Semalam saya dan adik adik ada sesi mengimbas kembali kisah kisah lampau. Tapi nampaknya kisah saya saja yang diimbas dan diungkit ungkit. Lucu juga bila teringat dulu dulu, waktu waktu masih belum mumaiyiz dan selepas setahun jagung menjadi anak dara.
Dulu time budak budak, zaman zaman daki dan hingusan, selalu je saya anjur anjur pertandingan nyanyian atau berlakon. Sampai sanggup buat pentas di belakang rumah, then panggil budak budak kampung lelaki perempuan present kat situ. The judges, mestilah saya yang gilakan kuasa. Selalu bagi markah tinggi kat budak lelaki yang diminati, kadang kadang bagi nombor paling belakang kat budak perempuan yang tak berapa disukai. Ada sekali tu seorang budak perempuan nangis nangis mengadu kat mak dia sebab tak dapat hadiah.
Tak cukup kat rumah, pergi sekolah agama pun buat lagi pertandingan nyanyi nyanyi dengan kawan kawan. Kitorang suruh ustazah kelas tu jadi hakim and dia siap bagi hadiah lagi. Saya dapat nombor dua dan cousin saya johan. Agaknya ustazah tu sengaja bagi kami menang sebab kami je peserta yang paling tua. Malu lah kalau kalah dengan budak kecik.
Masuk sekolah menengah, saya dah jarang nyanyi nyanyi ni. Dulu time kecik kecik suara sumbang lambang tiada siapa nak kisah. Tapi bila dah jadi anak dara ni, baru cakap 'ehem' pun orang dah tahu suara tu merdu ke tak.
Saya harap dapat kembali pada waktu dulu dulu. Apa saja yang saya ingin lakukan saya akan lakukan tanpa prejudis. Berjaya atau tidak, diterima atau diludah, it's doesn't matter. Tapi, itu dulu. Sekarang ni, nak beli setem di pejabat pos pun berfikir 10, 20 kali. Alasan: Malu. Bodohnya saya pada zaman ini. Huh!
No comments:
Post a Comment