Assalamualaikum...
Tiba-tiba teringat jaman menjadi jurulatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) pada suatu ketika dulu. Posing pun ala-ala urang yang tida dapat balik kampung berhari raya. Macam mana kunun tu? Baik baik, sila pi jendila kamu, tangan sebelah pigang dagu, itu mata tingu awan sampai tembus. Blink? Blink?..
Haa..macam ni. Ish..kamu ni suka betul suruh sia kasi explain..
Ini entahlah, termenung ingat jaman dulu kaa..? atau teingat utang piutang..humm.. |
Burpp! Sendawa terus saya teingat hutang-piutang. Eh, bukan mau cerita hutang lah. Oh ya, rindu pula bila ingat kawan-kawan jurulatih dulu. Tiga tahun setengah mengabdikan diri dengan wira dan wirawati buli jugalah cakap sekijap saja. Mimang kijap pun, tida sedar masa berlalu.
![]() |
With the 'heart' of Tanaki's (time itu) |
![]() |
I miss this great team! |
Sebenarnya, paling saya rindu ialah kelas Pembinaan Karakter (character building). Fush!, terbaik dari ladang. One thing that really touch me a lot is, RESPONSIBILITY. This is not suddenly occur in my mind. I've thought about it all this time. Sebab saya selalu 'lupa' padahal saya tahu. Tetap juga mahu menjadi mangsa keadaan. Saya menulis kali ini untuk menyindir diri sendiri.
Tanggungjawab adalah melihat kembali kepada diri sendiri, apakah yang berhasil dan apakah yang tidak berhasil. Menilai apakah sepatutnya yang perlu dilakukan supaya sesuatu perkara itu berjalan seperti yang diinginkan. Bukan menyalahkan diri sendiri atau menuding jari kepada orang lain jika sesuatu perkara itu tidak berhasil. Perbendaharaan kata pada hari ini ialah 'berhasil' dan 'tidak berhasil'. OK lari tajuk.
Sekiranya semua perkara yang sepatutnya dilakukan itu sudah dilakukan dan sekiranya tidak berhasil juga, move forward. What next!. Bukan menjadi 'mangsa' dengan membuka cerita kedai kopi (bulls eye to cegu semut).
Mangsa = merasakan semua yang berlaku itu bukan salah dia dan dia membuka cerita/ alasan panjang lebar untuk mengelakkan kesalahan tertumpu pada dirinya sahaja.
Di sekolah ini, beberapa kerja yang diamanahkan kepada saya, telah saya abaikan (buat juga, tapi main tangguh-tangguh). Paling sandi, sudahlah tangguh kerja, bagi banyak alasan lagi sama pihak atasan. Untuk apa? untuk menyelamatkan diri dari kena marah. Bukan sekali dua Cegu Semut buat, banyak kali oh. Aduuuhh...cuba kau pakai kasut Guru Besar, apa kau rasa?
Lunggar. Sebab saiz 8.
pap-pap-pap <---tempiling pulang balik.
Lunggar. Sebab saiz 8.
pap-pap-pap <---tempiling pulang balik.
Selagi kau bernama manusia, tanggungjawab itu tidak akan lari sehingga kau bertemu dengan ALLAH s.w.t. Sudah mati, lain lagi pula urusan kau sama Tuhan. MASYAALLAH.
Tampilkan yang terbaik dari diri sendiri dan tampilkan yang terbaik dari diri orang lain.
No comments:
Post a Comment