Monday, 25 December 2006

Merry Christmas

Dari semalam saya bermati matian menghabiskan kredit mengSMS 'Mery x'mas n hapy new year' kepada kawan kawan tertentu. Phonebook kedua dua telefon saya bongkar cari nama nama yang dah lama sepi dari pendengaran dan memori kepala otak saya ni. Ada pula nama yang saya langsung tak ingat. Apa nak jadi la dengan saya ni. Makin hari makin berkarat. Kalau emas berkarat karat bolehlah lonjak harga pasaran tapi kalau otak yang berkarat, kau nak?

Kakak kakak dan adik adik saya sibuk menyerang rumah terbuka krismas dan majlis kenduri kendara kahwin. Saya off hari ni. Tidak join mana mana korum. Diet la kononnya. Sebelum puasa dulu saya dan adik adik betting nak turunkan berat badan. Sekarang ini dah nak habis tahun, berat badan saya naik berpaun paun pula rasanya.

Selamat hari natal kepada yang merayakannya. Sambutan kat kampung saya ni biasa biasa saja. Cuma yang tak tahannya acara karaoke sampai pagi. Mahu tidur pun sakit. Lagi yang tak best bila diorang minum tapai sampai mabuk. Bila dah mabuk, gaduh libas libas parang pun bagai main cuit cuit bahu saja. Masyaallah!

Anyway, satu kegilaan baru di rumah ini adalah menonton drama korea "sweet spy". Yang paling diminati bukan apa, cuma pelakonnya yang seorang ni. Dennis O'neill. Ya ampun, handsomenya. Bagai nak pengsan adik beradik melihat kehenseman dia ni. Mulut seorang satu pun dah kering air liur asyik memuji muji kekacakan dan ketampanan dia ni. Muka tengah sememeh pun tetap hensem. Oh..kalau pasal pasal ni memang hard to describe. Apapun..cekidaut..










No comments: