Wednesday, 14 November 2007



You wanna be a Hero or Part Machine..?




Siapa pernah jumpa Superman? Lelaki bertubuh sasa, berpakaian serba biru dengan logo ‘S’ di dada dan memakai seluar dalam merah. Dia sangat kuat dan gagah. Kalau Majlis Daerah nak robohkan rumah rumah pendatang tanpa izin (PTI) kena pakai jentolak a.k.a kapiting yang besar besar. Tapi Superman pecahkan konkrit dengan penumbuknya saja. Dia terbang sangat laju mengalahkan Airbus A380 yang rasmi diterbangkan baru baru ni. Badan dia juga kebal dan berketul ketul. Mr Universe pun surrender kalau Superman masuk bertanding. Pendek kata, walaupun kita tak pernah jumpa Superman, kita tahu yang dia memang kuat dan dialah hero kita.



Saya peminat Superman. Semua jenis Superman saya suka. Dari Superman zaman komik sehinggalah kepada Smallville. Saya suka semuanya.


Superman sangat glamor dan popular. Budak budak yang baru nak kenal dunia pun dah kenal Superman. Baju, seluar, beg sekolah, dan macam macam barang lagi ada gambar Superman.


Saya nak jadi macam Superman. Hero yang dikagumi ramai. Hero yang sentiasa memberikan pertolongan kepada sesiapa saja yang memerlukan. Hero yang akan berada di sisi orang yang perlukannya sepanjang masa. Hero yang akan melakukan apa saja demi memastikan orang orang tersayang bebas dari sebarang masalah. Hero yang akan sentiasa memberi. Ya, saya nak jadi macam tu.



Kawan saya pernah cakap, jadi hero ni memang baik, tapi suatu hari nanti akan sakit. Sakit yang orang lain tak boleh nampak. Sakit yang hanya ditanggung oleh diri sendiri. Saya tanya sakit macam mana? Dia cakap bila dah berlaku atas diri sendiri barulah tahu macam mana rasa sakit itu. Saya tahu dia pernah rasa ‘sakit’ itu. Dia memang hero. Hero untuk keluarga dan kawan kawan dia. Juga hero untuk anak anak dia. Tapi dia tak halang saya jadi hero. Jadi hero kena banyak berkorban. Jadi hero kena banyak memberi. Jadi hero kena banyak ilmu. Jadi hero kena bijak. Macam macam lagi yang kau kena ada kalau nak jadi hero. Tapi ingat hero pun manusia biasa. Hero pun makan nasi. Hero pun ada kelemahan sendiri.


Jadi fikir, nak jadi hero ke tidak?..

|
Kawan saya juga cakap, saya lebih sesuai jadi ‘Part Machine’. Tapi saya tak rasa saya ni part machine. Dan saya juga bukan hero. Saya bukan dua dua itu. Saya tak tahu saya dalam kategori mana. Tapi saya mahu jadi hero. Hero kepada keluarga. Hero kepada kawan yang betul-betul-kawan. Hero kepada anak-anak-buah yang mantap dan anak-anak-kucing yang dah kurus kering. Dan hero kepada Miki yang saya dah tak tahu apa khabarnya. Susahnya kalau orang busy ni.



Tapi saya rasa saya ni cuma pengguna machine!

No comments: