ja. Malas mau terjah kedai lain sebab kebetulan time ni cari baju baby.


Pam manual

Dapat semua barang macam dalam gambar ni



2.  Double Ziplock Breastmilk Storage Bag (Brand Autumnz). Beli online di www.onebabyworld.com. Masa beli harga dalam RM10+ sekotak yang di dalamnya ada 25 bags. Saya beli 2 kotak. Ada dijual size 12oz dan 7oz. Saya beli yang 7oz sebab biasanya dalam satu masa baby menyusu  dalam kuantiti 7oz saja.


Double ziplock untuk perlindungan tambahan




3.  Stereliser + Food Warmer (Brand Autumnz). Harga RM230 . Beli Online di www.onebabyworld.comHarap-harap dapat digunakan dengan baik sebab 1st time membeli ni. Masa anak 1st dulu, semua pakai manual. Steril guna air mendidih then panaskan makanan guna periuk hahaha. Sebab utama beli ni ialah supaya mudah panaskan EBM. Insyaallah berbaloi beli.

stereliser tu boleh muat botol susu hingga saiz wide tommytipee tu.




4. Nursing Butter (Brand PALMER'S). Harga tidak ingat berapa. Beli di farmasi aja. Ini untuk lembutkan nipple dan kurangkan rasa sakit bila baby menyusu. Disapu pada nipple sebelum baby menyusu. Selamat untuk baby.

Ada bermacam lagi produk dari PALMER'S yang sesuai untuk mommy. Boleh google hehe




5. Nursing Wear (Brand Autumnz). Beli Online di www.onebabyworld.com. Suka beli brand Autumnz sebab harga yang mampu milik di samping barangnya berkualiti. Untuk nursing wear ni, kain yang digunakan semuanya cotton lembut, serap peluh dan tidak panas. Mudah untuk menyusukan baby tanpa menampakkan bahagian-bahagian yang tidak perlu hehe. Kalau rajin cek website www.onebabyworld.com, memang selalu ada potongan harga. Berbaloi-baloi. 



RM59.90


RM59.90


RM59.90

RM59.90


RM59.90




6. Nursing Cover (Brand Autumnz). Harga dalam 39.00. Beli online di www.onebabyworld.com. Memang suka online shopping di sini sebab good service. Kalau barang yang kita order tu ada masalah sebelum dipos (contoh: warna/ saiz yang dikehendaki habis stok, ada kerosakan pada produk dsb) mereka akan immediate call dan beri suggestion what next. Dan pekerja yang call tu sangat ramah. Suka.



Saya pilih warna khaki ni sebab masa ni mata asyik terpersona dengan warna-warna tanah.  Nursing cover ni ada butang yang memudahkan mommy-mommy menyusukan bayi mereka. Jangan risau, baby tidak akan lemas sekalipun seluruh kepalanya ditutup dengan kain ni sebab kainnya lembut dan nipis.



Selain daripada membeli barang-barang yang membantu kepada penyusuan, sempat juga saya membeli barang-barang sampingan khas untuk baby baru hehe. Seronok sebenarnya shoping barang baby daripada barang sendiri.  




7. Multi-portion Food Storage (Brand BEABA). Saya beli warna oren. Beli Online (Lupa nama kedai).  Harga RM90 + RM10 (postage). Sekali pi jalan-jalan di Suria Sabah, nampak benda ni jual RM80 jah. Cis. Best benda ni bila simpan makanan (freeze), hanya perlu picit bahagian bawah portion yang ingin digunakan. Senang tidak perlu ganggu portion lain. Makanan tu nanti berangan mau panaskan guna warmer di atas tu. Semangat mak! He he he.

Saya beli warna ni


Hanya perlu picit portion yang ingin dikeluarkan. 




8. Baby Seat (Brand BUMBO). Beli Online. RM220 (with tray), RM190 (without tray). Saya beli yang ada tray macam dalam gambar. Sebelum beli saya buat survey, asalkan tulang baby sudah kuat untuk duduk (bukan duduk sindri yaa), maka baby boleh sudah duduk bersuka ria  dalam ni. Hehehe. Senang guna ni masa bagi baby makan sebab dia tidak boleh lari ke sana ke mari.



Tray tu boleh ditanggalkan sekiranya kita tidak mahu guna. Tray sesuai di pasang ketika baby  hendak makan atau main. Mudah letakkan barang atas tu dan biar baby main-main ikut suka dia. Jangan bagi main guli sudahlah.



9. Stroller (Brand My Dear). Beli di Parkwell KK Plaza. Harga RM400. Tidak banyak pilihan di samping membeli dalam keadaan rush. Di Sabah, harga memang lebih mahal berbanding harga di Semenanjung. Terima sajalah. Lagipun orang Sabah ni kaya-kaya. Wkwkwk..  




Saiz agak besar, storage pun agak luas. Ada tempat simpan air di depan dan di atas dekat dengan handle. Sesuai untuk orang yang selalu makan fast food lepas tu minuman tidak habis. 




OK baik..berbalik kepada tajuk di atas tu. Alhamdulillah..kesakitan yang sama dirasai sewaktu Raihan dulu dapat diatasi. Ternyata dulu tu memang mengada-ngada minta puji. Sekejap saja rasa sakit tu...dalam beberapa hari. Sentiasa menyusukan bayi akan menghilangkan rasa sakit itu sendiri. 

Keseronokan menyusukan baby sendiri tidak dapat digambarkan perasaannya. Bagai dibuai-buai  tidur tu. Heaven.

Alhamdulillah..setakat hari ini...Raudhah hanya menyusu susu ibu. Tiada campur-campur susu lembu. Tapi……. macam ….. si kecil ni tidak mau minum susu badan dari botol. Gulp! Nanti cerita lain kali..


Saturday 16 June 2012

Pengalaman Bersalin Raudhah

Assalamualaikum...

Baby Raudhah tidur. Siang-siang dia memang hantu tidur. Lepas tu sebelah malam jadi hantu pungguk. Mata besar bulat. Saya juga yang jadi hantu nanti. Penyakit jaundice hari tu mau juga 2 minggu baru sembuh. Memandangkan sudah ada pengalaman masa Raihan pasal jaundice ni..jadi perasaan itu boleh dikawal sudah. Tidak suda menangis ngongoi-ngongoi hahaha.

Umur 3 hari


Alhamdulillah...mudah saja lahirkan Raudhah ni. Sama macam Raihan juga. Mungkin ini bahagian dan rezeki saya masa lahirkan 2 orang anak perempuan ini. Kalau next baby tidak tau pula macam mana keadaannya nanti. Kita harapkan dan doakan yang baik-baik saja. (belum ada next baby.. saya bilang kalau..)

Umur 1 minggu dengan kakak Raihan



28 Mei 2012
8 a.m

Cek ultrasound oleh doktor pakar Dr. Michael. Kata-kata yang keluar dari mulutnya lembut dan menenangkan hati pesakit. Kurang sikit gemuruh dan takut bila terkenangkan delivery plan untuk saya.

Dr. Michael : Mama...esok kita operate ya. Baby still oblique lie. Kepala baby masih jauh untuk turun ke bawah. (Sambil gerak-gerakkan cursor scanner tu, lepas tu tekan-tekan perut mencari kepala baby)

Mama : Errr....(blur, panic)

Dr. Michael : Dont worry mama...

Lega sekejap..lepas tu panic balik. Nasib la husband ada di sisi kasi kawan. 


2.00 p.m
Suami balik rumah untuk mandi, solat, beli makanan. Raihan melekat saja la sama papa dia. Tinggallah ibu mengandung seorang diri menunggu nurse buat routine checkup. Cek degupan nadi ibu sambil tengok jam tangan gantung di nametag (biasa nurse aja yang pakai jam gantung ni). Dorang gantung sebab mereka kata susah kalau pakai di tangan. Kejap-kejap pakai glove. Kejap-kejap cuci tangan. Memang saya tengok pun macam tiada nurse yang pakai jam di tangan. Semuanya dalam poket atau gantung di leher. Panjang pula penerangan pasal jam ni kekekek.

Lepas nurse tu keluar, masuk pula Sister (nurse baju biru laut) bawa borang-borang untuk ditandatangan. Surat persetujuan pembedahan dan tanggung risiko semua-semualah. Masa sign ni langsung tiada perasaan. Terus telefon mama.

3.30 pm
Pi tandas, ada keluar darah sikit-sikit warna coklat. Lebih kurang macam darah haid awal-awal tu atau yang sudah penghujungnya. Disebabkan saya sudah ada pengalaman sebelum ni, saya tidak panik. Lagipun suda dalam wad. Kalau ada emegency..tekan saja loceng hehe. Bila ada nurse masuk, saya kasi tau pasal ni. Nurse tu keluar dan datang balik bagi ubat berak yang liquid tu. Suh berak kosongkan perut. Manatau masa meneran baby teberak pula sana. (Eii geli pula...respek betul sama nurse2 yang kasi beranak orang ni). 

5.30 p.m
Doc Loly datang bagitau esok tidak jadi operate sebab tidak cukup medical officer. Banyak kes emegency dalam list esok. Jadi kiranya saya ni waiting list yang tidak emergency. Sigh! Meaning..saya punya turn operate pada 30 Mei 2012. Sehari selepas due date. Redha sajalah. Sebenarnya saya tidak sabar suda mau beranak. Kalau boleh mahu keluarkan baby ni dengan segera hehe. Sesiapapun kalau sudah masuk wad pasti tidak sabar untuk melahirkan anak. Siapa juga mau lama-lama dalam wad ni.

7.00 p.m
Mula rasa contraction. Kadang-kadang saja datang rasa sakit tu. Bila datang rasa sakit...saya cuma mampu genggam tangan suami kuat-kuat. Sampai biru tangan laki kena pisit.

9.00 p.m
Nurse bawa pi bilik sebelah iaitu bilik pemeriksaan untuk cek bukaan rahim. 1st check..2 cm. Nurse suh baring-baring lagi di bilik.

10.00 p.m
Sempat lagi tetidur. Suami tetap setia menemani di sebelah katil. Raihan baring atas katil dengan saya haha. Sekali lagi pi bilik sebelah cek bukaan rahim. 3 cm.

11.30 p.m
Doc Loly datang buat ultrasound. Baby ok..kepala masih belum engaged. Dr Loly cakap kalau baby mau keluar malam ni kena teran kuat sikit sebab kepala jauh dari pintu rahim. Seram sejuk pula dengar. Memang selawat dan zikir sepanjang masa. Lepas cek baring semula dalam bilik. Ngantuk pula. Tetidur lagi.


29 Mei 2012
1.50 a.m 
Sakit makin kerap datang. Selang 3 minit datang tu sakit. Subhanallah..sakitnya hanya Allah sahaja yang dapat hilangkannya. Sakit teramat sakit tiap kali berlaku contraction. Hanya mampu genggam tangan suami kuat-kuat. Raihan suda tidur membuta. Suami panggil nurse di luar. Sekali lagi cek bukaan rahim, 4cm sudah. Saya beguling-guling atas katil. Saya tau sakit ni kalau macam ni memang kalau teran boleh keluar baby. Muka suami nampak risau tengok bini menahan kesakitan. Masyaallah..sakit bagai tidak tertanggung. Suami pi cek di luar, rupanya wheelchair suda lama ready di luar pintu bilik. Cepat-cepat duduk atas kerusi roda. Bila saya bagitau nurse tu saya rasa mau berak, kelam kabut dia bawa saya ke labour room di tingkat bawah. Jarum pun tidak sempat cucuk di tangan. Masuk bilik ja..nurse terus buat persiapan. Ada seorang saja nurse dalam bilik saya masa tu. Ada 4 ibu yang lain sedang bertarung untuk bersalin di bilik lain. 


2.20 am
10 minit lepas dimasukkan dalam bilik ni memang amazing. Saya rasa mau teberak yang tidak boleh ditahan lagi. Dia punya feeling..macam sedap betul kalau push ni. Hahhaha. 

Mama : Nurse..saya mau berak ni...
Nurse : Kejap aa mama..kita cek dulu

Nurse tu pun cek bukaan rahim. Tiba-tiba dia teriak...

"Mama..mama...ajan..ajan... 10 cm suda ni. Mau keluar sudah baby"
(Ajan tu maksudnya teran..bukan azan panggil solat tu)

Dengan kudrat yang ada saya sedaya upaya meneran. Dua kali teran belum keluar lagi baby. Nurse tu suruh teran lagi kuat dari tadi. Kami berdua ja dalam labor room masa tu. Pelik juga saya kenapa baby tidak keluar-keluar lagi ni. Rest 2 saat baru teringat cakap doktor..baby punya kepala masih jauh dari pintu rahim, jadi kena push lebih sikit supaya baby keluar.

Mama : Nurse ada sudah kepala baby?
Nurse : Belum ada ni..ajan lagi mama. Kita tolong menolong ya..saya kira 1, 2, 3 terus kau ajan. Oh ya..kaki kau di sini..jangan tendang saya.

Sempat lagi saya ketawa. Adoi. Tiba-tiba datang lagi tu sakit mau berak. Sekali push ja..tiba-tiba terasa kaki baby menendang-nendang. Tidak lama..dengar suara baby menangis. Baby teriak-teriak saya pun nangis juga. Hilang semua rasa sakit bila dengar suara anak kita nangis.

Nurse tu ucap tahniah sambil letak tu baby atas badan saya. Meleleh-leleh air mata tengok baby selamat dan sihat dalam pangkuan. Sesiapapun yang pernah melahirkan anak pasti pernah merasai perasaan ini. Kegembiraan yang tiada tandingannya. Tidak lama, sebelum baby di angkat balik untuk diurus (mandi, sedut-sedut hingus etc). Saya ngantuk betul lepas tu. Tidak peduli apa suda nurse tu buat. Mengantukkk!!

Tidak sedar saya sudah tetidur sebab telampau penat. Sebelum tidur sempat saya kena kasi minum air suam dan makan roti. Untuk bagi tenaga sikit cover yang sudah hilang time mengajan tadi keke. Tanya tu nurse boleh tidur ka tidak..dia cakap tidur saja..

Uik..panjang betul pula ni..hahaha.

#29 Mei juga adalah tarikh pernikahan saya dan suami. Sweet coincidence :)