Sawahku terbentang meluas...
Esok keluarga saya plan nak buat rumah terbuka sempena penghujung Syawal. Dalam kepala saya fikir nak buat tomyam, kek coklat dan salad buah. Terbayang bayang saya kek coklat dan salad buah yang sedap gila time pegi rumah terbuka Cumil hari tu. Time tulis entri ni air liuh dah merembes rembes keluar dengan rakusnya. Tak senonoh!
Tadi dah pergi pekan dengan adik beli bahan bahan untuk projek saya esok. Balik tadi kami lalu ikut jalan sawah. Hmm....segarnya mata memandang. Sempat juga tangkap gambar 4, 5 keping guna kamera murah ni.
Dan saya bangga menjadi anak pesawah. Biar apa kata mereka.
No comments:
Post a Comment