Assalamualaikum...
Lama tidak post entry. Tulis entri banyak-banyak, tapi lepas tu jadi draf. Kalau masih relevan mungkin akan dipublish. Kuat hati mem'post' entri kali ini sebab setiap kali terkenangkannya, pasti terasa sayu dan mengalirkan air mata.
Selalunya, kisah yang tidak pernah gagal untuk meruntunkan naluri semestinya berkait-rapat dengan keluarga. Ia kisah di suatu pagi buta yang pernah dialami oleh berjuta manusia di muka bumi ini. Cuma, sentimental sikit bagi saya, apatah lagi menghadapinya di saat-saat suami jauh di mata dan pada ketika sarat mengandung begini. Wah, macam mengarang novel la pula saya ni..he-he-he!
18 haribulan Mac, 2012
2.51 am
Si anak kecil menggoyang-goyangkan tubuh ibunya yang sedang nyenyak tidur.
"Umi...umi..bangun...Raihan demam.."
Si ibu terkulat-kulat buka mata. Cek jam di henfon. Tengok muka anak, dia senyum. Pegang kepala anak. Tidak panas. Si ibu tidur balik tanpa sebarang kata.
2: 57 am
Si anak menggoyang-goyangkan tubuh ibunya sekali lagi. Sambil badannya terketar-ketar kesejukan, berusaha menutup bahagian tubuh yang terdedah kepada sejuk malam.
Si ibu bangun, serta-merta segar. Semua kipas ditutup, segera peluk anak kecil itu supaya berasa tenang dan selesa dalam pangkuan ibu. Timbul segala urat bulu roma di badan si anak menunjukkan betapa dia kesejukan.
Tanpa berlengah, si ibu mengambil bekalan ubat yang sentiasa ada. Menggunakan jarum, menyedut 7ml paracetamol sirap untuk si kecil itu. Bila disuakan di mulut anak, cepat sahaja dia buka mulut menghirup sehingga ke titisan terakhir ubat tersebut. Sayu hati melihat kesungguhan anak kecil ini minum ubat.
Badan si kecil masih menggigil kesejukan. Si ibu menukarkan baju tidur si anak kepada baju yang lebih nipis. Sambil mengelap-ngelap badannya dengan air suam, selawat dizikirkan untuk mendodoikan si anak agar lebih selesa. Badannya mula panas. Apabila suhu diperiksa, 38.9 darjah celcius. Sayu pandangan seorang ibu melihat anaknya sedang bertarung dengan rasa panas dan sejuk di dalam badan. Setiap 5 minit, si ibu akan memeriksa suhu badan anaknya untuk tujuan pemantauan dan langkah berjaga-jaga agar panas tidak naik mendadak.
3.30 am
Si ibu mengirimkan pesanan ringkas kepada sang suami yang jauh berada di Kuching. Mengkabarkan perihal anak seorang yang sedang demam. Bertubi-tubi pula balasan daripada si suami bertanya itu dan ini, nampak sangat kerisauannya.
4.30 am
Si ibu masih belum tidur, tetap setia mengelap setiap inci tubuh si anak agar haba cepat pergi dari tubuhnya. Kalau diikutkan suhu badan si anak tidaklah begitu mencemaskan, purata 37.7 darjah celcius. Namun harus sentiasa dijaga juga agar tidak berlaku apa-apa yang tidak diingini. Mata mulai layu, namun ditahan juga agar tidak terlepas pandang dengan kesihatan anak seorang ini.
5.00 am
Si ibu bersiap-siap untuk menunaikan kewajipan kepada Allah SWT. Saat hendak keluar dari bilik untuk mengambil air wuduk, si anak terjaga dari tidur, meminta supaya dibawa bersama.
"Mahu ambil air wuduk juga, Raihan belum sembahyang.." katanya.
Percakapannya sekarang memang sudah jelas, sepatah-sepatah perkataan dituturkan. Senyum si ibu melihat kelibat si anak yang tiba-tiba cergas melompat dari katil. Alhamdulillah...mudah-mudahan dia terus sihat dan berada di dalam perlindungan Allah azza wajalla.
Entah apakah yang sedih pasal cerita ini sampai boleh menitiskan air mata seseorang. Mungkin tidak ada apa-apa dan tidak bermakna langsung bagi mereka yang belum pernah mengalami saat-saat seperti ini.
Sampai hari ini saya masih terasa sayu dan sedih, bagaimanakah keadaan anak saya pada saat dia mengejutkan saya dan memberitahu dia demam, namun saya hanya membiarkannya dan terus tidur. Lima minit yang berlalu itu, dia mengharungi segala kesejukan dan kesakitan itu seorang diri. Ya Allah, andai masa boleh diputar semula...:(

No comments:
Post a Comment