Monday, 1 August 2011

1 Ramadhan 1432H

Assalamualaikum..

Hari pertama puasa di bulan Ramadhan 1432H tahun ini. Syukur pada Allah AzzaWajalla kerana masih diberi kesempatan menghirup udara di bulan yang mulia ini. Mudah-mudahan amalan puasa kita diterima olehNya. Amin.

Tahun ini, masuk tahun ketiga saya berpuasa sebagai isteri orang, dan tahun kedua berpuasa dengan kehadiran Nur Raihan Aqeela dalam hidup kami. Fuh, tadi sahur hampir-hampir terbabas. Nasib baik ayam KFC baki semalam masih banyak..tida lah payah mau masak..(statement urang pemalas masak) HAHA. Tinggal sama ibu mertua harus rajin tau ka Cegu Semut...(tauuu.....). Lepas sahur, baru sibuk-sibuk mau stereka baju kerja suami. Sambil-sambil tingu CSI. Syukurlah si combby tu tidak ikut bangun. Mungkin dia telampau penat balik dari Keningau 5 jam dalam kereta (plus singgah-singgah sana sini). Tadi saya pi skola jam 7am, masih lagi dia lena diulit selimut. Hari ni tiada kiss dari si combby, adeii rindu terus sama dia ooo..

Hari pertama puasa, saya diserang sakit pinggang yang entah macam mana mau explain. Rasa lenguh-lenguh macam tu lah. Sebenarnya dari semalam lagi sakit, mungkin telampau lama duduk dalam kereta. Tapi adededeiii...sakit oo. Jalan pun miring-miring. Kalah-kalah tu urang mengandung. Suami cakap masuk angin, mungkin juga. Edeiii....

Sudahlah sakit-sakit pinggang ni, ramailah pula ibu-ibu yang pi jumpa Cegu Semut minta report card anak-anak diurang. Mau hantar sama kebajikan durang cakap. Minta maaflah kalau Cegu Semut serius mau mampus hari ni. Mood suma lari pi pinggang. Odoiii...! 

Tapi sakit pinggang pun sakit pingganglah, yang penting juadah berbuka puasa hari pertama masak sendiri. No bazar-bazar time pokai di awal-awal bulan ni. Money management failed! Mangkuk btol. Ok menu berbuka hari ni, ikan masin+lada putih. Phew...meleleh bihis. 

Alhamdulillah, semoga puasa kita diterima oleh ALLAH s.w.t. Amin..


No comments: