Thursday, 23 November 2006

Dia lagi

Macam biasa kakak saya yang kerja nurse tu hantar anak anak dia yang 3 orang tu kat rumah ni. Biasanya adik lelaki saya merangkap baby sitter yang pergi rumah dia. Maka bermulalah lagi cabaran dan dugaan di hari khamis yang indah ni.

Hanya orang orang yang kebal saja boleh tahan dengan karenah anak anak sedara saya ni. Kalau kedajalan diorang ni boleh diukur sizenya, mahu saya kategorikan super duper xxxL. Jahatnya makcik ni.

Tengahari tadi, anak yang nombor 2, yang umur 3 tahun tu buat hal. Dia dah songlapkan sebiji ubat khas untuk berhenti merokok. Bapak saya la tu letak merata rata.

"kau ambil ubat atuk ya?"
. saya tunjuk tunjuk ubat tu kat muka dia
"tiada..". sambil lompat lompat
"abis, mana sebiji?". dah hangin
"abang makan". dia tuduh abang dia yang takde di tempat kejadian
"jangan tuduh tuduh". makin garang konon
"napa tak pandai simpan barang, tengok dah hilang". dia blah

Saya ketap ketap bibir sampai sakit. Lagi sakit hati tengok dia ketawakan saya. Mungkin ini kesannya. Minggu lalu kakak ada cakap yang dia dah telan ubat kecerdasan 60 biji sekaligus. Nasib baik tak pengsan.



Anak bertuah


No comments: