Monday, 1 January 2007

Selamat Tahun Baru 2007

Yeeehaaaa! Selamat tahun baru. Apa azam kau? Azam saya pada tahun ini..., entahlah. Azam sebelum sebelum ni pun banyak yang tak tertunai. Saya ingat saya nak melalui hari hari dalam tahun 2007 ni macam itu saja. Plan sikit sikit setakat yang mampu.

Pagi tadi saya dapat SMS dari someone ni. Dia cakap azam tahun baru dia nak kahwin dengan saya. Nonsense! Belum terfikir lagi saya nak mengakhiri zaman bujang bujangan pada tahun ni. Koman koman pun bila umur menginjak 28 tahun. Insyaallah kalau ada yang nakkan saya ni.

Petang tadi kampung saya buat kenduri sekampung untuk yang beragama Islam saja. Kenduri buat kat perkarangan sekolah agama di sini. Nampaknya para bapak bapak yang memasak untuk kenduri kali ini. Itu pada penglihatan mata kasar. Tapi kalau melihat gunakan mata halus, para ibu ibu yang banyak buat kerja. Apapun, memang sodapp!

Untuk 2007 ni, I wish all the best to my readers out there. Kepada Paci, apa azam baru tahun ini. I'm sorry for the thing I did wrong. May god bless you!

Esok, saya akan melapor diri di kem Tanaki untuk menjalankan tugas sebagai Jurulatih. Mudah mudahan segalanya berjalan lancar. Untuk wira dan wirawati kem Tanaki, tunggu cikgu datang ya. Aauuuuwwoooooo!!!

No comments: