Thursday, 14 June 2007

Semut Kesunyian

Bangun bangun saja pagi tadi, aura kesunyian terus merasuk masuk bilik besar jurulatih. Saya memang tidak sukakan suasana yang sunyi macam itu. Macam ada kematian saja. Huh! Rindunya nak balik rumah bermain main dengan anak buah yang berderet deret tu. Time ni lah ada hati nak terkenangkan Teratai, Spiderman, Kuntum, Bulat...

Entah apa la yang korang buat sekarang.

Jam 9 pagi ada mesyuarat Komandan Kem dengan semua jurulatih yang ada. Ringkas dan padat saja. Tapi ringkas ringkas pun, hampir jam 12 juga baru selesai.

Bushan sungguh hidup macam ni. Silap silap saya boleh mati disebabkan kesunyian yang melampau.

No comments: