Tadi, jam 7:30 - 10:30 malam berlaku demonstrasi di rumah ni. Tak ramai, orang luar cuma 3, 4 orang. Yang ramai anak anak dara dan mak mak budak selaku penghuni rumah ni. Semuanya gara gara SURECO. Ya... SURECO, yang syampunya telah menjadikan rambut saya menjadi spesis dedawai dan kopinya yang membuatkan selera makan saya super XXL.
Person yang buat demo tu didatangkan khas dari Sandakan. Jauhnya dia berjalan semata mata nak servis downline. Semangat saya pun makin menaik naik bila tengok demo barangan Sureco depan mata sendiri. Tak sangka pula mandian yang tersangat wangi yang saya gunakan sebelum ni menjadi berketul ketul dan menggelikan apabila dicampurkan dengan air paip dan garam. Eiiiyaakk. Beberapa hari lalu saya memang sudah bertukar kepada mandian Sureco tapi mulut ni masih laser mengutuk ngutuk sebab mandian tu tak banyak buih. Mandi pun rasa macam tak bersih.
Tadi mahu juga saya tanya kepada that person, kenapa barang barang ni tak berkesan dengan saya, tapi akhirnya saya diam saja. Itulah, malu tak bertempat.
Apapun, semangat saya dah naik berpersen persen bila tengok kereta dia yang sangat besar dan mewah.
Semuanya gara gara SURECO.
No comments:
Post a Comment