Saturday, 27 January 2007

Hari yang memenatkan Semut

Saya bersuka ria balik kampung hari ni. Si dia janji mahu ambil saya di kem. Jadi saya setujulah. Plan asal ingat mahu tumpang kawan sekampung.

Dia tanya saya jam berapa saya nak balik. Saya tanya dia jam berapa dia boleh datang. Dan dia tanya saya balik jam berapa saya nak keluar. Kononnya dia will be there on time. Jadi saya pun suka suka hati cakap jam 9:00 pagi. Tapi biasalah janji bandar, janji begitu datangnya begini.

Pagi tadi dia datang jam 10:10 pagi. Itupun, baru sampai balai pengawal. Dia call dan cakap dia dah tunggu kat bawah, padahal saya nampak kereta dia tu baru nak masuk kawasan kem. Ada hati dia nak kelentong kelentong ya. Apa lagi, hati saya yang dah sedia panas ni makin memanas menghampiri 100 darjah celcius. Menggelegak berapi api sehingga muncul tanduk tanduk di kepala yang cantik ni.

Saya biar dia tunggu lama lama kat bawah dan saya bersenang lenang duduk atas sofa di ofis sambil makan makan kek apollo. Untuk menambahkan kethrillerannya, saya ON tv dan tonton siaran langsung perarakan kereta berhias. Kawan kawan yang dah nak selesai bergosip gosipan saya pujuk pujuk supaya meneruskan kegiatan riadah tak bermoral ni. Saya pun join sekali. Bengong tol..!

At last si dia call. Dia cakap dia dah sejam tunggu kat bawah. Saya tengok jam, 11:05 pagi. Saya pun cakap kat dia, sorry sebab tak perasan. Dan tambah menjengkelkan dia bila saya kata 5 minit lagi saya turun. Ngih ngih ngih!

Jam 11:15 saya pergi ke kereta dia dan buat selamba kodok ketuk ketuk cermin kereta. Fair and lovely lah. Saya tunggu dia 1 jam dia tunggu saya 1 jam. Pembetulan, 1 jam 5 minit sebab saya kan berjalan ayu dan sopan santun.

Asalnya sampai Keningau jam 11:45, tapi campur tolak masa pegi cuci kereta, lunch, bank, shopping barang barang dia dan macam macam lagi, akhirnya sampai rumah jam 3:30 petang. Syabas bette syabas!

Sampai rumah terus terbuntang ngrohhh..! ngrohh..! ngroh..!

No comments: