Saturday, 16 June 2007

Kiranya aku tahu..

Hari ni pelatih pelatih PLKN Kump 3, Siri 4 melapor diri. Dari pagi sampai petang melangut di dewan makan. Peserta peserta dari Kuala Lumpur paling lewat sampai. Time cek cek beg diorang ni aduh rasanya seperti tengah cek barangan runcit kedai Ah Moi, takpun kedai runcit Muthu. Mak datuk, ada seorang amoi ni, dia bawa beg beso beso sampai 3 bijik. 2 bijik beg tu penuh dengan makanan ringan berdozen dozen termasuk maggi. Tak lupa juga 'stayfree' yang sampai berkotak kotak. Hish...diorang ingat kem ni sengkek dan kebulur sangat ke sampai bersusah payah nak angkut berlebih lebih benda ni dari semenanjung. Kalau seorang dua ok lagi, tapi ya ampun..satu dua tiga lekuk, seko seko aku ketuk. Dengan kegilaan kuasa yang ada, saya telah merampas separuh daripada harta sepencarian mereka mereka tu. Bukan rampas sebenarnya, tolong simpan saja. Lepas tu bolehlah minta balik.

Dari pagi sampai ke petang dan sampai ke malam, cuma ada 100 saja yang melaporkan diri. Kasihan sungguh. Nama dalam list konon kononnya sampai 300 orang. Tapi lumrahlah kalau kumpulan 3 ni, ramai yang sambung belajar dan ramai yang dah kahwin dan ramai juga yang menjadi sumber utama pemberi nafkah dalam keluarga. Tak apalah. Fokus utama kepada mereka dan bukan kepada jumlah yang ada.

Saya tahu bukan calang calang orang yang ada di hadapan saya sekarang ini. Bermacam macam ragam dan perangai. Tapi inilah tanggungjawab yang wajib kami pikul menggantikan keluarga mereka selama 3 bulan di sini. Ingat senang ke nak jaga anak orang. Lagi lagi yang dah beso gedabak macam ni. Saman pun diorang tak makan, apa lagi nak makan nasihat.

Kumpulan ni ramai juga yang tak tahu membaca, menulis dan mengira. Nak tulis nama sendiri pun dia tak tahu. Aduh, kasihannya, majoriti daripada mereka berhenti sekolah seawal usia 9 tahun dan ada juga yang langsung tidak pernah bersekolah. Saya tidak berhak untuk menghakimi ibubapa mereka yang tidak menghantar anak anak mereka ke sekolah. Siapalah saya untuk bertanya sedemikian rupa soalan sedangkan saya tidak pernah meletakkan kaki saya di kasut mereka. Sekurang kurangnya mereka sanggup berkorban dengan menghadirkan dan melaporkan diri di sini meninggalkan keluarga yang lebih memerlukan di kampung.

Saya berada dan bekerja di sini pun kerana adanya mereka yang kami gelar Wira dan Wirawati Negara. Kerana mereka saya mendapat gaji RM2000 lebih sebulan. Segannya bila teringatkan perangai saya yang kadang kadang tertekan dengan perangai mereka yang sejuta satu macam. Walau apapun, bak kata Raden, back to the basic..

Anyway, wira dan wirawati kumpulan 3, siri 4/2007 .. "Welcome to Kem Tanaki Tambunan..!"

No comments: