Hari Rabu yang Bengong!
Bosannya hidup saya ni. Tiada apa yang menarik. Sudahlah tak kerja, merempat di rumah sendiri ntah hapa hapa ntah. Pagi tadi lepas bangun tidur saya pi belakang rumah melawat kuburan kucing kucing yang dikasihi sekalian.
Hari ni memang bengong. Sudahlah air paip macam biskut chipsmore, kipas saya di bilik tu pula buat hal. ON ON tak mahu juga dia berpusing pusing macam selalu. Saya sekeh sekeh kepala dia tapi tetap juga kaku begitu. Habuk pula yang berpusu pusu nak terbang sana sini. Ceh!
Tadi saya cek akaun bank CIMB saya. Ni lagi bangang, duit belum masuk. Saya cuma risaukan satu. Macam mana la saya nak beli makanan berkhasiat untuk kucing kucing saya ni. Sudah beberapa hari mereka makan nasi putih + sup sayur. Kesian kan. Pernah hari tu saya tak bagi mereka makan sebab marahkan si Kuntum yang telah mencakar rimau tangan saya. Kejamnya aku!
Teringat pula pada anak sedara saya yang bernama Mohd Aiman@Sinchan. Dia dah banyak kali cakap kat saya yang dia nak jadi kucing. Ini semua semata mata nak makan makanan kucing yang dalam tin. Dia dengki la tu sebab makanan kucing lebih sedap dan mahal dari makanan dia. Lebih mentensionkan saya bila abang dia pun nak bertukar jadi kucing. Apa kehe..??
Apapun, hari ni tetap hari yang bengong sebab air masih mahu bermain sorok sorok. Anak sedara saya yang kecik tu dah berguling guling sebab pampersnya dah penuh dengan najis mutawasitah. Sekarang ni pun saya tengah tahan tahan pundi kencing supaya tak keluar cecair. Mencinye. Time time takde air ni lah saya balik balik nak ke tandas. Tadi kat luar hujan bukan main lebat, tapi dalam rumah habuk pun banyakk.
Sejoknya...menambahkan keteransangan nak ke tandas. Ish...lucahnya!

No comments:
Post a Comment