Friday, 30 March 2012

Courtyard Hotel 1Borneo, 3 Bintang ??

Assalamualaikum..

Hari ni ambil cuti rehat khas sebab kasi kawan husband pi servis kereta dia and buat apa-apa yang patut sama itu kereta. Usang sudah kan. Jadi bertolak awal kunun sebab banyak urusan mau dibuat. Satukali mau pukul 9 suda baru gerak dari rumah. Lepas tu sampai Tuaran, singgah makan rojak. Licin satu piring saiz 3 orang punya saya makan. Emm masih terbayang-bayang lagi kesedapnnya.  Macam di sorga!

Sampai di Proton Servis, sudah mau jam 11.30am. Kereta kena servis, pinjam kereta abang ipar, round-round KK mana yang sempat. Tujuan pertama, harus cari Refflesia Medical Centre untuk scan baby dalam perut comel saya ni. Alhamdulillah, everything went well. Insyaallah, gegirl juga ni nanti :). Sudah scan, singgah Wisma Muis, husband mau solat jumaat. Penuh sesak orang. Alhamdulillah. Saya dan Raihan pi shoping tudung untuk si Raihan. Dia komplen semua tudung dia suda sempit. Ok ok menurut perintah.

Selesai tu, rush pi Tong's Wisma Merdeka untuk shoping barang baby besar dan baby kecil. Kesian juga si Raihan lama sudah tiada baju baru. Sebab baju dia sudah telampau banyak warisan dari sepupu-sepupu dia hehehe. Husband bagi masa 1 jam saja untuk shoping. Saya on saja sebab sudah hafal mana area yang banyak baju ngam untuk ni sumandak. Tengah-tengah mood shoping, husband dapat call dari kawan, kena hadir pi Kundasang untuk kurusu Manik Kayu. Semua on the spot. Hilang terus mood shoping. Ish..mau saja soal time tu, siapa lagi penting?? Tapi tidak jadi sebab sudah kena bagi duit. Diam-diam saja lah.

Ambil kereta, mamatai bayaran RM800++. Lepas tu tukar tayar lagi 4 biji RM800++ lagi. Ayooo..teda sudah duit bikin shoping. Makin ilang itu mood. Hari ni plan tidur KK, mau tidur hotel yang ada class sikit, tapi bila sudah ilang mood ni, hotel tiada class pun bantai saja. Bukannya dapat berehat di bilik, besok awal pagi balik sudah.

Husband mau cuci+polish kereta di 1Borneo harga RM150 tu (tambah lagi murung bini, tiadalah ni dompet baru). Hujung-hujung pilih hotel di area 1B saja. COURTYARD lah jadi pilihan. Bilik Deluxe RM140 with breakfast 2pax. Sedih sekali oh tingu itu hotel. Wallpaper sudah hancur. Lantai ada bunyi 'keriok' kalau kena pijak. Aircond tiada penutup..nampak terus lubang hose. Alahai punya sejuk. Makanan lagi sandi. Macam makan kenduri, dua lauk satu sayur. Lebih kurang begitulah. Takkan hotel 3 bintang macam ini. Itu Palace Hotel pun 3 bintang, tapi jauh panggang dari api betul. Apapun, sudah pilih tu hotel, pi tidur saja lah.


Ruang sebelah katil cuma muat untuk solat saja

Ini saja meja tulis yang ada..


Paip shower yang tiada tanda air panas dan sejuk. Bahaya betul. Tolak kanan, panas lepas tu jadi sejuk. Tolak kiri pun sama juga. Kompius betul

Susah kalau sinki cuma ada dalam tandas. Biasanya hotel punya sinki di luar tandas.

Ruang sempit

Ini Datin Memon beraksi dengan tudung baru

Husband cakap, last sudah pi ni hotel. Memang murah lah, tapi tidak payah bagi 3 bintang kalau macam ini...


No comments: