Friday, 4 May 2012

Bangau Oh! Bangau

Assalamualaikum..

Bangau oh bangau
kenapa engkau kurus
macam mana aku tak kurus
ikan tak mahu timbul

Ikan oh ikan
kenapa tak mahu timbul 
macam mana aku nak timbul
rumput panjang sangat

Rumput oh rumput
kenapa panjang sangat
macam mana aku tak panjang
kerbau tak makan aku

Kerbau oh kerbau
kenapa tak makan rumput
macam mana aku nak makan
perut aku sakit

Perut oh perut
kenapa engkau sakit
macam mana aku tak sakit
makan nasi mentah

Nasi oh nasi
kenapa engkau mentah
macam mana aku tak mentah
kayu api basah

Kayu oh kayu
kenapa engkau basah
macam mana aku tak basah
hujan timpa aku

Hujan oh hujan
kenapa timpa kayu
macam mana aku tak timpa
katak panggil aku

Katak oh katak
kenapa panggil hujan
macam mana aku tak panggil
ular nak makan aku

Ular oh ular
kenapa nak makan katak
macam mana aku tak makan
MEMANG MAKANAN AKU!


Merudum semangat dua tiga hari ni bila kau kena hadap benda remeh-temeh yang akhirnya menyusahkan diri sendiri. Cukup-cukuplah menyalahkah pihak-pihak lain kalau diri sendiri pun tidak buat kerja dengan betul (peringatan untuk diri sendiri!). 




Tiba-tiba teringat kata-kata seorang Trainer yang sangat saya kagumi
"if you can't fit the system, suit it. If you can't suit the system, leave it".

Kerjaya sebagai guru sekarang ni sungguh BEYOND THE LIMIT. Terutamanya sekarang ni, apa saja data perlu dilaporkan secara online. Sikit-sikit mau online. Untuk kekal berjaya dalam kerjaya ini, tolonglah buat sesuatu untuk membantu diri sendiri. Jangan terlalu mengharapkan orang lain dan pada masa yang sama menyalahkan pihak lain dan pada masa yang sama juga diri sendiri tidak berbuat apa-apa untuk menyelesaikan masalah yang kian membukit. Fuh! Kalau pencen seribu tahun lagi, takkan seribu tahun lagi harus bergantung kepada orang lain? Kan..?

Maafkan andai kau terasa...


 

No comments: