Assalamualaikum…
Tadaa…saya online dalam bilik di kampung tercinta, di Keningaulah hikhik. Syukur Alhamdulillah selamat sampai dan syukur juga tidak terberanak dalam kereta. Syukur, syukur.
Memandangkan ibu mengandung yang manja ni tidak mahu bersalin di Hospital Kota Belud, Doc yang cantik di KKIA tu terpaksa buat kerja lebih sikit dengan menulis-nulis (abaikan kesalahan nahu) report/ case note untuk dibawa oleh ibu mengandung ini ke hospital yang ingin beliau lahirkan anaknya. Adoi penjelasan apakah??
Of course, Doc yang cantik tu suda jelaskan apa sahaja bentuk risiko yang harus ditanggung sekiranya berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini sepanjang perjalanan ke hospital (read: Hosp. Keningau) di atas kedegilan ibu mengandung itu. Dalam hati, Ya Allah…janganlah ada berlaku apa-apa ke atas diriku sehingga aku selamat sampai ke destinasi.
Alhamdulillah, sudah baring-baring sambil update blog ni, maksudnya selamat sampai rumah dan belum bersalin. Esok akan ke hospital untuk serahkan segala surat menyurat yang di bawa dari Kota Belud.
Ya Allah, Ya Rahman..permudahkanlah segala urusanku. Hanya kepadaMu aku berserah ..
No comments:
Post a Comment