Assalamualaikum..
Selamat Tahun Baru semua...wahhhaaa kau. Sudah limpas 7 hari ok. Tidapalah. Sekarang ni update blog guna PC Encik Mirza. Skrin besar, macam jakun pula tingu gambar penuh satu skrin. Almaklumlah suda bertahun guna tu notebook 9". Tapi ni keyboard pula buat hal, shift key kici ja..balik-balik salah tekan. Hish!
Apapun, permulaan tahun baru 2012 ni tida berapa bagus (untuk saya). Redha bukan redah!. Hari pertama pi sekolah, sudah ada pelawat. Warning macam-macam, mau itu ini siap bisuk pagi. Tension lah. Benda-benda yang diorang mau tu perlu diprint pula tu. Oh ingat printer 3 buah di rumah, semua pun hidup segan mati tida mau. Ingat petang ni lepas sekolah mau pi servis tapi my husband suruh beli yang baru saja. Ok yang penting dia transfer duit pi akaun saya hehehe. Then, petang lepas sekolah, bermula operasi mencari printer baru bersama anak yang comel itu kikiki (-__-)!
Sudah sampai di depan kedai jual printer itu, tiada pula parking. Ada pun jauh sikit. Hujan renyai-renyai lagi petang itu. Dari rear mirror saya nampak ada satu kereta depan kedai komputer tu keluar parking. Saya pun macam biasa tingu side mirror kiri kanan, rear mirror dan yang sewaktu dengannya. Jalan clear. Jadi saya pun gostan dengan yakin. baru seputar dua tayar, tiba-tiba..kabommmmm!!! (eh macam bunyi bom pula). Nah, boot kereta betembung sama kereta hilux buruk warna putih.
Saya hilang ingatan kijap. Panik dan macam-macam lagi. Itu pemilik hiluk suda keluar kereta. Ramai urang bekurumun mau menyaksikan kejadian yang tidak seberapa ini. Raihan masih tidak sedar apa yang berlaku sebab asyik dengan permainan angry bird. Saya mau menangis pun susah. Sebelum keluar kereta saya telefon husband kasi tau pasal ni. Lepas tu baru keluar kereta kasi setel. Saya masih lagi hairan sebenarnya, macammana itu kereta tida buli perasan saya gostan. Ish susah mau cakap. Makin diingat, makin sakit hati saya. Terpaksa membayar sama itu urang RM700..ini harga di bengkel kunun (husband yang ikut pi bengkel sama ni urang). Niat untuk beli printer tidak buli diabaikan begitu saja.
Sekarang ini, kereta saya yang kemek keutamaan sudah jadi nombor uncit. Paling penting, saya dan raihan selamat dari sebarang kecelakaan, kedua printer mesti dibeli sebab banyak kerja-kerja yang perlu diprint malam ini. Duit? penting juga, tapi ish biarlah. Ustaz cakap, ada bahagian daripada harta kita ini milik orang lain. Jadi fikir positif saja ok. Kereta yang kemek itu nanti saja saya repair (eh urang bengkel yang repair).
Apapun, setiap musibah itu pasti ada hikmah diturunkan kepada manusia. Selain untuk menguji seseorang hamba Allah s.w.t, ia juga pastinya adalah balasan kepada perbuatan-perbuatan kita yang dahulu dan semestinya kejadian ini juga menghapus sebahagian daripada dosa-dosa kita. Ini bukan saya yang cakap. Tapi memang ada tertulis dalam Al-Quran, surah As-Syura.
Jadi, redha di atas segala kejadian yang telah tertulis untuk kita. Semoga saya menjadi seorang hamba yang lebih bersyukur dan taat selepas ini. Amin...

No comments:
Post a Comment