Thursday, 14 December 2006

BULAT - From Sipitang to Keningau

Ya, Bulat namanya. Warna hitam pekat. Adik beradik dengan Teratai, Hame dan Salem. Jauh perjalanan si Bulat ni sampai di sini. Di rumah ni.


KRONOLOGI:

April 2006;
Bulat dan adik beradiknya dilahirkan. Saya dan 2 orang kawan angkut dia dan yang lain lain termasuk ibunya masuk dalam bilik. Belikan tempat tidur yang lebih sempurna dan belikan makanan yang lebih berkhasiat.

Mei 2006;
Bulat dan adik beradiknya membesar dengan sihat dan semakin lasak. Tiap kali kami nak pergi kerja, mereka pasti menghantar sekurang kurangnya sampai tangga dan bila kami balik kerja, mereka pasti menunggu di depan pintu.

Jun 2006;
Tugas di sini telah selesai dan kami semua akan kembali ke kampung halaman masing masing. Saya rancang untuk membawa bersama Bulat dan adik beradiknya balik bersama saya kecuali Hame. Kawan saya sudah booking Hame untuk dihadiahkan kepada boyfriendnya. Yang kejamnya, ibu mereka saya tinggalkan terkulat kulat di bilik itu.

Perjalanan hampir 3 jam dari Sipitang ke Kota Kinabalu saya tak lalui dengan mudah. Memang seronok tengok gelagat mereka melompat sana sini dalam bas. Tapi yang bikin saya hangin satu badan bila di pertengahan jalan Hame kencing saya di riba dan air kencingnya sangat banyak dan baunya sangat hamis. Terpaksa berhenti di stesen minyak untuk basuh seluar dan mana mana yang patut.

Sampai Kota Kinabalu saya tinggalkan mereka di stesen bas. Dan, Paci menunggu bersama sama mereka sementara saya pergi dapatkan teksi. Perjalanan ke Keningau tidak banyak halangannya sebab cuaca yang agak sejuk menyebabkan kami semua tertidur.

Dari sini bermulalah karier saya sebagai ibu dan bapa rasmi kepada Bulat dan adik beradiknya. Saya belikan susu khas untuk tumbesaran mereka. Dan saya juga belikan tempat tidur yang lebih selesa.

Makan, minum, tidur, main. Putaran hidup mereka berlangsung seperti itu saja. Apabila semakin lasak, saya buatkan tempat tidur yang lebih besar dan tinggi. Dan saya tambahkan rakan buat mereka; Chief, Kuntum, Gadis, Rangga, Spiderman dan Gapil.

Hari ini;
Bulat sudah mati. Sebab Kematian: Dilanggar tanpa niat oleh tayar kancil 850 warna maroon iaitu KERETA KAKAK SAYA! Waktu dia maklumkan tentang hal ni saya baru bangun tidur dan saya berasakan ini cuma satu mimpi ngeri. Tapi malam tadi, saya tidak nampak kelibat dia dan saya dapat confirmation dari kakak bahawa dia telah 'terlanggar' Bulat time nak parking masuk rumah. Entah macam manalah dia boleh pass test parking tu, kucing pun boleh boleh dia lanyak.

Kesian Bulat. Dia dah dikebumikan petang itu jugak. Dan malam tadi hujan turun dengan lebat selebat lebatnya..


Kesian saya, Chief, Rangga dan sekarang Bulat dah mati. Harap harap kucing yang ada sekarang berkekalan sampai ke tua.

No comments: