Tuesday, 15 May 2012

Oh baby

Assalamualaikum..

Berkunjung ke hospital hari ini dengan hati yang berdebar-debar. Semoga segala urusan hari ini berjalan dengan lancar. Selepas daftar, terus dirujuk kepada bahagian O&G. Memang di sinilah tempat pemeriksaan dan rawatan kalau mengandung. 

Sebab datang awal, jadi dapat no. giliran awal. Makin berdebar la pula. Actually selain daripada masalah 'oblique lie' ni, masalah lain yang saya alami ialah anemia dan fibroid dalam rahim. Alhamdulillah, makin baby besar, fibroid makin mengecil dan hilang. Cuma anemia tu masih ada, no wonder cos most of my sibling were thalassemia carrier. 

Jumpa doc - scan, godek godek perut, scan lagi, godek godek perut. 

Doc : Mama..itu baby masih pusing-pusing..
Mama : Ooo…
Doc : Yaaa…still oblique lie. So..ini macam ya..kita kasi admit ward mau buat itu lie chart..
Mama : Bila admit?
Doc : Hari ini la.
Mama : Eh..besok boleh ka, nanti saya datang balik.
Doc : Ya boleh..bla bla bla...


Itu doc tulis-tulis repot atas kertas sikit punya banyak. Tapi saya tengok macam garisan lurus saja. Memang betul cakar ayam. Ayam pun mungkin tidak sampai hati tengok tu tulisan. Sudah siap tulis, doc bagi kertas tu sama nurse yang assist dia. Nurse tu angguk-angguk faham sambil mereka pun bercakap-cakap dengan medical-term yang satu pun saya tidak tau apakah bendanya. Saya faham dorang sebut oblique lie dan lie chart sebab term ni memang selalu sudah saya dengar. Terasa kagum pula dengan nurse ni boleh paham tulisan garis-garis tu hikhik.

Keluar dari bilik rawatan, terasa nyawaku dihujung tanduk. Aduhh…sekali lagi perlu hadapi benda yang sama time mengandung Raihan dulu. Keluar dengan muka muram, mesti buat hati suami gelisah. Raihan yang ikut juga masa tu riang gembira berlari hujung ke hujung bangunan. Nampak muka anak, hilang segala kerisauan. Terus bawa hasben makan nasi goreng di Dreamland. Lapar! 

Jumpa nanti.


No comments: