Assalamualaikum...
Hari ini hari ke 8 kita berpuasa. Rugi sekali oo, belum pernah lagi saya pi solat terawih di masjid. Kehadiran = 0. Kalau bukan struktur tempat jemaah perempuan yang bertingkat, sudah lama saya bawa ci Raihan ikut. Masa majlis Nisfu Sya'baan hari itu, saya ada bawa dia. Satukali time solat, dia turun naik tangga sambil ketawa-ketawa kunun. Sudahlah lantai simen oo. Apalagi saya ni...&^%$#@!? dalam kepala...uhuhu mudah-mudahan amalan diterima olehNya.
Mengantuk sungguh pi sekolah tadi. Buli-buli saya miss satu jam di kelas Tahun 6 gara-gara tetidur. Biasa murid-murid pi panggil, tapi hari ni tida pula diurang datang. Macam mau kasi can Cegu Semut tidur pula. Nasib lah teda air liur keluar..deii. Hari ini ada lagi ibu bapa datang mau sign buku rekod kemajuan anak. Kesian juga saya tingu muka-muka ibubapa murid-murid saya ni. Semua nampak hampa. Mana tidak bah, keputusan anak-anak diurang ni kebanyakan MERAH. Kelas-kelas ujung macam ni memang perkara biasa kalau keputusan macam begitu. Susah juga mau pikir kesalahan siapa. Baik muhasabah diri sendiri ja, barulah tidak menuding jari kesalahan pi mana-mana pihak. Semua pun ada peranan dan tanggungjawab. Ereiii...susah hati saya kalau sudah masuk bab peranan dan tanggungjawab. Hmm..tiba-tiba teringat masa zaman-zaman training dulu.
Kadang-kadang saya tertanya-tanya juga ni. Kenapa bah dorang ni tida pandai-pandai. Sudah darjah 5 masih tidak lancar baca dan tulis. Belum lagi masuk bahasa asing ni. Terseksa sungguh jiwa rogoku ini. OK, hari ini saya ajar pasal tempat tinggal. Sungguh Cegu Semut tekejut bila ada lagi yang tidak tahu 'rumah' dalam BI itu apa? Jawapan 'house' atau 'home' adalah diterima. Tapi....tuluuuung... (+...+)! Sungguh demotivated hari ni..(jangan bagitu bah sigu..).
Saya pun sambil menguap-nguap buat list kenapa buli jadi macam ni. Tadaaa...uarghh!!
1. Mungkin pasal kemiskinan dorang hilang minat belajar.
2. Tidak cukup kelengkapan untuk ke sekolah.
3. Tiada duit belanja makan.
4. Tiada sokongan dan perhatian dari ibubapa.
Pikir-pikir lagi...otak saya time puasa ni selalu trafik jam.
Oh! ya, jadi saya pun korek-korek juga sikit-sikit pasal life diorang ni. Most of their parents kerja petani. Yang ada sawah, bersawah. Yang ada kebun, berkebun. Begitulah tu kira-kira. Kawin pun sepupu-sepupu juga. Ada juga saya baca, IQ ni boleh diwarisi dari genetik juga. Jadi mungkin kalau kawin sebelah rumah, IQ pun mungkin sebelah rumah juga. Ish...celupar kau ni semut.
Kalau ikut pemerhatian saya, punca 1-3 itu sudah diselesaikan oleh Kerajaan melalui Kementerian Pelajaran Malaysia. Ini solutionnya:
1. Setiap murid dalam kategori keluarga miskin dan miskin tegar diberikan bantuan kewangan.
2. Semua kelengkapan iaitu pakaian seragam, kasut sekolah, alat tulis, buku, buku teks adalah dibekalkan secara percuma kepada murid. (kecuali buku teks yang perlu dikembalikan pada hujung tempoh persekolahan).
3. Rancangan Makanan Tambahan (RMT) dibekalkan kepada murid yang layak. Jadi kalau tiada bawa duit, masih ada makanan yang dibekalkan pada waktu rehat. Susu sekolah juga diberi percuma.
Panjang lebarnya bebelan Cegu Semut ni. Apapun, anak-anak ini apabila dilahirkan umpama sehelai kain putih. Terpulanglah kepada berus (parents) untuk mencoraknya. Mudah-mudahan Nur Raihan menjadi seorang anak yang bijak, pandai, berbudi bahasa, menghormati orang, mengenang jasa dan semua yang baik-baik.
Untuk ingatan diri sendiri..melentur buluh biarlah dari rebungnya...
No comments:
Post a Comment