Sunday, 31 July 2011

Cerita Cup Cakes

Assalamualaikum..

Ini entri tambahan sempena birthday hasben hehehe. 30 Julai 2011 genap 29 tahun usia suamiku. Semoga beliau terus tabah menjadi suamiku...menjadi papa kepada anak-anakku.. menjadi anak kepada ibunya ..

Semoga panjang umur, murah rezeki, sentiasa dilimpahkan rahmat dan hidayah ke atasnya, sentiasa dalam perlindungan Allah swt. Semoga keluarga kami sentiasa bahagia dan berkekalan sehingga ke syurga.



MU's Cup Cakes. Perisa Strawberry Butter. Gambar tu edible. Lapisan hitam tu guna fondant. 


Cup cake di atas tu saya order surprise for my hasben. Order dari sini www.pinkrosescake.com.  Punyalah konon mau kasi surprise sampai urusan-urusan order dibuat melalui email pada tengah malam. Ini custom design jadi saya kena hantar design how i want my cupcakes look alike. Sedang khusyuk mendesign tu, tidak pula perasan hasben perhati dari jauh. Boleh pula dia syak saya tengah chat sama lelaki lain. Wakakak. Tambah lagi masa dia mau datang cek, cepat-cepat pula saya close gambar ni. Mau kasi surprise kan..haruslah jangan bocor rahsia hahaha. Marah dia..ujung-ujung saya kasi tengok juga tapi yang wording tu macam saya buka. Tidak perasan pula kalau dia sempat tengok.

Masa mau ambil ni cup cakes lagi lawak. Plan mau ambil kek ni di Stesen Minyak Petronas di Penampang tu. Sudah tunggu 30 minit, baru tu orang call kasitau kereta dia kena guna. Dia suruh ambil cup cakes di rumah dia pula. Masa ni barulah bagitau hasben orang yang saya mau jumpa tu adalah penjual kek. Pusing-pusing cari rumah dia. Akhirnya jumpa juga. Punyalah betelepon sepanjang jalan bagi map haha. Hasben cakap kenapa tidak ambil di kedai dorang saja. Sebenarnya sebab masa mau ambil order ni kebetulan dari Keningau mau balik KB. Jadi orang tu suggest jumpa di petrol station ja sebab one way. Kalau mau pi kedai dia jauh lagi. Ujung-ujung daripada mau cepat, jadi tambah lambat.

Sedap jugalah rasa kek di dalamnya. Sampai rumah simpan dalam peti sejuk. Lupa pula pesanan penjual kek tu, fondant tidak boleh masuk peti sejuk. Bila kasi keluar, jadi lembik dan berair la pula fondant tu. Tapi bentuk tetap macam tu. Akhirnya kami makan keknya aja, fondant atas tu buang terus.

Ok, penat menaip. Penat dari kampung tadi belum habis lagi. Selamat berpuasa kepada seluruh umat Islam..jangan lupa sahur.



Raihan sorong troli kecil. Jakun betul saya tengok troli kecil macam ni.
Rupanya memang wujud haha.




No comments: