Friday, 13 January 2012

Anak Kecilku...

Assalamualaikum..

Hari jumaat yang indah ini mood agak baik. Walaupun badan lemas macam kena bungkus selimut. Kandungan baru masuk 5 bulan, tapi selalu saja rasa lemas macam ini. Padahal kawan-kawan di sekolah cakap badan saya tidak membesar and perut nampak kiut saja. Apapun dugaan dan ujian, mudah-mudahan zuriat di dalam perut ini sihat sempurna dan bijak macam kakaknya Nur Raihan Aqeela. Amin...

Sedih dan terkilan kadang-kadang pada diri sendiri bila kadang-kadang boleh terlupa bahawa saya ni sedang berbadan dua (budu juga tu buli lupa kan). Akibatnya, makan tidak menentu, makanan entah berkhasiat atau tidak, vitamin boleh dikira berapa kali saja ditelan sehingga kandungan kelima bulan ini, minum susu apatah lagi. Aduh, kesian dan pilu betul bila teringat anak saya di dalam perut ini. Cukup makankah dia? Cukup khasiatkah dia? Masa ini baru mau risau pasal pemakanan. Hmm..untuk menebus kekesalan, kemarin berjaya menghabiskan 6 biji epal, mudah-mudahan si kecil tu dapat vitamin. Amin...

Harus berjanji kepada diri sendiri untuk tidak pentingkan diri sendiri lagi selepas ini. Sebab kadang-kadang tu bila tidak lapar, langsunglah tidak makan nasi atau makan sesuatu yang boleh mengisi perut. Itulah tu mungkin selalu masuk angin. Laki pun buli surrender kalau hari-hari minta urut buang angin. Terasa betul perbezaan mengandungkan anak pertama dengan anak kedua ini. Banyakkkkkkk beza!

Apapun, Insha Allah insan kecil dalam plasenta ini akan melihat di dunia akhir bulan Mei nanti. Semuanya atas izin Allah Taala. Jantina? Kami terima seadanya apapun jantina atas anugerah Allah ini. Mudah-mudahan menjadi anak yang soleh/solehah kelak. Aminn....


Hasil imbasan pertama kali. Alhamdulillah, baby berkembang dengan baik dan mudah-mudahan sentiasa sihat di dalam perut umi ya..! (time scan, suka tengok degupan jantung baby yang laju)




Kita doakan yang baik-baik sahaja...

1 comment:

Rafi Harumin said...

Assalamualaikum.

Tahniah, semoga selamat semuanya.