Saya dan adik beradik tonton cerita ni malam tadi. Hallmark channel, 10 malam. Best sangat. Cerita ni diadaptasikan daripada novel bestseller Mitch Albom. I start googling about this book and, I agree with 'THE RUNAWAY BESTSELLER THAT CHANGED MILLIONS OF LIVES'. Memang, TUESDAYS WITH MORRIE made a great impression on me.
Cerita ni tentang seorang tua yang bijak dan sabar, yang memahami anda semasa anda masih muda dan masih mencari cari, menolong anda melihat dunia ini sebagai sebuah tempat yang lebih dalam dan memberi nasihat yang baik untuk membantu anda bagaimana untuk melaluinya. Bagi Mitch Albom, orang itu adalah Morrie Schwartz, profesor di kolejnya 20 tahun lepas.
Mungkin kita juga seperti Mitch, banyak perkara yang terlepas atau sengaja dilepaskan semata mata mengejar kesibukan kerja yang tidak pernah berhenti. Mitch bernasib baik kerana mendapat peluang kedua, bertemu semula dengan Morrie dalam bulan bulan terakhir kehidupan lelaki tua ini. Mengetahui Morrie menghidap penyakit amyotrophic lateral sclerosis (ALS) dan akan mati, Mitch melawati beliau setiap hari selasa dan merekodkan setiap perbualan yang Mitch anggap sebagai satu pembelajaran. Pembelajaran tentang 'bagaimana untuk hidup'. Oh!... I was very touched by this movie. I wish that I could have met Morrie.
Terlalu banyak moral of the story yang saya dapat daripada cerita ni. All about true meaning of love and live, inspiration, friendship. It was wonderful! Mitch, thank you for sharing Morrie with the rest of the world.
Lepas ni saya mesti lebih meminati hari selasa walaupun hari selasa kurang rancangan menarik.
No comments:
Post a Comment