Saturday, 27 January 2007

Selamat Pengantin Baru, Semut. Part II

Entah apa yang saya rasakan apabila mendapat ucapan tahniah dan SMS dari beberapa orang kawan yang membaca blog ni. Dan perasaan saya menjadi kelabu kecoklat coklatan bila dapat SMS dari kawan kawan yang kecewa sebab tidak diberitahu apatah lagi dijemput ke majlis perkahwinan gilang gemilang saya. Kepada yang menghantar mesej dan menelefon saya, saya sudah jelaskan sebabnya mengapa.

Pada hari perkahwinan saya, tidak ada istilah malam pertama sebab petang tu juga saya kembali ke kem. Suami tertinggal melangut seorang diri di kampung. Kesian dia.

Malam tu Paci call saya balik setelah saya-telefon-telefon-dia-tak-angkat. Di akhir perbualan dia cakap mahu cari lagu selamat pengantin baru. Siap nyanyi 1 rangkap pulak tuh..

No comments: