Assalamualaikum...
Pagi ini saya akan ke klinik kesihatan ibu dan anak (KKIA) untuk cek MOGTT (Modified Oral Glucose Tolerance Test). Check-up ni untuk menentukan ibu mengandung tu mengidap kencing manis semasa hamil atau tidak. Fuh! masa mengandungkan si Raihan dulu tidak pula kena cek. Lagipun simptom-simptom macam tiada. Sekarang ni doktor cakap, bermula 25 tahun ke atas wajib jalani pemeriksaan. Aduyai..mulalah saya ni panik. Telepon dan tanya siapa-siapa yang berkenaan termasuk mereka yang pernah buat pemeriksaan ni.
Jadi doktor suruh puasa bermula 10 malam sehingga selesai pemeriksaan ni. Memandangkan kemarin saya penat betul banyak kerja di sekolah, saya lupa terus mau makan. Hujung-hujung saya berpuasa dari tengahari sampai pagi ni belum sentuh apa-apa makanan lagi. Kesian anak saya kelaparan di dalam perut ni. Sabar ya daling!
Pukul 7.30am sudah saya muncul di KKIA ni. Ada beberapa orang sudah sampai. Harap tidak lama ni proses, sebab perlu kembali ke sekolah mengajar seperti biasa selepas ini. Sebab saya cuma minta pelepasan menggunakan time slip dari doktor.
OK, proses cek MOGTT:
#1 - petugas makmal akan jarum di jari untuk ambil bacaan gula dalam darah. Rekod.
#2 - Minum air glukos setengah botol mineral kecil tu (yang suda saya prepare sebelum masuk dalam makmal ni). Lawak masa ni, tu petugas makmal suruh habiskan semua air campuran glukos tu dalam masa 10 minit, saya minum tidak sampai 5 saat. Macam kebulur orang nampak. Satukali hampir-hampir mau temuntah. Eii.....rasa macam telan gula satu karung..hishk! Lepas ni kena sambung puasa lagi.
#3 - kena suruh tunggu selama 2 jam (mungkin mau tunggu tu gula bertindak). Masa ni saya balik pi skolah tapi singgah pekan dulu beli dry yeast sebab hari ini ada eksperimen tajuk microorganism breath.
#4 - Cukup 2 jam, masuk balik makmal untuk jarum lagi. Ini untuk melihat tahap toleransi ibu-ibu terhadap gula (penghasilan insulin atau tidak) dan kandungan gula dalam darah. Bacaan direkod. Lepas ni boleh makan sudah tapi saya tidak makan sebab makanan ada dalam kereta. (Mati saya kalau doktor tau bekal saya itu ialah kek keju yang sangat sedappp!!)
#5 - Jumpa doktor untuk penjelasan (sedia lah kau kena marah!)
Saya puasa dari tengahari sampai la jam 8.30 pagi, bacaan 5.1mmol/L. Selepas 2 jam minum air gula, bacaan 10.7 mmol/L !! OHMAIGAD! Habis semangat saya kena bebel oleh nurse dan doktor hari ni. Apa punya nasib. Doktor cakap, ini adalah Gestational Diabetes Mellitus (GDM) iaitu kencing manis ketika hamil. Ia tidak semestinya disebabkan oleh apa yang di makan oleh ibu tetapi ia juga berpunca daripada tahap hormon seseorang ibu di mana tidak semua ibu mengandung mampu menghasilkan insulin yang cukup semasa hamil. Ini kerana ketika hamil, ibu memerlukan insulin tambahan untuk pertumbuhan bayi. Siapa yang tidak tahu apa fungsi insulin - ia berfungsi untuk mengawal paras glukos dalam darah supaya berada pada tahap yang normal. Jadi kalau kekurangan insulin ni, glukos tidak mau keluar kali dari badan, itu yang jadi kencing manis. Eh..betul ka tu? ..(--___--)!
Hmm...cara rawatan pasti ada, diet pada makanan terutama makanan yang banyak karbohidrat dan makanan manis. Doktor sudah bagi appointment untuk jumpa Pakar Zat Makanan (PZM) hari rabu minggu depan. Laju ja saya cakap tidak dapat datang sebab balik kampung. Huh, satu kali lagi kena laser. Tebal sudah telinga saya hari ni kena marah saja. Begini mungkin murid-murid saya rasa kalau time hormon saya tidak stabil. Asyik kena marah saja diurang..huhu..kesian pula.
Saya akun saja kunun mau datang supaya tidak kena bebel lagi. Doktor bagi masa 2 minggu untuk diet makanan. Huh lepas cuti Chinese New Year, kena datang sini lagi buat check BSP. Nanti next entri baru cerita apa itu BSP. Tiada sudah semangat saya ni. Tiada semangat pun, kek keju dalam kereta satu container tu saya lahap juga semua. Tiada kesedaran betul..
Jumpa lagi nanti..
No comments:
Post a Comment