Berplastik plastik dan bertapau tapau..
Saya baru balik dari menghadiri aktiviti makan makan di Hospital Keningau sempena Deeparaya dan Krismas. Ia ia je saya dan adik beradik menyibukkan diri sampai penuh 2 kereta. Dah memang hajat di hati datang semata mata nak makan. Oleh itu saya dah siap siap bawa beg disney kesayangan dan beg plastik. Paham paham sajalah untuk apa. Video cam pun saya angkut sekali sebab tinggal itu saja yang ada untuk merakamkan saat saat kegelojohan kami anak beranak. OMG!
Aktiviti di sana biasa biasa saja. Selain daripada tengok si naga dan singa terkinja kinja, aktiviti berbaris menunggu sate siap dibakar pun best jugak. Cuma banyak asap, kul! kul! kul! Sebab tu saya melarikan diri bermain buaian dan jongket jongket di taman permainan. Lepas tu main kejar kejar pula di main lobby hospital tu. Bahagianya. Bukan saya seorang tau! Dengan adik dan anak anak sedara. Ngeh ngeh ngeh!
Dah selesai mengumpul makanan yang berplastik plastik dan bertapau tapau, kami masuk dalam dewan duduk duduk dan berharap dapat cabutan tiket bertuah. Saya pegang semua tiket dan semua tiket juga sipi sipi saja kena. Sedihnya. Belum pernah lagi seumur hidup saya bertuah mendapat cabutan macam ni. Oh sumandak, you're not lucky!
Sebelum balik sempat lagi adik saya bungkus satu plastik keropok. Plastik besar tau! Dan saya pula yang jadi mangsa mengangkutnya balik. Bengong la dia tu. Tapi takpe sebab adik beradik lain berjaya mendapatkan berpiring piring kek . Waahh! Semuanya gilakan makanan. Macam tak pernah makan bertahun tahun. Nasiblah.
Asalnya datang 2 kereta, balik 3 kereta. Semuanya penuh dengan berplastik plastik dan bertapau tapau makanan. Dan berpiring piring kek.
No comments:
Post a Comment