Sunday, 31 December 2006

Selamat Hari Raya Aidiladha 1427H

Syukur Alhamdulillah. Untuk aidiladha 1427 ini saya masih sempat merayakannya bersama keluarga dan saudara mara. Juadah di pagi raya, lemang buatan mama, ayam panggang, ayam masak kicap, nangka masak lemak, kek dan kuih muih. Aktiviti selepas sembahyang raya: mama dan bapak pergi masjid untuk aktiviti korban, adik lelaki pergi bersihkan kubur dan wanita wanita pula melepak menonton tv sambil menunggu tetamu kunjung tiba.

Aktiviti sebelah petang, pergi beraya di rumah saudara mara terdekat. Beraya, beraya juga, sinetron bawang putih bawang merah tetap jadi siaran wajib tengok!

Semalam Majlis perkahwinan kawan saya, Suzika di Kg. Simpudu, Papar. Saya dan si dia naik bas seawal 7 pagi pergi KK naik bas. Sampai KK jam 9:30, jadi kami breakfast dulu sambil tunggu 2 orang kawan lagi yang akan bersama sama ke Papar nanti. Janji jam 10 pagi. Batang hidung mereka muncul jam 11:30 pagi. So? Saya relax saja, tapi si dia dah merungut rungut sebab tunggu lama sangat.

Apapun, perjalanan kami lancar pergi dan balik. Walaupun hari tu ada 2 pasang pengantin tapi my friend tetap yang paling cantik dan lawa. Pengantin perempuan lagi seorang tu tak berapa berseri seri. Dahlah jerawat bertompok tompok, blusher terangnya mak datok. My friend dah janji kalau tiada aral melintang, dia nak jadi wedding planner saya. Wah..! Hambik kau semut! Apapun, selamat pengantin baru Ika!

No comments: