Assalamualaikum...
Syukur Alhamdulillah, kandungan sudah masuk minggu ke 20++. Biasanya orang perempuan bujang atau orang lelaki kalau nampak relatives atau ibu-ibu pregnant, diorang bukan tanya "berapa minggu sudah?". Selalunya soalan diorang "berapa bulan sudah?". Jadi kalau si kecil saya ini sudah 20 minggu, bersamaan juga dengan 5 bulan. Ada lebih kurang 20 minggu lagi untuk ditempuhi sebelum si kecil melihat dunia fana ini (Inshaallah).
Besok (17.01.2012) temujanji rutin di klinik kesihatan ibu dan anak. Kalau di KB ni, datang pukul 7 pagi, kena panggil mau dekat tengahari sudah. Kalau pi sebelah petang lepas sekolah, mau dekat tutup ofis kali baru kena panggil. Itu belum lagi campur urusan jumpa doktor. Mudah-mudahan bisuk orang tidak ramai. Paling penting, mudah-mudahan saya tidak lupa tu appointment (selalu sudah jadi, sampai hampir-hampir mau kena cari di rumah).
Masa mengandung si Raihan dulu, ada juga catit sikit-sikit pasal perkembangan Raihan dalam perut. Untuk ingatan dan kenangan bila sudah tua (ecececeee...). Kalau dulu masa mengandung Raihan, doktor kesan ada fibroid sampai kena rujuk sama pakar O&G. Kandungan kali ni pun, doktor kesan ada fibroid juga. Bikin panas juga ni barang. Mau juga muncul-muncul. Jangan ganggu anak saya membesar di dalam plasenta itu sudahlah. Dulu si Raihan yang kuat makan sampai tu fibroid surrender tidak pandai besar. Hujung-hujung hilang juga dalam minggu ke 36 kalau tidak silap. Harap-harap ini adik dia dalam perut pun kuat makan dan membesar dengan sihat dan kuat! Bikin takut juga kalau wujud fibroid yang jahat (yang makan daging dalam perut). Ish...nau'zubillahminzalik..
Sekarang ni baby mula banyak goyang sudah. Karau-karau dalam perut. Rasa macam kena cuit-cuit. Masih lagi saya ni kejakunan baby gerak-gerak dalam perut. He-he-he..how amazing the experiences. Even words can't express my feeling kunun.
![]() |
Fetus dalam kandungan 20 minggu. |
Bayi anda berukuran lebih kurang 6.5 inci / 16.5 sentimeter dari mercu kepala hingga ke punggung dan terus-menerus menambahkan berat badannya. Satu lapisan bahan yang licik dan putih bergelar verniks kaseosa mula membalut bayi anda dan melindungi kulitnya semasa dia berendam lama dalam cecair amnion. Ianya juga akan menyenangkan pelahiran. Pada minggu ini, bayi lebih banyak menelan dan ini merupakan latihan yang baik untuk sistem pencernaannya. Setelah bayi anda menelan cecair amnion, badannya akan menyerapkan air yang terkandung di dalamnya dan menyalurkan selebihnya ke dalam usus besar.
Sumber: www.babycenter.com.my
Saya bercadang mau buat scan ultrasound 3D di klinik pakar yang biasa dikunjungi, Klinik Dr Sarva di KK Specialist Centre. Tapi tunggu kandungan 6 bulan++ dulu. Memang mahal sikit la dari scan di klinik biasa, tapi berbaloi. Mudah-mudahan segalanya dipermudahkan...(perasaan macam 1st time pregnant pula..hiks!). Excited bah!
(mood: tebayang-bayang apa si kecil tu sedang buat dalam perut umi..)
No comments:
Post a Comment