Friday, 24 November 2006

Jangan paksa lah..!

2, 3 hari lepas saya dapat sms daripada seorang kawan ni. Bukan rapat sangat pun. Tapi dia banyak tolong saya (read: dia paksa saya untuk terima pertolongan dia). Dalam sms tu dia minta saya menyamar jadi girlfriend dia. Alasan: mak dia paksa dia kahwin dengan sepupu dan dia taknak. Saya cakap saya tak mahu terlibat. Nanti tak pasal pasal saya pula yang kena kahwin dengan dia. Berpuluh puluh missed call sebab saya tak jawab. Kemudian menyusul pula berpuluh puluh sms pujuk rayu supaya saya setuju. Berpuluh puluh juga I CAN'T HELP U saya hantar kat dia. Tiba tiba dia balas tq sbb sudi tolong. nt i bgtau kt mak bila nk dtg. Blur! Saya check balik sms yang saya hantar. Sah! Dia ni yang gila. Saya biarkan saja. 5 minit lepas tu dia sms balik, sorry, i rabun. x nmpk apa u tulis. xpe klu x dpt tlg. myB next time!. What do you mean by NEXT TIME? Saya sms balik, klu psl ni xde next2 time. cari org lain. bottom line!

Saya fikir benda ni dah selesai. Pagi ni, sebentar tadi dia sms lagi. Benda yang sama. Dan ditambah lagi dengan pujuk rayu yang memualkan.

Peningnya si lalat. Dah la telenovela table for three tak abis fikir lagi. Datang pula table baru. Takutnya...!

No comments: