Rabu. 10 pm. AXN. CSI: Miami.
Rabu. 10 pm. ASTRO SuperSport. WWE
Saya, kakak dan adik adik pakat ramai ramai tengok CSI.
Mama (ketua), bapak, abang dan pakcik fight nak tengok siaran satu lagi.
"tukar tv sebelah". ini mama. maksudnya tukar channel la tu
"sebelah?.. banyak sebelah ni". adik saya. loyar buruk
"hari ni ada gusti, tv 80". ini bapak sedara.
"gusti hari khamis. tv3. 11 malam". saya dan adik, trep kelentong
"tukar gusti. balik balik tengok ini". nah..! bapak dah mula bersuara.
Si tukang pegang remote TV pun dah terketar ketar (saya le tu). Takut nanti bapak tiba tiba membuat rampasan remote. Inilah masalah utama di rumah ni. Remote pun jadi rebutan.
bla bla bla
..dan pemenangnya adalah anak anak yang gilakan TV. Macam le boleh bawa mati.
No comments:
Post a Comment